backup og meta

Isteri Pertama Restu Suami Kahwin Lain, Ini IMPAK Poligami Kepada Emosi Pasangan!

Isteri Pertama Restu Suami Kahwin Lain, Ini IMPAK Poligami Kepada Emosi Pasangan!

Apa sebenarnya syarat poligami untuk suami isteri? Tahun ini sahaja, sudah banyak isu poligami melibatkan individu terkenal juga orang awam menjadi perbualan netizen.

Ini termasuklah berita terbaru seorang pempengaruh yang mengumumkan hubungan perkahwinan keduanya di media sosial, direstui oleh isteri pertama.

Biarpun dengan atau tanpa pengetahuan isteri pertama, namun perkara yang sering diperdebatkan di media sosial adalah adakah si suami ‘layak’ untuk memasang lebih?

Banyak sebenarnya pengajaran yang boleh kita ambil jika seorang lelaki itu tidak memahami apakah sebenarnya berlaku adil dalam poligami.

Dalam artikel ini, kami akan kupaskan mengenai impak atau kesan berpoligami kepada suami dan isteri.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

Syarat poligami yang orang lelaki kena faham

syarat poligami

Walaupun amalan poligami ini sebenarnya dibenarkan dalam Islam, namun ia tidaklah semudah yang disangka.

Ini kerana ia melibatkan kemampuan si suami dalam menyediakan segala keperluan isteri kedua, ketiga mahupun keempat, dengan tidak mengabaikan kepentingan dan keperluan isteri-isteri sebelumnya.

Ini bermaksud, tanggungjawab seorang suami itu akan semakin bertambah dengan nilai yang sama bagi setiap seorang isteri yang dikahwininya.

Antara syarat utama yang mesti dipenuhi jika hendak berpoligami ialah:

  1. Berkemampuan menyediakan nafkah untuk setiap isteri dan anak-anak.
  2. Berlaku adil kepada setiap isteri.

Bagi maksud adil dalam poligami kepada isteri-isteri, ada banyak perkara yang perlu dilihat.

Hal ini termasuklah adil dengan menyediakan kediaman bagi setiap isteri, adil dalam memberikan nafkah batin dan juga dalam aspek pemberian nafkah zahir.

Kesan poligami yang tidak adil kepada isteri pertama

Poligami tanpa memberitahu isteri pertama sememangnya boleh dikatakan sebagai poligami yang tidak adil. Ini kerana, isteri pertama tidak diberikan peluang untuk mengetahui perancangan si suami untuk berkahwin lagi.

Walaupun suami berhak untuk mengahwini isteri kedua atau seterusnya tanpa persetujuan isteri pertama (kerana persetujuan isteri bukan syarat poligami), tetapi ia seolah-olah membayangkan bahawa si suami telah mengabaikan tekanan emosi atau perasaan yang akan dihadapi oleh isteri pertama.

Bagi seorang wanita, siapa sahaja yang tidak akan berasa kecewa, marah, tertekan atau sakit hati apabila si suami berkahwin secara senyap-senyap dengan wanita lain tanpa pengetahuannya.

syarat poligami

Lebih-lebih lagi jika perkahwinan tersebut disorok atau dinafikan sejak sekian lama.

Walaupun isteri pertama tidak mengalami penderaan fizikal, layanan seperti ini daripada si suami boleh disifatkan sebagai penderaan emosi kepada isteri pertama tersebut. 

Ini yang bakal dihadap si suami jika syarat poligami diabaikan

syarat poligami

Tekanan atau gangguan emosi ini bukan hanya berlaku kepada isteri pertama, tetapi kepada si suami itu sendiri. Jika si suami berkahwin lagi tanpa pengetahuan si isteri, dan menjalankan pernikahannya di luar negara, maka kesannya akan menjadi lebih besar.

Apabila ia mula ingin didaftarkan di Malaysia, biasanya ia lebih mudah untuk diketahui oleh ahli keluarga yang lain.

Pada waktu ini, mungkin ramai yang mula memperkatakan tindakan anda yang ‘menambah cawangan’ secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama. Anda akan dilihat atau dicop sebagai seorang yang tidak berhati perut, tidak bertimbang rasa dan sudah mula meninggalkan tanggungjawab kepada isteri pertama.

Apabila hal ini sudah tiba ke telinga isteri pertama, maka akan berlaku beberapa episod lain yang tidak terjangka.

Sebagai contoh, isteri pertama mungkin akan menyerang anda dan isteri kedua setelah dia mengetahuinya. Bukan itu sahaja, isteri pertama juga mungkin akan meminta fasakh atau perpisahan menerusi mahkamah syariah jika dia merasakan bahawa suaminya sudah mengabaikan keperluan dan kehendaknya.

Perkara seperti ini bukanlah satu perkara yang baik kerana dalam niat anda untuk ‘membina masjid’ kedua, anda telah ‘merobohkan masjid’ atau perkahwinan sedia ada anda.

Ini bukanlah sunnah atau tujuan poligami yang dibenarkan dalam Islam.

Jika ini berlaku, imej anda akan menjadi lebih buruk dan mula menjadi buah mulut orang ramai kerana anda tidak mengikuti syarat poligami dengan betul. 

Kesimpulan

Perkahwinan bukan bermaksud cinta atau keseronokan semata-mata, tetapi ia lebih kepada penerimaan tanggungjawab baharu yang lebih besar.

Jika sebelum ini anda hanya menguruskan diri sendiri, perkahwinan menyebabkan anda perlu menjaga, mendidik dan menguruskan isteri dan anak-anak.

Semakin ramai isteri dan anak anda, maka semakin besarlah tanggungjawab anda kepada mereka.

Ingatlah, setiap tanggungjawab ini akan ditanya kembali di akhirat untuk melihat sama ada anda bersifat amanah dan adil dalam poligami ketika di dunia dahulu.

Teliti kembali syarat poligami sebelum anda merancangnya. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Bicara Poligami. https://www.jais.gov.my/v2/page.php?id=392&k=poligami. Accessed on 26 January, 2023.

Poligami? Kontroversi Lagi!. https://www.ikim.gov.my/index.php/2003/03/22/poligami-kontroversi-lagi/. Accessed on 26 January, 2023.

Hukum Isteri Melarang Suami Berkahwin Lain. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3742-al-kafi-1398-hukum-isteri-melarang-suami-berkahwin-lain. Accessed on 26 January, 2023.

Hukum Poligami Tanpa Izin Isteri?. https://muftiperlis.gov.my/index.php/minda-mufti/741-hukum-poligami-tanpa-izin-isteri. Accessed on 26 January, 2023.

Faktor Poligami Tanpa Kebenaran: Analisis Kes di Mahkamah Syariah Muar, Johor. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54452/1/54452.pdf. Accessed on 26 January, 2023.

Versi Terbaru

23/08/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Buah Dada Isteri Makin 'Berisi' Lepas Kahwin? Ini 6 Sebab Payudara Wanita Membesar!

Ada 6 Petua Cepat Hamil Untuk Pasangan Baru Kahwin Cuba, 'Confirm' Lekat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 23/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan