backup og meta

Kehamilan Di Usia Lewat 40 Tahun, Ini 10 Cara Untuk Meningkatkan Kesuburan!

Kehamilan Di Usia Lewat 40 Tahun, Ini 10 Cara Untuk Meningkatkan Kesuburan!

Jika anda merancang untuk mengandung namun telah lewat usia, jangan khuatir. Kami ada beberapa cara untuk meningkatkan kesuburan berkesan yang anda boleh cuba!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa punca masalah ketidaksuburan bagi wanita?

Pelbagai masalah perubatan boleh menyumbang kepada masalah kesuburan wanita, termasuk:

  • Keadaan yang mempengaruhi ovulasi
  • Keadaan yang menjejaskan rahim
  • Penyumbatan tiub fallopian, sering disebabkan oleh penyakit radang pelvis –  jangkitan pada organ pembiakan wanita
  • Endometriosis – satu keadaan di mana tisu yang biasanya melekat dalam rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim

cara untuk meningkatkan kesuburan

Umur juga memainkan peranan dalam kesuburan wanita. Menangguh kehamilan boleh mengurangkan kemungkinan anda akan hamil.

Telur wanita yang lebih tua tidak disenyawakan dengan mudah seperti telur wanita muda, dan mungkin tidak berkembang walaupun selepas persenyawaan terjadi.

Maka, kami ada beberapa saranan dan larangan di dalam cara untuk meningkatkan kesuburan bagi wanita!

Saranan di dalam cara untuk meningkatkan kesuburan

cara untuk meningkatkan kesuburan

Pilihan gaya hidup yang sihat itu sangat penting dalam cara untuk meningkatkan kesuburan. Contohnya:

  1. Mengekalkan berat badan yang sihat. Berat badan berlebihan atau ketara berat badan berlebihan boleh menjejaskan pengeluaran hormon dan menghalang ovulasi normal. Mengekalkan berat badan yang sihat boleh meningkatkan kekerapan ovulasi dan kemungkinan kehamilan.
  2. Mencegah jangkitan seksual (STI). Jangkitan seksual seperti klamidia dan gonorea merupakan penyebab utama ketidaksuburan bagi lelaki dan wanita. Untuk melindungi diri daripada STI, amalkan seks yang selamat. Hadkan bilangan pasangan seks anda, dan gunakan kondom setiap kali anda melakukan hubungan seks atau kekal dalam hubungan yang bersifat monogami dengan pasangan yang tidak dijangkiti.
  3. Makan makanan yang sihat. Walaupun tiada penyelidikan yang mencukupi bagi mencadangkan diet tertentu untuk menggalakkan kesuburan atau meningkatkan peluang konsepsi, diet yang sihat masih dianggap penting. Pemakanan yang baik termasuk suplemen untuk kesuburan wanita yang mengandungi asid folik merupakan bahagian penting dalam penjagaan prakehamilan dan akan membantu anda dan bayi semasa hamil.
  4. Jadualkan rutin pemeriksaan. Lawatan berkala ke pembekal penjagaan kesihatan anda boleh membantu mengesan dan merawat keadaan kesihatan yang mungkin mengancam kesuburan anda.
  5. Menguruskan tekanan. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa tekanan boleh mengurangkan kemungkinan kehamilan. Walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menunjukkan impak tekanan yang mungkin ada pada kesuburan wanita, adalah bijak untuk mengurangkan tekanan dan mengamalkan kaedah pemulihan yang sihat seperti teknik relaksasi, apabila anda cuba untuk hamil.

Larangan di dalam cara untuk meningkatkan kesuburan

cara untuk meningkatkan kesuburan

Pilihan gaya hidup yang sihat juga termasuk. Sebagai cara untuk meningkatkan kesuburan, anda mesti elak:

  1. Jangan merokok. Merokok megurangkan telur anda lebih awal. Jika anda merokok, tanyakan kepada doktor anda untuk membantu anda berhenti.
  2. Hadkan jumlah alkohol yang anda minum. Heavy drinking dikaitkan dengan peningkatan risiko gangguan ovulasi dan beberapa kajian menunjukkan bahawa walaupun minum ringan mungkin mengurangkan kemungkinan untuk hamil. Jika anda ingin mengandung, pertimbangkan untuk mengelakkan alkohol sepenuhnya.
  3. Elakkan kafein. Walaupun bukti bercampur, beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa terlalu banyak kafein dapat meningkatkan pengeluaran estrogen atau menurunkan metabolisme estrogen. Untuk melindungi kesuburan anda, pertimbangkan untuk mengehadkan jumlah kafein dalam diet anda.
  4. Berhati-hati dengan aktiviti fizikal yang berat. Aktiviti fizikal adalah bahagian penting dalam gaya hidup yang sihat namun aktiviti aerobik yang terlalu kuat boleh membahayakan kesuburan wanita dengan menghalang ovulasi dan mengurangkan pengeluaran hormon progesteron. Jika anda mempunyai berat badan yang sihat dan anda berfikir untuk hamil tidak lama lagi, pertimbangkan untuk mengehadkan senaman aerobik anda untuk tidak lebih daripada tujuh jam seminggu. Jika anda berlebihan berat badan, tanya doktor anda berapa banyak aktiviti aerobik OK.
  5. Elakkan pendedahan kepada toksin. Pendedahan kepada pelbagai bahan kimia atau pencemaran boleh membahayakan kesuburan anda. Pekerja pertanian, pedandan rambut dan beberapa kumpulan lain mungkin berisiko gangguan haid. Lain-lain risiko yang mungkin mengurangkan kesuburan termasuk pembantu pergigian yang terdedah kepada tahap tinggi nitrous oksida, mereka yang terdedah kepada tahap pelarut organik yang tinggi seperti bahan kimia kering dan pekerja perindustrian yang terdedah kepada bahan kimia semasa proses pembuatan. Kongsi kebimbangan anda tentang pendedahan kepada toksin dengan doktor anda.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Having a Baby After Age 35: How Aging Affects Fertility and Pregnancy, https://www.acog.org/womens-health/faqs/having-a-baby-after-age-35-how-aging-affects-fertility-and-pregnancy, Accessed Nov 27 2010.
  2. What can I do to promote female fertility?, http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/female-fertility/art-20045887?pg=2, Accessed Nov 27 2010.
  3. 19 Ways to Boost Your Fertility, https://www.healthywomen.org/content/article/19-ways-help-boost-your-fertility, Accessed Nov 27 2010.
  4. Maximising Natural Fertility, https://www.fpnsw.org.au/factsheets/individuals/fertility-and-infertility/maximising-natural-fertility, Accessed Nov 27 2010.
  5. Optimizing Natural Fertility, https://www.reproductivefacts.org/news-and-publications/patient-fact-sheets-and-booklets/documents/fact-sheets-and-info-booklets/optimizing-natural-fertility/, Accessed Nov 27 2010.

 

Versi Terbaru

19/06/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini Manfaat Asid Folik Buat Wanita, Yang BELUM KAHWIN Pun Kena Ambil!

'Timing' Penting Jika Ingin Hamil Cepat! Ini Cara Kesan Waktu Subur


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan