backup og meta

Cara Memujuk Anak Anda Berjumpa Doktor

Cara Memujuk Anak Anda Berjumpa Doktor

Jatuh sakit merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Jika anak anda jatuh sakit dan tidak mahu ke hospital kerana takut berjumpa doktor, apakah yang patut anda lakukan?

Menerangkan tujuan sebenar ke klinik kepada anak anda

Sekiranya anda kerap membawa anak anda untuk pemeriksaan kesihatan, anda boleh menerangkan kepada anak anda tujuan pemeriksaan tersebut adalah normal terhadap semua kanak-kanak. Anda juga boleh menerangkan peranan doktor dalam memastikan anak anda membesar dengan baik. Selain itu, anda juga boleh memberi kebebasan kepada anak anda untuk bertanya sendiri kepada doktor sebarang persoalan tentang tubuh badan mereka. Ini akan membuat mereka lebih seronok berjumpa doktor selain memberi ilmu kepada mereka.

Jika anda ingin membawa anak anda berjumpa doktor untuk membuat diagnosis dan rawatan, anda boleh memberitahu mereka bahawa lawatan berjumpa doktor itu bertujuan untuk memastikan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan. Selain itu, beritahu mereka doktor akan sedaya upaya membantu sekiranya mereka mempunyai penyakit.

Jangan bawa anak anda berjumpa doktor tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan mereka berasa terkejut. Berbincanglah dengan doktor tentang cara yang paling baik untuk memberitahu anak anda tujuan berjumpa doktor.

Menerangkan prosedur pemeriksaan di klinik kepada anak anda

Anak anda seharusnya tahu prosedur yang perlu dilalui mereka ketika berada di klinik. Ini akan membuatkan mereka lebih mudah memahami dan menerima tujuan sebenar lawatan ke klinik. Anda juga boleh menerangkan prosedur pemeriksaan di klinik menggunakan patung kegemaran mereka sebagai contoh. Jadikan ini sebagai suatu permainan bersama anak anda demi membuat mereka lebih seronok untuk berjumpa doktor.

Tangani ketakutan anak anda dengan bijak

Elakkan penggunaan ayat seperti “jangan takut”, “doktor tidak akan menyakiti kamu atau “jangan menangis”. Ini kerana perkataan-perkataan ini akan membuatkan anak anda tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Sebaliknya gunakan perkataan seperti “ibu tahu kamu takut, ibu juga pernah mengalami perasaan yang sama seperti kamu”. Kemudian beritahu mereka bahawa mereka tidak keseorangan dan anda akan sentiasa menemani mereka sepanjang prosedur dijalankan.

Bawa bersama mainan kegemaran anak anda

Mainan kegemaran mereka merupakan sumber keseronokan dan ketenangan mereka. Dengan membawa mainan mereka ini bersama, mereka akan berasa lebih selamat. Selain itu, anda juga boleh bawa anak anda berjumpa dengan kanak-kanak lain yang tidak takit untuk berjumpa doktor. Ini akan membuat mereka lebih berani dan yakin terhadap setiap prosedur yang perlu dilakukan oleh doktor.

Beri ganjaran kepada anak anda

Anda boleh memberi ganjaran dalam apa-apa bentuk sekalipun untuk membuat mereka lebih seronok untuk berjumpa doktor kelak. Sebagai contoh anda boleh membawa mereka ke zoo atau menonton wayang setiap kali selepas prosedur kesihatan siap dijalankan. Selain itu, anda boleh beri anak anda ciuman atau pelukan untuk membuat mereka berasa tenang dan lega sekaligus menghilangkan ketakutan anak anda untuk berjumpa doktor.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

When Your Child Is Afraid of the Doctor.  http://www.webmd.com/children/features/when-your-child-is-afraid-doctor#1. Accessed February 18, 2017.

Preparing your child for visits to the doctor. http://kidshealth.org/en/parents/dr-visits.html#. Accessed February 18, 2017.

Anxiety and fear in children. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/fear-and-anxiety-children. Accessed February 18, 2017.

 

Versi Terbaru

15/05/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan