backup og meta

Tip Menangani Keganasan Rumah Tangga

Tip Menangani Keganasan Rumah Tangga

Keganasan rumah tangga merujuk kepada penderaan yang berlaku dalam hubungan intim. Ia berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk penderaan fizikal, seksual dan mental. Keganasan rumah tangga boleh menjejaskan semua jantina, umur, dan etnik. Walau bagaimanapun, wanita biasanya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Tanda amaran keganasan

Ia mungkin sukar untuk mengenalpasti keganasan rumah tangga kerana ia selalunya bermula dengan perkara-perkara kecil dan menjadi serius dalam tempoh masa panjang. Tanda-tanda amaran yang mungkin wujud daripada pasangan anda adalah:

  • Menggunakan perkataan kasar untuk memanggil anda.
  • Menghina anda pada setiap hari.
  • Tidak menggalakkan anda terlibat dalam aktiviti sosial seperti pergi bekerja atau sekolah atau bergaul dengan keluarga dan rakan anda.
  • Keinginan untuk mengawal segala-galanya tentang anda daripada wang, tempat yang anda pergi dan bahkan pakaian anda.
  • Mengesyaki anda membohonginya.
  • Lebih mengecewakan jika mereka minum alkohol atau menggunakan dadah.
  • Mengancam untuk menyakiti anda secara fizikal.
  • Memukul anda, anak-anak anda atau haiwan kesayangan anda.
  • Memaksa anda melakukan hubungan seks.
  • Mengakui bahawa anda layak mendapat keganasan mereka.

Jika anda adalah lesbian, biseksual atau transgender, anda juga mungkin menjadi mangsa keganasan rumah tangga jika pasangan anda mengancam untuk mendedahkan jantina anda.

Apakah yang perlu dilakukan apabila didera?

Jika anda menyedari mana-mana tanda di atas, adalah penting untuk mempertimbangkan semula hubungan anda terutamanya jika anda mempunyai anak. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran keganasan rumah tangga cenderung membangunkan gangguan psikologi. Mereka berisiko menjadi pendera atau didera pada masa hadapan kerana melihat ibunya yang didera setiap hari dan menjadikan mereka percaya bahawa keganasan boleh diterima dan normal dalam perhubungan.

Berada dalan keganasan tumah tangga yang teruk boleh menjejaskan anda. Wanita yang menderita akibat penderaan rumah tangga biasanya menjadi tertekan. Penampilan mereka juga rosak. Mereke kehilangan harga diri dan bergantung kepada penderanya. Luka fizikal akan sembuh dari semasa ke semasa tetapi kerosakan psikologi adalah kekal. Oleh itu, anda mesti bertindak secepat mungkin. Berhenti merahsiakannya. Beritahu seseorang yang anda percaya mengenai keadaan anda, sama ada rakan, ahli keluarga atau doktor anda. Bercakap adalah satu-satunya cara untuk anda mendapatkan bantuan.

Meninggalkan pendera meletakkan anda dalam bahaya. Jadi, jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan pihak berkuasa atau minta perlindungan jika memerlukannya. Anda juga perlu berhati-hati dengan peranti elektronik anda seperti telefon bimbit, komputer dan peranti lain dengan GPS. Pendera mungkin dapat mengesan anda melalui peranti itu. Keluar daripada keganasan rumah tangga adalah sukar, tetapi terdapat perlindungan. Banyak tempat perlindungan wanita yang bersedia mengambil anda dan memastikan anda selamat.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Domestic violence against women: Recognize patterns, seek help. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/domestic-violence/art-20048397?pg=1 Assessed September 25, 2016

Versi Terbaru

17/07/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan