Cuma, jauhkan tangan anda dari menyentuh alat kemaluan, buah dada atau mana-mana lagi zon erotik anda ketika sedang mandi untuk mengelakkan diri lebih terangsang.
#2. Melakukan senaman di dalam atau luar rumah
Selain itu, anda juga boleh cuba cara yang sangat berkesan dan menyihatkan ini. Setiap kali anda terasa horny sahaja, cuba alihkan perasaan dengan melakukan senaman.
Sama ada di dalam atau luar rumah, kedua-duanya tiada beza. Sebagai cadangan, mungkin anda boleh lakukan senaman dengan menggunakan punching bag? Jadikanlah ia sebagai satu sasaran untuk melepaskan perasaan miang keladi anda itu melalui tumbukan dan sepakan .
#3. Minta seseorang untuk mencubit pipi anda
Tidak, ia bukanlah bertujuan menyedarkan anda dari mimpi lena. Sebaliknya, ia untuk membuat anda tersedar atau terbangun dari sikap horny yang sedang membelenggu diri anda.
Ini kerana kesakitan adalah sesuatu yang boleh mengubah perasaan dalam diri anda. Dari perasaan seperti gembira, seronok, sedih, marah atau berahi, ia boleh bertukar secara drastik jika tiba-tiba sahaja anda ditimpa kesakitan.
Oleh itu, mintalah bantuan rakan anda untuk mencubit pipi atau apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan kesakitan yang minimal untuk kurangkan miang keladi anda.
Cuma jangan sampai menampar atau menumbuk dengan kuat pula ya? Risau terjadi pergaduhan pula nanti.

#4. Meditasi adalah cara kurangkan miang keladi yang bagus
Horny adalah satu perasaan yang berlaku apabila terangsang secara seksual melihat individu berlainan jantina. Menurut ajaran agama Buddha, kita mampu mengawal apa-apa sahaja perasaan dengan bermeditasi.
Caranya, cuba tenangkan diri dengan pejamkan mata dan berada dalam keadaan statik seperti duduk bersila dalam masa yang agak lama. Ia mungkin boleh membantu anda untuk mengalihkan perhatian anda.
Namun, ini tidak bermaksud anda perlu menganut agama Buddha pula ya? Hanya amalkan meditasi ini sahaja!
#5. Dekatkan diri kepada Tuhan
Akhir sekali, ini adalah cara yang paling utama. Ketahuilah kerohanian adalah satu unsur yang sangat suci. Jadi, pemikiran kotor anda itu sudah pasti boleh merawat miang keladi yang menyelubungi diri.
Caranya mudah sahaja. Banyakkan berzikir, mengaji atau solat sunat bagi individu yang beragama Islam. Bagi agama lain pula, lakukanlah ritual keagamaan yang boleh membuat anda kembali ke jalan yang benar.
Konklusinya, miang keladi itu mungkin normal bagi setiap individu kerana kita semua punya nafsu seksual terhadap pasangan berlainan jantina. Namun, ia boleh jadi bahaya jika ia terlalu berlebihan sehingga mungkin boleh mengakibatkan anda terdorong untuk membuat jenayah seperti cabul atau rogol.
Dalam pada itu, adalah tidak bagus juga otak kita dipenuhi dengan fantasi seks yang hanya akan mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada kehidupan kita. Maka, renung-renungkanlah dan selamat beramal dengan tip yang kami sediakan ini okay!
Baca juga: