brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Getah Braces Selalu Dipandang Remeh — Ini 5 Kesilapan Yang Ramai Buat Tanpa Sedar

Getah braces sering dianggap sekadar aksesori kecil pada braces, sedangkan fungsinya sangat penting dalam menggerakkan gigi ke posisi yang betul. 

Getah Braces Selalu Dipandang Remeh — Ini 5 Kesilapan Yang Ramai Buat Tanpa Sedar

Ramai pemakai braces atau pendakap gigi tidak sedar bahawa kesilapan dalam penjagaan atau penggunaan getah ini boleh menjejaskan tempoh rawatan dan hasil akhir. 

Artikel ini akan menerangkan kesilapan biasa yang sering terjadi serta cara mengelakkannya agar rawatan pendakap gigi anda akan berjalan lebih lancar dan berkesan.

Dapatkan maklumat lanjut tentang Kesihatan Mulut di sini. 

Getah braces in English: Ramai tak faham fungsi sebenar

Ramai yang beranggapan setelah memakai braces atau pendakap gigi, rutin penjagaan gigi atau mulut sama seperti biasa.

Namun hakikatnya, getah braces in English yang lebih dikenali dengan istilah elastic bands atau orthodontic elastics ini merupakan antara komponen penting yang memerlukan lebih penjagaan.

Ia bukan sekadar untuk mencantikkan pemakai braces dengan pilihan warna yang pelbagai, sebaliknya ia berfungsi untuk membantu menyelaraskan gigitan atau pergerakan rahang.

Kesilapan yang sering berlaku:

  • Tidak memakai getah seperti diarahkan doktor
  • Memakai getah ikut suka tanpa rujukan
  • Menganggap getah hanya untuk tujuan kosmetik
getah braces
Keadaan gigi yang perlu pakai braces.

Tanpa pemakaian yang betul dan konsisten, pergerakan gigi boleh menjadi perlahan dan rawatan braces mengambil masa lebih lama.

Getah braces power chain: Digunakan tapi tak dijaga

Getah braces power chain biasanya digunakan untuk menutup ruang antara gigi dan memberikan tekanan berterusan. Namun, ramai pemakai braces melakukan kesilapan dalam penjagaannya.

Antara kesilapan biasa:

  • Tidak menjaga kebersihan mulut sehingga getah cepat berubah warna
  • Makan makanan keras atau melekit yang merosakkan getah
  • Mengabaikan temu janji dengan doktor gigi untuk menukar getah yang sudah longgar

Getah yang rosak atau longgar tidak dapat berfungsi dengan baik dan boleh menjejaskan pergerakan gigi.

Jangan ambil mudah jika getah braces tercabut!

Apabila elastic bands tercabut, ada yang memilih untuk membiarkannya sehingga temu janji seterusnya. Ini satu kesilapan besar.

getah braces
Lakukan pemeriksaan doktor jika alami kesakitan!

Ini kerana jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan:

  • Tekanan pada gigi menjadi tidak seimbang
  • Pergerakan gigi terganggu
  • Rawatan braces menjadi tidak konsisten

Jika elastic bands tercabut, sebaiknya hubungi klinik pergigian untuk mendapatkan nasihat atau rawatan segera.

5 Kesilapan biasa pemakai braces

Ramai pemakai braces tanpa sedar melakukan kesilapan berikut:

  • Tidak memakai elastic bands mengikut tempoh yang ditetapkan
  • Menukar atau menggandakan getah sendiri tanpa arahan
  • Mengabaikan kebersihan mulut dan getah
  • Menangguhkan rawatan gigi apabila getah braces tercabut
  • Tidak hadir temu janji berkala untuk pelarasan braces
getah braces
Jangan abaikan penjagaan mulut.

Walaupun kesilapan ini mungkin kelihatan kecil, tetapi pada hakikatnya ia boleh memberi kesan besar terhadap hasil rawatan keseluruhan.

Kesimpulan

Getah braces bukan sekadar komponen kecil dalam rawatan braces, tetapi memainkan peranan penting dalam memastikan gigi bergerak dengan betul dan seimbang. 

Dengan memahami fungsinya, melakukan rutin penjagaan yang betul serta bertindak pantas apabila elastic bands tercabut, pemakai pendakap gigi dapat mengelakkan kesilapan yang melambatkan rawatan. 

Penjagaan yang betul dan pematuhan arahan doktor adalah kunci kepada senyuman yang lebih kemas dan sihat.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/12/2025