backup og meta

Pengambilan Ganja Ubah Profil Genetik Sperma

Pengambilan Ganja Ubah Profil Genetik Sperma

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa asap rokok, racun perosak, bahan pembakar api dan juga obesiti boleh mengubah sperma.

Eksperimen terbaru dalam tikus dan kajian dengan 24 lelaki pula mendapati bahawa ganja juga boleh mengubah genetik melalui perubahan DNA, serta berkemungkinan memberi kesan kepada perkembangan normal anak yang diperoleh.

Ganja dan kesan genetik

Para penyelidik masih belum mengetahui sama ada perubahan DNA yang dicetuskan oleh tetrahydrocannabinol (THC), bahan aktif dalam ganja tersebut akan diwarisi kepada anak pengguna. Namun penemuan ini sepatutnya merisaukan pengguna.

Penyelidikan baru ini seharusnya membuka mata pengguna dan pasangan mereka tentang bagaimana THC boleh memberi kesan kepada sperma dan mungkin anak-anak yang terhasil sepanjang tempoh mereka menggunakan dadah tersebut.

Kajian tersebut melibatkan pengguna tetap ganja, iaitu mereka yang mengambilnya sekurang-kurangnya setiap minggu untuk tempoh enam bulan. Sperma mereka dibandingkan dengan mereka yang bukan pengguna dalam tempoh enam bulan lalu selain tidak menggunakan ganja lebih daripada 10 kali dalam hidup mereka.

Peneyelidik mendapati bahawa semakin tinggi kepekatan THC dalam air kencing lelaki, semakin banyak perubahan genetik pada sperma mereka.

THC didapati memberi impak kepada ratusan gen berbeza dalam tikus dan manusia, tetapi kebanyakan gen tersebut berkongsi sesuatu yang sama – gen tersebut dieperlukan untuk dua proses penting dalam sel, kata pengarang utama Susan K. Murphy, Ph.D., profesor madya dan ketua Bahagian Sains Reproduktif dalam obstetrik dan ginekologi di Duke.

Salah satu proses tersebut berkaitan dalam membantu organ tubuh mencapai saiz sepenuhnya. Proses yang lain pula melibatkan sebilangan besar gen yang mengawal pertumbuhan semasa perkembangan. Kedua-dua proses ini didapati terjejas dalam beberapa jenis kanser.

Kesan kepada bayi

Pun begitu, kesan genetik tersebut kepada anak pengguna masih belum diketahui. Ini disebabkan pengkaji masih belum dapat memastikan sama ada sperma yang dipengaruhi oleh THC itu mampu bersenyawa dengan telur dan menghasilkan janin atau tidak.

Kajian itu adalah titik permulaan kesan THC pada sperma dan dihadkan oleh bilangan peserta yang agak kecil. Walaupun jelas terdapat kesan penggunaan pada mekanisme pengawalseliaan DNA sperma, tetapi masih belum diketahui sama ada ia akan diwarisi kepada generasi akan datang.

Akses kepada ganja yang kini mula dipersetujui di negara-negara maju membuka ruang kepada penggunaan kepada semua lapisan masyarakat, termasuklah lelaki dalam usia mendapatkan zuriat. Walaupun Malaysia belum lagi menyuarakan keizinan sama untuk akses kepada ganja, tetapi capaian kepada ganja semakin mudah di negara lain.

Menurut pengkaji, sebagai langkah berjaga-jaga, sebaiknya pengguna ganja berhenti menggunakan ganja selama sekurang-kurangnya enam bulan sebelum cuba untuk mendapatkan anak.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

‘Exposure to Cannabis Alters the Genetic Profile of Sperm | Duke Health’. Accessed 24 December 2018. https://corporate.dukehealth.org/news-listing/exposure-cannabis-alters-genetic-profile-sperm.

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tak Nak Ketagih Ketum Lagi? Berhenti Sekarang Dengan Ubat & 5 Langkah Ini!

Hari-Hari Onani, Lama-Lama Ia Akan Beri 4 Kesan Bahaya Ini Pada Otak Anda!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan