Umum mengetahui kebersihan adalah antara kunci utama untuk tahap kesihatan yang baik. Namun, masih ramai yang mungkin kurang sedar atau peduli tentang cara cuci tangan yang betul.
Umum mengetahui kebersihan adalah antara kunci utama untuk tahap kesihatan yang baik. Namun, masih ramai yang mungkin kurang sedar atau peduli tentang cara cuci tangan yang betul.

Persoalannya, apakah langkah cuci tangan yang betul? Jom baca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Seperti mana yang kita tahu, kuman wujud di dalam bentuk bakteria, virus atau parasit di sekeliling kita. Ia hanya menunggu masa kita leka untuk menjangkiti lantas membawa penyakit dan memudaratkan tubuh.
Khususnya, golongan kanak-kanak yang mungkin belum punya kesedaran akan kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan, si kecil bakal lebih terdedah terhadap mikroorganisme berbahaya.
Buktinya, kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) direkodkan semakin meningkat secara mendadak pada tahun 2023 dan angka ini dijangka sukar untuk diturunkan jika dibiarkan dan tiada langkah pencegahan diambil.

Dengan mengamalkan cara cuci tangan yang betul, kanak-kanak mampu mengelakkan jangkitan kuman akibat sentuhan permukaan, binatang atau individu lain yang mungkin sudah dijangkiti.
Jika anda kurang pasti bila perlu cuci tangan, boleh ajar anak anda amalan atau panduan di bawah:
Pada 24 Julai 2024, Kempen ‘C untuk Cuci Tangan: Tangan Kecil, Masa Depan Gemilang’ telah dilancarkan oleh Lifebuoy di Sekolah Kebangsaan A.U. Keramat, Kuala Lumpur.
Disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Guardian Malaysia, ia merupakan kempen yang penting untuk memperingatkan kita terutama kanak-kanak tentang aspek kebersihan.
Selain meningkatkan tahap kebersihan dan kesihatan dalam kalangan kanak-kanak, ia juga bertujuan menekankan kepentingan cara cuci tangan yang betul yakni dengan menggunakan air dan sabun.
Menampilkan demonstrasi Glo-Germ oleh Dr Aen Saari, beliau menunjukkan bagaimana kuman tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan mengajar 7 langkah cara cuci tangan yang betul kepada murid-murid di sekolah itu.

“Sebenarnya, cara cuci tangan yang betul merupakan senjata paling berkesan untuk mencegah penyakit. Kami berbangga mendapat sokongan KPM dan KKM untuk mendidik kanak-kanak tentang kepentingan tabiat mencuci tangan yang baik dan melindungi mereka daripada kuman berbahaya,” jelas Ketua Unilever Malaysia, Lenny Chuah.
Sebenarnya, cara cuci tangan dengan betul sebelum menyentuh atau memegang sesuatu seperti makanan itu mudah. Namun, masih ramai belum dapat mengamalkannya dengan baik.
Menurut kajian, sesuatu tabiat yang baik itu akan dapat dibentuk dalam tempoh 18 hari jika ia diamalkan secara berterusan setiap hari. Maka, ia perlu dimulakan sejak usia kanak-kanak lagi.
Disebabkan itu juga, banyak pihak melaksanakan program pendidikan kebersihan yang menyasarkan kanak-kanak menyemai tabiat mencuci tangan sepanjang hayat, sekali gus memupuk masa depan yang lebih sihat.
Dan selama hampir sedekad, Unilever menerusi Lifebuoy mempromosikan amalan cara cuci tangan yang betul menggunakan air dan sabun dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pelbagai program khidmat masyarakat.

“Kami percaya dengan kuasa masyarakat dan komuniti di dalam memupuk tabiat kesihatan yang baik dari usia muda. Kami berharap untuk melihat impak positif dalam kehidupan murid-murid berkenaan,” kata Pengurus Kanan Kategori Penjagaan Diri Guardian Malaysia, Chan Shu Chien.
Sememangnya, cara cuci tangan yang betul bukan sahaja perlu menggunakan air sahaja malah harus melibatkan sabun juga. Ini penting untuk menghapuskan dan membasmi kuman!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
05/08/2024
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor