#2. Jangan tangguhkan kehidupan anda semata-mata demi perhubungan
Apa maksudnya? Hakikatnya, ramai suami isteri yang sedang berjauhan ‘menangguhkan’ kehidupan mereka ketika berada jauh dengan pasangan.
Ini bermakna mereka tidak akan fokus bekerja atau berkhidmat ketika berada di perantauan, sebaliknya hanya menghitung hari untuk kembali kepada pasangan.
Sebenarnya, ini adalah perkara yang perlu dielakkan. Ini kerana perbuatan ini hanya akan menjejaskan prestasi ketika melakukan sesuatu sekali gus mengakibatkan perkara yang lebih teruk seperti kemerosotan atau kehilangan karier.
Kenapa tidak anda menggunakan waktu ketika berjauhan ini sebagai masa anda untuk fokus terhadap apa-apa yang anda lakukan? Dengan ini, sudah pasti masa juga akan berjalan dengan lebih pantas untuk anda pulang ke pangkuan pasangan kelak.
#3. Punya hobi untuk dilakukan secara bersama dengan pasangan
Hanya kerana jasad anda berdua berjauhan, tidak bermakna anda tidak boleh lakukan apa-apa perkara secara bersama ya!
Apa kata anda berdua rancang untuk mempunyai hobi bersama? Sebagai contoh, anda berdua mungkin boleh menonton filem yang sama pada waktu yang sama?
Dengan kecanggihan teknologi kini, ia tidak mustahil. Terdapat banyak perkhidmatan streaming atas talian seperti netflix yang memang mudah untuk digunakan.
Jika sudah terlalu bosan menonton filem, mungkin boleh boleh main permainan interaktif bersama? Seronok juga kalau dapat bermain permainan seperti PUBG, Mobile Legends (ML) atau Call Of Duty (COD) dengan pasangan anda bukan?
#4. Susun jadual anda berdua dengan baik agar perhubungan terjaga
Sebagai contoh, anda berada di Malaysia dan pasangan anda bekerja di Eropah. Sudah pasti kedua-dua zon waktu anda berdua berbeza bukan?
Jadi, anda dan pasangan perlu susun jadual dengan sebaiknya. Utamakan waktu kerja dan waktu tidur serta waktu anda berdua berhubungan secara atas talian.
Carilah waktu di mana kedua-dua anda tidak terbeban dengan tanggungjawab pekerjaan atau keperluan untuk berehat. Tiada guna untuk berkomunikasi jika kedua-dua anda sedang penat.
Konklusi
Kesimpulannya, memang benar perhubungan jarak jauh itu mencabar. Namun, tiada apa yang mustahil buat anda dan pasangan sekiranya perasaan cinta kalian itu tinggi dan kuat.
Lagipun, bukankah ada pepatah yang mengatakan, ‘jauh di mata dekat di hati’? Oleh itu, jadikanlah kata-kata keramat ini sebagai pedoman untuk perhubungan anda berdua!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen