brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Kulit Tak Seanjal Dulu? Kenali 7 Pilihan Kolagen Untuk Wanita 40-an

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Memilih kolagen terbaik untuk wanita 40an bergantung pada sumber kolagen, kandungan setiap hidangan dan bahan tambahan dalam formulasi. Apabila usia meningkat, penghasilan kolagen secara semula jadi dalam badan semakin berkurangan, menyebabkan kulit kehilangan keanjalan dan garis halus semakin ketara. 

Kulit Tak Seanjal Dulu? Kenali 7 Pilihan Kolagen Untuk Wanita 40-an

Selain penjagaan kulit dan pemakanan seimbang, pengambilan suplemen kolagen boleh dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan diri harian. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, klik di sini. 

7 pilihan kolagen terbaik untuk wanita 40an 

  1. Kinohimitsu Collagen Diamond 5300mg
  2. Swisse Beauty Collagen Glow with Collagen Peptides
  3. Purest Co Marine Collagen Peptides 5000mg
  4. Blackmores Collagen 10000mg
  5. KITSUI Collagen White 6000mg
  6. Nano Singapore Hydrolyzed Collagen Complex
  7. BRAND’S InnerShine Botanical Beverage Pomegranate with Collagen

Suplemen kolagen hadir dalam pelbagai bentuk, termasuk minuman sedia diminum, serbuk, tablet dan kapsul.

Sesetengah produk menggunakan kolagen marin yang bersumberkan ikan, manakala yang lain menggabungkan kolagen dengan vitamin C, antioksidan atau bahan tambahan untuk melengkapkan formulasi.

Dalam memilih kolagen terbaik untuk wanita 40an, kandungan kolagen yang tinggi tidak semestinya menjadikan sesuatu produk lebih baik.

Faktor seperti sumber kolagen, kandungan gula, alahan dan kemudahan pengambilan juga wajar dipertimbangkan. 

Berikut tujuh pilihan produk yang boleh anda bandingkan.

#1. Kinohimitsu Collagen Diamond 5300mg, salah satu kolagen terbaik untuk kulit

Kinohimitsu Collagen Diamond mengandungi 5,300mg peptida kolagen marin dalam setiap botol.

Formulasinya turut diperkaya dengan vitamin C, ekstrak biji perilla, protein sutera dan isoflavon soya untuk melengkapkan rutin penjagaan kulit, khususnya bagi wanita yang mula mengalami masalah kulit kering dan kehilangan keanjalan.

Kelebihannya ialah bentuk minuman sedia diminum tanpa perlu dibancuh, sesuai untuk wanita yang mempunyai jadual harian padat.

Namun, produk ini mengandungi fruktosa serta bahan bersumberkan ikan dan soya yang perlu diberi perhatian oleh individu dengan alahan atau yang sedang mengawal pengambilan gula.

#2. Swisse Beauty Collagen Glow with Collagen Peptides

Swisse Beauty Collagen Glow mengandungi 834mg kolagen terhidrolisis bagi setiap tablet, bersamaan 2,502mg untuk tiga tablet sehari.

Formulasinya turut menggabungkan vitamin C, vitamin E, koenzim Q10, kuprum dan ekstrak biji anggur.

Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen secara semula jadi dalam badan.

Suplemen ini sesuai untuk wanita yang lebih gemar mengambil kolagen dalam bentuk tablet berbanding minuman berperisa.

Namun, pengambilan tiga tablet sehari mungkin kurang praktikal bagi individu yang sukar menelan pil.

Mereka yang mengambil ubat warfarin juga perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

#3. Purest Co Marine Collagen Peptides 5000mg

The Purest Co Marine Collagen Peptides menawarkan 5,000mg peptida kolagen marin terhidrolisis jenis I dan III dalam setiap hidangan.

Formulasinya turut mengandungi 50mg ekstrak buluh air (water bamboo) dan 10mg beta-karotena, dengan perisa pic yang memberikan variasi kepada rutin pengambilan kolagen harian.

Bagi wanita yang mencari kolagen terbaik untuk wanita 40an dalam bentuk serbuk, produk ini boleh dipertimbangkan kerana setiap hidangan hanya mengandungi 1.8g gula dan membekalkan 36 kalori.

