
Buli bukanlah satu perkara yang boleh dipandang dengan sebelah mata. Ia sebaliknya adalah sesuatu yang serius yang bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal, tetapi juga boleh membabitkan kesihatan mental.
Gejala ini harus segera dihentikan. Usaha yang serius harus diberikan agar masalah ini dapat dibendung sepenuhnya.
Untuk anda lebih memahami mengapa buli perlu dihentikan, sila lihat 4 kesan buli di bawah.
1. Buli dikaitkan dengan keadaan kesihatan mental
Kajian pada tahun 2013 telah mengesahkan kaitan antara buli dan keadaan kesihatan mental. Mangsa buli berisiko tinggi mengalami gangguan psikologi semasa dewasa termasuk kemurungan dan kebimbangan.
Pembuli juga boleh terkesan dan mengalami gangguan personaliti seperti bipolar.
2. Buli mengubah struktur otak anda
Menurut kajian oleh University of Southern California dan Children’s Hospital of Los Angeles pada tahun 2014, buli mempunyai hubungan secara jelas dengan perubahan fizikal pada otak. Bahagian otak bernama amygdala yang bertanggungjawab mengawal ketakutan, kebimbangan dan tindak balas emosi didapati lebih besar, khususnya lelaki.
Lebih parah lagi, bahagian korteks prefrontal dan temporal didapati lebih nipis, khususnya mangsa buli dalam kalangan perempuan. Bahagian ini berfungsi mengawal tingkah laku dan bahasa.
3. Mangsa buli lebih cenderung merokok dan mempunyai kurang kawan
Ini adalah fakta menyedihkan yang telah dibuktikan oleh kajian oleh King’s College London. Mangsa buli secara umumnya mempunyai prestasi kehidupan yang lebih rendah.
Marilah kita bersama-sama membanteras gejala tidak sihat ini. Jangan ambil mudah terhadap aduan anak-anak atau rakan anda. Ia mungkin akan menjejaskan masa depan mereka.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.