backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Masih Dalam Pantang, Tapi Suami Minta Bersama? Ambil Tahu 3 Hal Ini, Husband!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/10/2022

    Masih Dalam Pantang, Tapi Suami Minta Bersama? Ambil Tahu 3 Hal Ini, Husband!

    Berpantang merupakan tempoh pemulihan badan. Selain perlu menjaga aspek pemakanan, wanita juga perlu pantang bersama suami selepas bersalin.

    Ini kerana proses kelahiran bayi atau bersalin, bukanlah sesuatu yang mudah. Bahkan ia boleh menyebabkan wujud trauma kelahiran kepada si ibu.

    Tetapi bagaimana jika belum pun sembuh sepenuhnya, si suami minta bersama masa pantang sedangkan isteri masih terasa sakit kesan proses bersalin. 

    Buat kaum lelaki bergelar suami, perkongsian artikel ini adalah untuk anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Keperluan pantang bersama suami selepas bersalin

    Si isteri telah membawa satu kehidupan baru ke dunia ini. Walaupun mungkin mereka melalui tempoh kehamilan dan proses bersalin yang mudah, tetapi badan isteri anda tetap memerlukan tempoh rahim sembuh selepas bersalin.

    Tahap estrogen yang rendah selepas kelahiran dan semasa menyusu badan juga boleh menyumbang kepada pelbagai ketidakselesaan berkaitan seks. Setiap wanita akan mengalami pengalaman seks selepas bersalin yang berbeza. 

    Secara amnya, wanita selepas bersalin mungkin akan mengalami:

    • Kesakitan faraj
    • Kekeringan faraj
    • Pelepasan faraj
    • Ketidakselesaan payudara dan sakit puting
    • Sakit pinggang dan sakit keseluruhan
    • Sakit sendi
    • Sakit pada luka atau rasa kebas (jika anda pernah menjalani pembedahan caesar)
    Bagi kebanyakan wanita, ketidakselesaan ini bersifat sementara.

    Anda juga sebagai suami harus mengetahui dan memahami adalah sangat normal untuk isteri berasa letih, mempunyai emosi bercampur-baur atau keinginan seks (libido) yang rendah selepas beranak.

    Pantang bersama suami selepas bersalin #Dipaksa melakukan seks

    Pasti ada antara anda menonton telefilem Nyang yang ditayangkan baru-baru ini. Antara babak yang paling menyayat hati adalah apabila si isteri berdepan paksaan seksual (sexual coercion) untuk melayani suaminya walaupun baru melahirkan anak.

    pantang bersama suami selepas bersalin
    Babak telefilem Nyang, di mana si suami mengajak isterinya melakukan hubungan intim ketika sedang berpantang.

    Bagi wanita, pastinya anda boleh membayangkan kesakitan yang dialami si isteri dalam situasi tersebut. Namun, bagaimana untuk menentukan paksaan seksual ini?

    Situasi ini adalah di mana apabila seseorang menekan, memaksa atau melakukan trik (penipuan) agar anda berbuat perkara seksual walaupun telah menolaknya.

    Ia mungkin tidak melibatkan tingkah laku jenayah, tetapi keganasan seksual dalam cara tertentu, malah mungkin memberi kesan trauma kepada mental si isteri.

    Suami minta bersama masa pantang? Fikirkan perkara ini

    Buat pasangan sedang dalam dilema mengenai isu pantang bersama suami selepas bersalin, berikut beberapa perkara yang mungkin boleh difikirkan sebagai jalan penyelesaian buat kalian:

    1. Tentukan semula makna keintiman

    Keintiman suami isteri tidak semestinya seks dan seks tidak semestinya hanya berkaitan penetrasi (kemasukan zakar ke dalam faraj).

    Memeluk pasangan, ciuman, gosokan lembut pada belakang badan, malah duduk berdua di atas sofa dengan kaki bersentuhan – semua ini adalah antara bentuk keintiman fizikal yang boleh membuatkan kalian berhubung.

    Baca juga:

    Pantang bersama suami selepas bersalin #2. Komunikasi secara terbuka

    Berbual dan berbincang secara terbuka dengan pasangan mengenai seks. Beri ruang kepada isteri untuk berkongsikan apa yang mereka rasai supaya ia tidak dianggap sebagai penolakan peribadi.

    Anda sebagai suami harus menyedari apa yang berlaku ini hanya bersifat sementara sepanjang isteri berpantang.

    3. Ikut cara isteri

    Hanya kerana doktor memberikan lampu hijau untuk kalian mengadakan hubungan seks, tetapi ada kalanya ia tidak berlaku seperti diharapkan.

    Dari aspek emosi dan mentalnya, sesetengah wanita mungkin bersedia lebih awal, manakala yang lain memerlukan tambahan beberapa minggu atau bulan.

    Berdasarkan kajian dalam Journal of Family Practice yang dilakukan pada tahun 1998, purata isteri bersedia bagi melakukan seks adalah tujuh minggu selepas bersalin.

    Namun suka untuk diingatkan setiap wanita memerlukan tempoh masa berbeza dan ia adalah berlainan bagi setiap kelahiran bayi.

    pantang bersama suami selepas bersalin

    Kelahiran faraj boleh menyebabkan luka – yang memerlukan masa untuk sembuh. Begitu juga episiotomi – potongan yang mungkin perlu dilakukan antara faraj dan dubur bagi membantu melahirkan anak.

    Bagi wanita yang bersalin secara pembedahan, doktor biasanya mengesyorkan tempoh pantang bersama suami selepas bersalin czer antara enam hingga lapan minggu.

    Secara mudahnya, tidak kira apa sekali pun proses kelahiran yang dilalui isteri, mungkin terdapat kecederaan yang tidak terlihat secara fizikal, seperti trauma pada tisu dalaman walaupun segalanya tampak okay.

    Tempoh untuk isteri bersedia

    Garis masa ini berbeza bagi setiap wanita. Biasanya tempoh pantang bersama suami selepas bersalin adalah sehingga lapan minggu selepas bersalin kerana masih mengalami pendarahan lochia (nifas)

    pantang bersama suami selepas bersalin

    Sebagai seorang suami, anda harus mengetahui jika seks dilakukan dalam tempoh pendarahan ini, ia meningkatkan risiko jangkitan kepada isteri.

    Bagi wanita yang melakukan penyusuan eksklusif, idea untuk melakukan seks antara satu atau dua bulan selepas melahirkan si kecil, ada kalanya sukar untuk difahami suami. 

    Kami di Hello Doktor amat mengharapkan kalian boleh menghormati apa sahaja keputusan si isteri jika mereka masih belum bersedia.

    Sebaiknya, berundinglah dengan doktor bagi memastikan isteri benar-benar bersedia secara fizikal dan mental untuk melakukan hubungan seks ini.

    Apabila suami minta bersama masa pantang, ketahuilah bahawa seks tidak seharusnya dilakukan semata-mata kerana nafsu. Sebaliknya ia mestilah dengan kerelaan dan keinginan kedua-dua pasangan suami isteri.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan