Alamak, suami complain Miss V berbau. Macam mana ni? Malunya nak bermesra dan melakukan hubungan seks dengan suami. Ada ke cara mengatasi Miss V bau saat berhubungan intim? Jawapannya ya, dan solusinya mungkin lebih mudah daripada apa yang anda jangka.
Kepada wanita di luar sana, Miss V yang berbau sedikit ‘pelik’ merupakan sesuatu yang normal. Tambah lagi, ada juga suami yang mengakui bau Miss V boleh membangkitkan nafsu!
Jadi, jangan malu jika Miss V anda berbau sedikit. Ini merupakan sesuatu yang normal dan bukanlah tanda penyakit.
Malah, ada banyak aktiviti yang boleh menyebabkan kawasan intim anda berbau lebih kuat daripada biasa, contohnya senaman, pola pemakanan dan pssttt… air mani suami juga boleh membuatkan vagina berbau tau!
Namun, pastikan anda berjumpa doktor jika vagina berbau hanyir seperti ikan. Ini merupakan salah satu simptom vaginosis bakteria (BV) atau trichomoniasis yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan wanita.
Tetapi, apakah cara mengatasi Miss V bau saat berhubungan intim? Ada rahsianya! Jom ikuti tip kami dalam artikel di bawah!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Cara mengatasi Miss V bau saat berhubungan intim
Jika anda runsing mengenai bau vagina saat berhubungan intim, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasinya. Salah satunya adalah dengan menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan sebarang bau yang luar biasa.
Jom ikuti tip utama kami untuk elakkan masalah Miss V berbau, barulah suami terpikat!
1. Basuh kawasan intim dengan kerap
Tidak dinafikan, wanita perlu mencuci kawasan intim dengan kerap. Manakan tidak, kawasan tersebut berpotensi untuk mengalami jangkitan jika diabaikan. Peluh yang melekat pada seluar dalam juga boleh menjadi punca bau yang tidak menyenangkan.
Namun, jangan tertipu dengan produk yang dijual di pasaran. Malah, anda sebenarnya tidak perlu mencuci kawasan intim dengan pencuci khas atau sabun.
Vagina kita boleh mengekalkan pH secara semula jadi. Ada banyak bakteria dan mikroorganisma penting di kawasan tersebut yang bertindak mencuci serta mengekalkan kelembapan Miss V kita.
Jika terdedah pada sabun yang keras, besar kemungkinan pH kawasan intim akan berubah dan menyebabkan bau yang lebih teruk!
Cukuplah mencuci dengan air suam. Kemudian, jangan lupa lap dengan tuala bersih! Ini merupakan antara cara mengatasi Miss V bau saat berhubungan intim yang paling mudah.
2. Gunakan kondom dan buang air selepas melakukan hubungan seks
Perasan tak, bau vagina akan jadi pelik selepas melakukan hubungan seks dengan suami. Jangan risau, kerana anda tidak berseorangan!
Malah, ramai yang menyuarakan kebimbangan mengenai bau Miss V masing-masing jika suami ‘pancut dalam’ ketika seks. Bau ini juga boleh kekal selama berminggu-minggu!
Untuk mengelakkan masalah ini, gunakan kondom ketika melakukan hubungan seks kecuali anda sememangnya merancang untuk menimang cahaya mata. Kemudian, buang air selepas seks untuk elakkan UTI, sejenis penyakit yang lazim dalam kalangan wanita.
Air mani merupakan cecair yang berwarna putih atau sedikit kelabu. Baunya seperti klorin disebabkan sifat alkalinya.
Namun, hati-hati jika pasangan anda mempunyai air mani yang berwarna kuning atau hijau! Ini merupakan tanda penyakit dan boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan!
3. Makan makanan yang sihat
Suka makan bawang putih, asparagus dan bawang merah? Haa, ini semua boleh menjadi punca vagina berbau!
Sebab itulah, pengambilan makanan yang seimbang dan kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran serta daging pejal dapat membantu menyingkirkan semua bau yang tidak enak ini.
Nak Miss V bau lebih mengancam ketika melakukan seks? Cuba makan buah nanas dan minum air probiotik!
4. Cara mengatasi Miss V bau saat berhubungan intim – Beli seluar dalam baru!
Inilah masanya untuk anda invest dalam seluar dalam baharu yang lebih berkualiti! Selalunya bau yang tidak enak datang daripada penggunaan seluar dalam ketat yang tidak menggalakkan pengudaraan yang baik pada kawasan Miss V.
Cuba tukar ke seluar dalam kapas atau polister. Selalunya, perubahan mudah ini sudah cukup untuk pastikan Miss V anda kembali berbau segar!
Baca juga:
- Bahaya Masukkan 7 Benda Ini Ke Dalam Miss V Wanita! Ini Kesannya!
- Ada 6 Macam Bau Faraj, Jangan Tak Percaya, Miss V Normal Ada Yang Berbau Tapai!
5. Jangan sesekali meruang
Walau apa pun yang berlaku, meruang bukanlah cara mengatasi Miss V bau saat berhubungan intim. Malah, ia mempunyai lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Miss V wanita juga mempunyai kebolehan untuk mencuci dirinya sendiri. Jadi, jika tidak diarahkan oleh doktor, jangan sesekali lakukan aktiviti meruang! Buruk padahnya nanti!
Berjumpalah dengan dokor untuk pastikan faraj berbau bukan berpunca daripada jangkitan seksual.
[embed-health-tool-ovulation]