backup og meta

5 Kesan Ketagihan Pornografi Buat Pasangan Yang Sudah Berkahwin

5 Kesan Ketagihan Pornografi Buat Pasangan Yang Sudah Berkahwin

Pornografi adalah bahan berbentuk tulisan, imej ataupun visual lucah yang merangsang nafsu dan keinginan seksual. Ia turut dikenali dengan nama ‘porn’, ‘smut’ dan sebagainya. Malangnya, pornografi telahpun dianggap sebagai norma dalam kalangan masyarakat kita kini yang kononnya berfikiran terbuka. Mungkin ramai yang tidak tahu akan kesannya terhadap kehidupan individu. Ikuti artikel ini untuk mengetahui 5 kesan ketagihan pornografi.

#1. Sukar mendapatkan kepuasan seksual sebenar

Ini sangat berbahaya buat pasangan yang sudah berkahwin. Ketagihan terhadap pornografi akan mengurangkan kepuasan seksual individu ketika mereka melakukan hubungan seks bersama pasangan. Ini berlaku ekoran material lucah yang ditonton telah mempengaruhi diri dan membuat mereka kerap berfantasi mengenai seks lalu menghalang mereka daripada menikmati seks yang sebenar bersama pasangan.

#2. Emosi mudah terganggu

Menurut kajian, perbuatan individu yang kerap menonton pornografi akan mengakibatkan otak mereka mengecut lalu menjejaskan fungsinya. Ini akan menyebabkan individu itu tidak dapat berfikir dengan waras lalu mengubah mereka menjadi seorang yang panas baran dan agresif. Perubahan ini mungkin boleh mengakibatkan kecederaan individu lain yang berdekatan dengan mereka terutamanya pasangan mereka.

#3. Buat Diri Rasa Keseorangan

Menurut Dr. Gray Brooks, semakin kerap seseorang menonton pornografi, semakin dia akan rasa keseorangan. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan fakta bahawa manusia akan merembeskan hormon dopamin ketika berfantasi sewaktu menonton pornografi. Hormon ini juga akan membuat seseorang itu berasa khayal, sunyi dan keseorangan. Ini seterusnya akan mengakibatkan mereka bergantung kepada pornografi untuk mengubati perasaan mereka lalu mengendahkan pasangan yang ada di depan mata mereka.

#4. Menjejaskan kerjaya dan pengurusan hidup

Menonton pornografi sememangnya tidak mendatangkan manfaat sebaliknya menyebabkan mudarat terhadap sahsiah individu. Individu yang kerap menonton pornografi cenderung mempunyai minda yang kotor kerana terlalu asyik berfantasi mengenai seks lalu membuat mereka hilang fokus ketika melakukan apa-apa pekerjaan. Ini seterusnya akan memberi kesan yang negatif terhadap kerjaya dan pengurusan hidup anda.

#5. Mati pucuk!

Perkara ini adalah yang paling dibimbangkan oleh individu berjantina lelaki. Apabila sudah terbiasa menonton pornografi, mereka cenderung mengalami kesukaran untuk terangsang secara seksual. Mereka lebih sensitif terhadap tulisan, imej atau visual berbanding sentuhan yang boleh dialami ketika melakukan seks sebenar. Ini lambat-laun akan meningkatkan risiko mati pucuk. Jika ini berlaku, kehidupan seks anda bersama pasangan juga akan bergolak lalu menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

Jika anda adalah salah seorang daripada individu yang ketagih pornografi, tinggalkan tabiat buruk ini secepat mungkin kerana ia hanya akan menjejaskan hubungan anda bersama pasangan. Ingatlah bahawa kehidupan realiti jauh lebih indah berbanding kehidupan fantasi yang selalu berada dalam awang-awangan minda anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pornografi. http://www.myhealth.gov.my/pornografi/. Accessed on March 8, 2019.

Suka Tengok Video Lucah? 8 Benda Ni Akan Efek Kamu Dan Pasangan. https://www.wanista.com/2017/143341/suka-tengok-video-lucah-8-benda-ni-akan-efek-kamu-dan-pasangan/. Accessed on March 8, 2019.

The Impact of Pornography on Marital Sex. https://www.focusonthefamily.com/marriage/sex-and-intimacy/when-your-husband-isnt-interested-in-sex/the-impact-of-pornography-on-marital-sex. Accessed on March 8, 2019.

Versi Terbaru

16/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tak Nak Ketagih Ketum Lagi? Berhenti Sekarang Dengan Ubat & 5 Langkah Ini!

Hari-Hari Onani, Lama-Lama Ia Akan Beri 4 Kesan Bahaya Ini Pada Otak Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan