backup og meta

Risau Dengan Bau Faraj? Ini Tip-Tip Mudah Untuk Kenal Pasti Bau Normal @ Sebaliknya

Risau Dengan Bau Faraj? Ini Tip-Tip Mudah Untuk Kenal Pasti Bau Normal @ Sebaliknya

Memiliki faraj atau Miss V bau busuk adalah suatu yang memalukan! Selain meragut keyakinan diri, kehidupan seksual bersama pasangan tercinta juga boleh terjejas.

Namun disebalik masalah ini, kesedaran berkenaan bau vagina mungkin masih di tahap yang rendah.

Faraj yang sihat akan menghasilkan pelbagai jenis bau miss v, kecuali aroma wangi bak bunga.

Kebenarannya, vagina anda adalah ‘rumah’ kepada berbilion bakteria, dan jumlah tepat bakteria ini sentiasa berubah setiap hari, bahkan setiap jam!

Kepelbagaian aroma faraj ini mungkin disebabkan oleh kitaran haid, tahap kebersihan diri atau sememangnya bau badan kalian sendiri.

Ditambah pula kedudukan bahagian intim terletak berhampiran kawasan pangkal paha yang mengandungi koleksi kelenjar peluh, tidak hairanlah jika faraj bau busuk, kan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

Jenis-jenis bau faraj, kenal lebih lanjut!

miss v bau busuk

#1 Faraj berbau ‘menyengat’ atau masam

Miss v bau busuk seakan yogurt, roti masam atau makanan ditapai sebenarnya amat kerap berlaku.

Apakah punca faraj berbau sedemikian?

Faktor keasidan memainkan peranan! PH faraj yang sihat bersifat sedikit berasid, antara 3.8 dan 4.5.

Bakteria yang dikenali sebagai Lactobacilli mengekalkan tahap PH vagina berasid dan ia melindunginya daripada pertumbuhan bakteria buruk.

#2 Berbau tembaga seakan duit syiling

Ramai juga yang melaporkan Miss v bau busuk seperti duit syiling!

Bagaimanapun, perkara ini tidak perlu dibimbangkan dan ia jarang menandakan masalah yang lebih serius.

Secara ringkasnya, ia disebabkan oleh darah yang mengandungi zat besi hinga terkeluar bau logam.

Darah yang dimaksudkan adalah darah haid yang keluar dari lapisan rahim dan melalui saluran faraj.

Selain itu, seks turut menyumbang kepada bau ini. Pendarahan ringan selepas hubungan seks juga sering berlaku.

Hal ini biasanya disebabkan oleh kekeringan faraj atau penetrasi zakar yang kuat hingga menyebabkan luka atau goresan kecil.

Untuk mengelaknya, cecair pelincir dapat membantu!

#3 Miss V berbau manis

Apabila vagina menghasilkan bau manis, ia mungkin dipengaruhi oleh makanan kalian sendiri.

Makanan yang diambil berupaya mengubah ekosistem bakteria di dalam faraj.

Walaupun faraj mengeluarkan bau sebegini, ia bukanlah satu kondisi yang perlu dirunsingkan!

miss v bau busuk

#4 Berbau seperti bahan kimia/cecair peluntur

Faraj yang mengeluarkan bau seakan peluntur atau amonia boleh menjadi perkara yang mungkin memerlukan perhatian perubatan. Kadangkala, bau ini boleh menjadi sebab untuk berjumpa doktor.

Punca faraj berbau kimia?

  1. Air kencing mengandungi ammonia yang menghasilkan urea. Pengumpulan atau kesan air kencing di seluar dalam atau di sekitar vulva boleh mengeluarkan bau kimia. Perlu diingatkan, air kencing yang berbau amonia adalah tanda dehidrasi.
  2. Vaginosis bakteria (BV), faraj bau seperti cecair peluntur ini mungkin juga menjadi petanda BV. Bau kimia ini juga sering kali jatuh ke dalam kategori bau hanyir.

Vaginosis bakteria adalah jangkitan yang sangat lazim menimpa kaum wanita dan antara gejalanya termasuk:

  • Keputihan berwarna kelabu, putih, atau hijau
  • Kegatalan faraj
  • Sensasi terbakar semasa membuang air kecil

#5 Miss v bau busuk seakan bau badan  (body odor)

Apa punca faraj yang berbau busuk seakan-akan body odor?

Ia diakibatkan oleh tekanan emosi, tubuh kita mengandungi 2 jenis kelenjar peluh, iaitu apocrine dan eccrine.

Kelenjar eccrine menghasilkan peluh yang bertindak untuk menyejukkan badan dan kelenjar apocrine pula bertindak balas terhadap emosi anda.

Kelenjar apocrine ini turut memenuhi bahagian ketiak dan pangkal paha. Apabila anda merasa tertekan atau cemas, kelenjar apocrine menghasilkan cecair seperti susu.

Secara teknikalnya, cecair ini tidak berbau namun apabila ia bercampur dengan jumlah bakteria yang banyak di vulva, maka terhasil aroma ini.

#6 Bau hanyir

miss v bau busuk

Miss v bau busuk seperti hanyir umpama ikan, ini menjadi petanda kepada 2 jenis jangkitan:

  • Vaginosis bakteria: Kondisi ini berlaku apabila bakteria anaerobic tumbuh secara berlebihan hingga menjejaskan keseimbangan PH dan flora normal faraj
  • Trichomoniasis: Trichomoniasis adalah sejenis jangkitan kelamin yang paling banyak disembuhkan dan mudah dirawat dengan penggunaan antibiotik. Gejalanya turut dikenali dengan bau faraj yang busuk menyengat

#7 Berbau busuk

Sekiranya Miss V bau busuk seperti organisma mati, sumbernya mungkin bukan disebabkan faraj, tetapi sesuatu benda di dalamnya!

Jika anda menggunakan tampon semasa haid dan faraj menghasilkan bau busuk, segera kunjungi klinik atau hospital berdekatan!

Bau busuk ini mungkin berpunca daripada tampon yang terperap atau terperangkap di dalam faraj, yang hanya boleh dikeluarkan oleh doktor.

Pemakaian tampon untuk jangka masa lama juga mampu menyebabkan kemudaratan.

Jika dibiarkan, perkara ini dikhuatiri akan membawa kepada penyakit kronik seperti Toxic Shock Syndrome!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Causes of vaginal odor. https://www.mayoclinic.org/symptoms/vaginal-odor/basics/causes/sym-20050664/, Accessed May 7, 2021.
  2. Vaginal odor. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17905-vaginal-odor/, Accessed May 7, 2021.
  3. Vaginal odor, https://www.beaconhealthsystem.org/library/symptoms/vaginal-odor/, Accessed May 7, 2021.
  4. What causes it to smell “down there” (my vagina)?, https://youngwomenshealth.org/askus/what-causes-it-to-smell-down-there-my-vagina/, Accessed May 7, 2021.
  5. Vaginal or genital malodour in women, https://dermnetnz.org/topics/vaginal-or-genital-malodour-in-women, Accessed May 7, 2021.

Versi Terbaru

19/12/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kemaluan Berbau Hanyir, Walaupun Sebelum Haid? Ini Mungkin Puncanya Anda WAJIB Tahu

Selepas Seks, Kena Meruang? Barulah Faraj Tidak Longgar, Busuk & Berbau! Betul Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan