Keadaan kesihatan mental telah menjadi kebimbangan global pada hari ini. Perubahan pada gaya hidup, tekanan ekonomi serta perkembangan teknologi menyumbang kepada pertambahan statistik penyakit mental.
Ramai yang mungkin tidak tahu tentang keadaan kesihatan mental atau maklumat tentangnya kurang tepat. Lihat 5 fakta berikut.
1. Keadaan kesihatan mental bukanlah satu perkara yang memalukan
Tidak kurang daripada kita yang malu jika dia atau ahli keluarga yang mengalami penyakit mental. Mereka tidak mahu menceritakan kepada orang lain tentang masalah tersebut. Hakikatnya, penyakit mental hanyalah sejenis penyakit, sama seperti penyakit fizikal seperti penyakit jantung, hati dan buah pinggang.
Jika penyakit fizikal melibatkan organ-organ atau bahagian fizikal badan, penyakit mental pula menjejaskan psikologi dan mental. Kedua-dua, mental dan fizikal adalah sebahagian dari manusia. Anda tidak harus berasa malu jika anda atau ahli keluarga mengalami penyakit mental.
2. Sekitar 20 peratus kanak-kanak dan remaja seluruh duni mengalami keadaan kesihatan mental
Dalam separuh daripada kes penyakit mental bermula sebelum umur 14 tahun. Masalah mental adalah antara sebab utama yang menyebabkan kecacatan dan gangguan dalam kalangan orang muda. Ia adalah angka yang membimbangkan.
[embed-health-tool-bmi]
3. Penyakit mental boleh menyebabkan penyakit fizikal
Penyakit mental adalah faktor risiko yang penting dalam menyebabkan penyakit fizikal seperti HIV, penyakit kardiovaskular dan diabetes.
4. Ia boleh dirawat
Dengan perkembangan teknologi dan kajian, keadaan ini boleh diuruskan dan dirawat dengan baik. Antara pilihan rawatan yang ada adalah ubat-ubatan, terapi psikologi dan terapi elektrokonvulsif.
5. Penyakit mental adalah keadaan yang serius
Masyarakat perlu sedar bahawa keadaan ini bukanlah sekadar seseorang itu menjadi ‘gila’ atau memang ditakdirkan sebegitu. Ia perlu diuruskan dan dirawat dengan kaedah yang betul. Jika tidak ia akan membawa kepada keadaan yang lebih serius seperti membunuh diri atau membunuh orang lain.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.