Namun, ia perlu dibancuh dengan air sebelum diminum serta mengandungi pemanis sukralosa dan bahan bersumberkan ikan.

#4. Blackmores Collagen 10000mg

Kinohimitsu Collagen Diamond mengandungi 5,300mg peptida kolagen marin dalam setiap botol.

Formulasinya turut diperkaya dengan vitamin C, ekstrak biji perilla, protein sutera dan isoflavon soya untuk melengkapkan rutin penjagaan kulit, khususnya bagi wanita yang mula mengalami masalah kulit kering dan kehilangan keanjalan.

Kelebihannya ialah bentuk minuman sedia diminum tanpa perlu dibancuh, sesuai untuk wanita yang mempunyai jadual harian padat.

Namun, produk ini mengandungi fruktosa serta bahan bersumberkan ikan dan soya yang perlu diberi perhatian oleh individu dengan alahan atau yang sedang mengawal pengambilan gula.

Antara suplemen untuk wanita 40-an #5. KITSUI Collagen White 6000m

Kinohimitsu Collagen Diamond mengandungi 5,300mg peptida kolagen marin dalam setiap botol.

Formulasinya turut diperkaya dengan vitamin C, ekstrak biji perilla, protein sutera dan isoflavon soya untuk melengkapkan rutin penjagaan kulit, khususnya bagi wanita yang mula mengalami masalah kulit kering dan kehilangan keanjalan.

Kelebihannya ialah bentuk minuman sedia diminum tanpa perlu dibancuh, sesuai untuk wanita yang mempunyai jadual harian padat.

Namun, produk ini mengandungi fruktosa serta bahan bersumberkan ikan dan soya yang perlu diberi perhatian oleh individu dengan alahan atau yang sedang mengawal pengambilan gula.

#6. Nano Singapore Hydrolyzed Collagen Complex

Berbeza dengan kebanyakan produk dalam senarai ini, Nano Singapore Hydrolyzed Collagen Complex menggabungkan kolagen jenis I, II, III, V dan X daripada beberapa sumber.

Antaranya ialah peptida kolagen lembu, kolagen ayam terhidrolisis, kolagen marin dan membran kulit telur ayam.

Kelebihannya ialah formulasi pelbagai jenis kolagen yang boleh dipertimbangkan oleh wanita yang turut memberi perhatian kepada kesihatan sendi, selain penjagaan kulit.

Namun, kandungan kolagen setiap hidangan lebih rendah berbanding kebanyakan produk minuman dalam senarai ini, manakala sumber kolagen yang pelbagai perlu diberi perhatian oleh individu dengan alahan makanan tertentu.

#7. BRAND’S InnerShine Botanical Beverage Pomegranate with Collagen, antara minuman kolagen terbaik

BRAND’S InnerShine Botanical Beverage Pomegranate with Collagen merupakan minuman yang menggabungkan peptida kolagen marin dengan pati jus buah delima.

Setiap botol 42ml turut mengandungi vitamin C, vitamin E dan ekstrak alga merah yang membekalkan astaxanthin, sejenis antioksidan.

Kelebihannya ialah gabungan kolagen dan bahan berasaskan tumbuhan dalam minuman berperisa buah yang tidak mengandungi bahan pengawet.

Namun, kandungan peptida kolagennya hanya 2.7% daripada formulasi keseluruhan. Produk ini juga mengandungi gula batu dan xylitol, yang boleh memberikan kesan laksatif jika diambil secara berlebihan.

Kesimpulan

Pemilihan kolagen terbaik untuk wanita 40an sebaiknya mengambil kira keperluan individu, kandungan kolagen, bahan tambahan dan kesesuaian dengan rutin harian.

Sama ada dalam bentuk minuman, serbuk, tablet atau kapsul, pilihlah produk yang sesuai dengan keperluan, bajet dan keadaan kesihatan anda.

Walaupun beberapa kajian menunjukkan potensi manfaat kolagen terhadap kelembapan dan keanjalan kulit, bukti keberkesanannya masih belum konsisten.

Pengambilan suplemen kolagen sebaiknya melengkapi amalan pemakanan seimbang, tidur mencukupi dan penggunaan pelindung matahari secara konsisten untuk menjaga kesihatan kulit.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 8 jam lalu