backup og meta

Keputihan Bertukar Warna, Bagaimana Nak Tahu Tanda Normal @ Penyakit?

Keputihan Bertukar Warna, Bagaimana Nak Tahu Tanda Normal @ Penyakit?

Tahukah anda perbezaan antara keputihan yang normal dan abnormal? Kadangkala, keputihan selepas haid boleh berubah-ubah sifatnya, lantas menyebabkan ramai wanita keliru!

Ya, keputihan adalah proses ‘pencucian’ semula jadi bagi faraj wanita, tetapi, kadangkala perubahan di dalamnya juga boleh menjadi indikasi masalah lain.

Untuk mengetahui perubahan keputihan kuning selepas haid atau tanda habis haid yang dimaksudkan, sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Sebelum itu, adalah wajar untuk kalian faham terlebih dahulu apa itu keputihan, teruskan membaca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

Keputihan, apa tu?

Keputihan atau turut dikenali sebagai leucorrhea adalah satu kondisi yang berlaku kepada wanita di mana keluarnya lendir berwarna putih atau seakan-akannya daripada lubang faraj.

Keputihan ternyata bertindak sebagai ‘pencuci’ semula jadi dalam membasmi bakteria-bakteria yang tidak diingini demi melindungi faraj daripada jangkitan dan iritasi.

Disebabkan itu, setiap wanita perlu tahu membezakan pengeluaran lendir pada faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang memerlukan rawatan lanjut.

Secara asasnya, masalah keputihan selepas haid terbahagi kepada 2 iaitu keputihan fisiologi (normal) dan keputihan patologi (tidak normal).

keputihan selepas haid
Perbezaan warna lendiran faraj wanita.
  • Keputihan normal: Lelehan lendir normal sering berlaku semasa seseorang wanita itu dalam waktu subur dan sebelum bermulanya kitaran haid
  • Keputihan bermasalah: Disebabkan oleh jangkitan kuman, menunjukkan petanda penyakit seperti lelehan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan gatal di sekitar kemaluan

Keputihan selepas haid & sebelum

Kitaran selepas haid anda mempunyai kesan yang signifikan terhadap jenis keputihan yang dialami sepanjang bulan.

Usai haid, antara hari ke-6 hingga 8, jumlah hormon estrogen di dalam tubuh menurun, lantas keputihan menjadi lebih kental, berwarna putih, dan disertai sedikit sisa darah haid.

Pada pertengahan kitaran menstruasi pula, anda akan melihat peningkatan keputihan jernih yang normal.

Faraj yang semakin ‘basah’ dengan lendiran jernih dan melekit ini menjadi petanda waktu ovulasi, iaitu masa subur yang meningkatkan peluang seseorang wanita untuk hamil.

Tamatnya waktu subur, hormon progesteron pula meningkat. Keputihan selepas haid akan kembali menjadi kental dan semakin lama semakin berkurangan.

Tahukah anda, para wanita lebih cenderung untuk mengalami jangkitan faraj sebelum atau semasa haid?

Ini kerana keseimbangan pH faraj yang berbeza-beza sepanjang kitaran bulanan anda, menyebabkan tahap asid berada pada titik terendah beberapa hari sebelum dan semasa haid berlaku.

Tanda-tanda lendir keputihan abnormal

lendir faraj wanita
Maksud warna cecair pada faraj.

Keputihan abnormal merupakan tanda faraj dijangkiti, antara tandanya adalah:

  • Perubahan warna dan konsistensi
  • Gatal-gatal, tidak selesa, atau ruam
  • Sensasi terbakar saat membuang air kecil
  • Kehadiran darah walaupun tidak didatangi haid
  • Bau busuk disertai dengan keputihan warna kekuningan, kehijauan, atau kelabu

Warna & maksudnya

Berikut adalah beza keputihan dan haid yang anda perlu tahu:

  • Keputihan bak putih telur

Keputihan selepas haid ini merupakan indikasi waktu ovulasi ataupun masa subur. Keputihan pada wanita pada saat ini kelihatan umpama putih telur kerana bersifat jernih, licin, dan melekit. Ia juga menjadi tanda habis haid buat wanita.

Hal ini bertujuan untuk memudahkan sperma bertemu dengan ovum bagi proses persenyawaan.

  • Keputihan berwarna merah atau coklat

Warna keputihan boleh bertukar menjadi kemerahan atau coklat pada awal dan penghujung haid.

Tetapi jika keputihan anda kekal berwarna merah sepanjang bulan, ini boleh menjadi tanda masalah kesihatan, seperti jangkitan, kitaran haid yang tidak teratur atau spotting.

  • Keputihan kuning selepas haid

Jika anda alami keputihan kuning, ini adalah tanda jangkitan dan ia biasanya tebal disertai bau yang kurang menyenangkan.

Di samping itu, ia turut menjadi tanda anda mendapat jangkitan kelamin trichomoniasis.

Tambah lagi, kebanyakan wanita yang dijangkiti klamidia atau gonorrhea tidak menunjukkan tanda-tanda kecuali keputihan kuning.

  • Keputihan berwarna hijau

Keputihan yang berwarna kehijauan merupakan antara tanda jangkitan faraj yang serius dan memerlukan rawatan dengan kadar segera!

Jika ia turut disertai dengan bau yang busuk, ia boleh menjadi indikasi anda dijangkiti penyakit trichomoniasis, sama seperti keputihan berwarna kuning.

  • Keputihan berwarna kelabu
keputihan keluar banyak
Warna keputihan wanita.

Apabila keputihan anda berubah menjadi warna kelabu, temui doktor atau pakar sakit puan dengan segera.

Ini boleh menjadi tanda vaginosis bakteria (BV), jangkitan yang kerap melanda para wanita.

Doktor mungkin akan menetapkan salap antibakteria atau antibiotik oral sebagai rawatan.

Kesimpulan


Jika anda masih tidak pasti beza keputihan selepas haid normal atau tidak atau beza keputihan dan haid, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Bacterial Vaginosis. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/3963-bacterial-vaginosis. Accessed on February 11, 2021.

Cervical cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cervical-cancer/symptoms-causes/syc-20352501. Accessed on February 11, 2021.

Vaginal Discharge During Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/vaginal-discharge-during-pregnancy/. Accessed on February 11, 2021.

Yeast Infections. https://familydoctor.org/condition/yeast-infections/. Accessed on February 11, 2021.

Vaginitis: Diagnosis and Treatment. https://www.aafp.org/afp/2011/0401/p807.html. Accessed on February 11, 2021.

Versi Terbaru

11/09/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Pernah Ambil Pil Perancang, Kini Ingin Hamil Semula, Ini Cara Nak Tahu Bila Waktu Subur!

Keputihan Berwarna Hijau Dengan Bau Menyengat? Anda Pasti Tak Sangka Ini Puncanya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 11/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan