backup og meta

Patah Rahang

Definisi

Apakah itu patah rahang?

Patah rahang atau dislokasi (terkehel) rahang adalah kecederaan pada satu atau kedua-dua sendi yang menghubungkan tulang rahang bawah ke tengkorak. Setiap sendi ini dipanggil sendi temporomandibular (TMJ). TMJ boleh patah, retak, atau tercabut dari tengkorak. Keadaan tercabut dari sendi rahang ini dikenali sebagai dislokasi.

Rahang yang patah, retak, atau terkehel boleh menyebabkan masalah untuk makan dan bernafas. Perhatian perubatan segera diperlukan untuk meminimumkan komplikasi dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Adakah patah rahang biasa berlaku?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom patah rahang?

Simptom-simptom patah rahang yang biasa ialah:

  • Sakit
  • Bengkak, termasuk pembengkakan muka
  • Pendarahan, termasuk pendarahan dari mulut
  • Kesukaran bernafas
  • Tidak selesa apabila mengunyah
  • Kekakuan rahang
  • Kebas dan lebam di muka
  • Ketidakselesaan yang berkaitan dengan pergigian, seperti kebas pada gusi atau gigi longgar

Kesakitan, bengkak, dan pendarahan adalah simptom patah rahang yang dialami dengan serta-merta. Seluruh muka anda boleh membengkak, menjadikan rahang anda sakit dan kaku. Pendarahan dari mulut boleh berlaku, menyebabkan kesukaran bernafas pada sesetengah orang. Aliran darah boleh menghalang saluran pernafasan anda. Anda mungkin paling berasa sakit dan nyeri ketika mengunyah atau bercakap. Jika anda mengalami patah tulang rahang yang teruk, anda mungkin mengalami keupayaan terhad untuk menggerakkan rahang anda atau tidak dapat menggerakkan rahang anda sama sekali.

Rasa kebas dan lebam di muka dan gusi juga biasa berlaku jika anda mengalami patah atau keretakan rahang. Patah tulang boleh menyebabkan bentuk muka anda kelihatan abnormal. Anda mungkin dapat mendapati bahawa rahang atau muka anda kelihatan berbenjol / berketul. Kesan kecederaan anda juga boleh menyebabkan gigi anda longgar atau tercabut.  

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sebarang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah yang menyebabkan patah rahang?

Mengalami cedera muka adalah punca utama yang menyebabkan patah atau dislokasi rahang. Tulang rahang bermula dari dagu sehingga ke belakang telinga anda. Jenis-jenis kecederaan biasa yang boleh menyebabkan fraktur atau dislokasi di tulang rahang adalah:

  • Serangan fizikal di muka
  • Kecederaan sukan
  • Kemalangan kenderaan
  • Terjatuh di rumah
  • Kemalangan industri atau tempat kerja

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk mengalami patah rahang?

Sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah rahang patah didiagnosis?

Doktor anda akan mendiagnosis patah rahang atau dislokasi dengan bertanyakan sejarah anda, melakukan pemeriksaan fizikal, dan mengambil sinar-X yang berkaitan. Dislokasi ringan boleh dirawat oleh pakar bedah oral atau doktor gigi.

Patah yang serius yang memerlukan pembedahan yang melibatkan pakar, seperti pakar bedah plastik muka dan pembentukan semula (rekonstruktif), pakar bedah kepala dan leher, atau pakar bedah oral.

Bagaimanakah patah rahang dirawat?

Rawatan untuk patah atau keretakan rahang mungkin memerlukan pembedahan, bergantung kepada tahap kecederaan. Patah sempurna boleh sembuh dengan sendirinya sementara rahang anda dipegunkan iaitu memastikan rahang tidak bergerak. Patah tulang rahang berbilang atau patah tulang yang tersesar yang tertolak ke satu sisi mungkin memerlukan pembedahan pembaikan.

Perubahan gaya hidup & remedi di rumah

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi di rumah yang boleh membantu saya menguruskan patah rahang?

Anda perlu mengamalkan diet lembut semasa anda sedang dalam proses penyembuhan rahang patah. Elakkan makanan yang rangup atau kenyal jika anda mempunyai dislokasi atau patah minor yang akan sembuh dengan sendirinya. Makanan seperti daging segar, hasil mentah, atau makanan ringan yang rangup boleh menyebabkan tekanan dan kesakitan pada rahang anda yang sedang melalui proses penyembuhan. Diet lembut yang termasuk makanan berikut boleh dikunyah dengan mudah:

  • Daging dalam tin
  • Pasta yang dimasak dengan baik
  • Nasi yang dimasak dengan baik
  • Sup
  • Buah dalam tin

Keadaan rahang anda yang berwayar memerlukan perubahan diet yang lebih drastik. Ini kerana anda tidak dapat membuka dan menutup mulut anda, anda perlu mendapatkan keperluan vitamin dan mineral harian anda melalui penyedut minuman semasa anda berada dalam tempoh pemulihan. Mendapat kalori yang mencukupi juga sering menjadi kebimbangan bagi sesetengah orang yang mengalami kecederaan rahang. Makanan yang telah dipuri dengan susu atau krim penuh boleh membantu menambah kalori apabila diperlukan. Buah-buahan, sayur-sayuran, dan daging yang telah dimasak dengan baik dan kemudiannya dipuri boleh memberikan  anda protein dan nutrien lain yang anda perlukan untuk kekal sihat. Anda boleh menggunakan oat, krim gandum, dan bijirin lembut lain sebagai asas untuk makanan anda.

Mengamalkan pemakanan sihat semasa rahang anda berwayar bermakna anda perlu makan lebih kerap daripada kebiasaan anda. Anda hanya perlu makan enam hingga lapan hidangan kecil dalam sehari berbanding dengan makan tiga atau empat kali sehari. Makan dalam kuantiti yang kecil sepanjang hari membantu anda memenuhi jumlah kalori yang diperlukan. Hidangan yang lebih kecil dan lebih kerap juga boleh memberikan anda pelbagai perasa apabila anda minum lapan smoothie setiap hari.

Minumlah susu dan jus untuk meningkatkan kiraan kalori anda. Kurangkan minum air, kopi, teh dan soda dalam diet anda kerana minuman ini tidak mempunyai kalori. Minuman ini tidak akan membantu anda mengekalkan berat badan anda semasa anda sedang mengamalkan diet yang ketat.

Makan makanan yang tidak panas iaitu suam-suam kuku. Gigi anda mungkin lebih sensitif daripada biasa selepas anda mengalami kecederaan, dan suhu yang melampau sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah akan menyakiti anda. Pertimbangkan memilih makanan bayi untuk menampung keperluan vitamin anda. Gunakan air atau susu berbanding sup yang lebih pekat, berkuah atau makanan dalam tin jika teksturnya terlalu pekat untuk diminum melalui penyedut minuman.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan:

Broken jaw.

https://www.emedicinehealth.com/broken_jaw/page5_em.htm#broken_jaw_risk_factors_and_prevention. Accessed October 23, 2017.

 

Broken jaw.

https://www.healthline.com/health/broken-or-dislocated-jaw#diet6. Accessed October 23, 2017.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

Jangan Abaikan Kesihatan Gigi! Ini 8 Masalah Ortodontik Yang Lazim Berlaku


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan