backup og meta

Wanita Kerap Alami Keputihan? Ini Cara Nak Tahu Warnanya Normal Atau Tidak!

Wanita Kerap Alami Keputihan? Ini Cara Nak Tahu Warnanya Normal Atau Tidak!

Bagaimana untuk membezakan warna keputihan normal atau tidak normal?

Amnya, keputihan atau cecair pelepasan faraj (vaginal discharge) adalah masalah yang sering dialami kebanyakan wanita. 

Jika ingin tahu cara membezakannya, teruskan membaca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa itu keputihan?

Sebelum mengetahui cara membezakan sama ada keputihan normal atau tidak, ayuh fahami mengenai masalah pelepasan faraj ini.

Apa maksud keputihan dan adakah masalah ini normal?

Keputihan adalah cecair yang mengandungi campuran rembesan faraj dan lendir serviks. Kebiasaannya, keputihan ini adalah sesuatu yang normal.

Jumlah yang terhasil adalah berbeza-beza, begitu juga dengan bau dan warna keputihan normal – berkisar daripada warna jernih hingga putih –  bergantung kepada masa dalam kitaran haid.

Contohnya, anda mungkin akan mengalami lebih banyak keputihan apabila berada dalam waktu subur atau ovulasi (ovulation), menyusukan atau sedang dalam keghairahan seksual.

cecair faraj
Maksud warna cecair pada faraj.

Ia mungkin mengeluarkan bau yang berbeza semasa anda mengandung atau ketika anda tidak menjaga kebersihan bahagian peribadi.

Namun, setiap perubahan yang dilalui mungkin tidak mendatangkan kebimbangan.

Walau bagaimanapun, jika keputihan yang dialami mempunyai warna, bau atau konsistensi berbeza daripada biasa.

Ditambah jika sering rasa gatal atau rengsa pada bahagian faraj, anda mungkin berdepan risiko jangkitan atau masalah kesihatan lain.

Keputihan mengandung atau perubahan hormon juga boleh menjejaskan konsistensi dan jumlah pengeluaran cecair vagina.

Warna keputihan tak normal mungkin berwarna kuning atau hijau, berketul dalam konsistensi atau mungkin mendatangkan bau busuk.

Yis atau jangkitan bakteria biasanya menjadi faktor yang menyebabkan warna keputihan tidak normal.

Keputihan normal atau tidak: Perbezaan warna

Terdapat beberapa jenis keputihan. Jenis vaginal discharge ini dikategorikan berdasarkan warna keputihan normal dan tidak normal serta tahap konsistensinya.

Beberapa jenis warna keputihan boleh dianggap keputihan yang normal.

Manakala, beberapa jenis warna keputihan lain mungkin menunjukkan bahawa ia adalah berkaitan masalah keputihan yang tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan perhatian serta rawatan.

keputihan normal atau tidak
Cecair faraj wanita.

Keputihan normal atau tidak: Vaginal Discharge biasa

Warna keputihan normal biasanya jernih, mungkin likat, cair dan lazimnya tidak berbau.

Namun, jumlah yang dihasilkan dan konsistensinya mungkin berubah apabila hampir dengan kitaran haid.

Punca keputihan ini dikaitkan dengan hormon estrogen iaitu apabila seseorang wanita hampir dengan tarikh kedatangan haid, lendir yang terhasil adalah lebih likat dan putih.

Ia berfungsi untuk memelihara bakteria baik di dalam vagina dengan mengekalkan pH dan nutrien yang ada.

Keputihan jenis ini tidak menyebabkan kegatalan ataupun kemerahan pada bahagian vagina serta mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab itu, perbuatan meruang ataupun memasukkan sesuatu untuk membersihkan faraj akan mengganggu fisiologi di dalam vagina.

Bakteria baik akan mati dan ia boleh menyebabkan kemasukan bakteria yang jahat.

Keputihan tidak normal

Adakaha keputihan normal atau tidak? Ia dianggap luar biasa disebabkan oleh jangkitan kuman.

Sebarang perubahan terhadap keseimbangan bakteria baik dalam faraj boleh menjejaskan bau, warna, atau konsistensi keputihan.

Selalunya ia akan menghasilkan cecair putih yang lebih likat dan kadang-kadang ia boleh menghasilkan warna hijau yang selalunya berbau busuk.

Akibatnya, wanita akan mengalami kegatalan, iritasi dan keradangan pada kawasan faraj. Bagi jenis ini anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Keadaan yang menganggu keseimbangan faraj

keputihan normal atau tidak
Masalah faraj wanita.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh mengganggu keseimbangan cecair faraj, antaranya adalah seperti:

  • Penggunaan antibiotik atau steroid
  • Vaginosis bakteria
  • Pengambilan pil kawalan kehamilan
  • Kanser serviks
  • Jangkitan kelamin 
  • Diabetes
  • Meruang
  • Penyakit radang pelvis (PID)
  • Trichomoniasis
  • Atrofi faraj
  • Vaginitis faraj 
  • Jangkitan yis 

Jika anda tidak pasti keputihan normal atau tidak atau keputihan yang berbahaya, berjumpalah dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is vaginal discharge?https://familydoctor.org/condition/vaginal-discharge/, Accessed on Oct 7, 2022
  2. Reproductive Health. https://www.hhs.gov/opa/reproductive-health/fact-sheets/vaginal-discharge/index.html, Accessed on Oct 7, 2022
  3. Human Papillomavirus (HPV). https://www.cdc.gov/hpv/parents/cancer.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fhpv%2Fparents%2Fscreening.html, Accessed
  4. Vaginal discharge. https://www.mayoclinic.org/symptoms/vaginal-discharge/basics/definition/sym-20050825, Accessed on Oct 7, 2022
  5. Vaginal Discharge. https://www.sutterhealth.org/pamf/health/teens/female/vaginal-discharge, Accessed on Oct 7, 2022

Versi Terbaru

07/06/2024

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Masalah Keputihan Wanita, Benarkah Ia Akan Jejaskan Kesuburan & Kehamilan Kelak?

Faraj Rasa Berlengas Akibat Keputihan? Periksa Jika Ia Berketul Dan Berbau, Itu Bahaya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan