Pernahkah anda mengalami situasi di mana mata menjadi pedih seolah-olah mata masuk habuk? Ini punca-punca yang mungkin menyebabkan ia berlaku dan juga cara hilangkan habuk dalam mata.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mata, anda boleh klik di sini.
Punca mata pedih seperti mata masuk habuk
Ada individu yang mungkin pernah mengalami situasi mata pedih secara tiba-tiba.
Biasanya, selepas dicuci dengan air pun, mata masih terasa pedih seakan-akan seperti mata masuk benda. Kadangkala ia terasa pedih, dan kadangkala ia akan menghilang dengan sendirinya.
Apakah punca hal ini berlaku? Ada beberapa faktor atau sebab yang menyebabkan mata anda menjadi pedih.
Lihat senarai di bawah ini:
#1. Habuk atau debu
Kadangkala, mata boleh dimasuki oleh habuk atau debu yang berterbangan. Ia boleh menyebabkan iritasi atau keradangan pada mata anda.
Cuba bilas dengan air bersih atau ubat titis mata untuk menghilangkannya.
#2. Blepharitis
Ia merupakan sejenis keradangan atau jangkitan yang berlaku pada kelopak mata. Namun biasanya ia tidaklah menyakitkan.
#3. Jangkitan pada kornea (keratitis) seperti mata masuk habuk
Kornea yang meradang atau dijangkiti kadangkala disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus.
Anda mungkin lebih cenderung untuk mendapatnya jika anda meninggalkan kanta lekap semalaman atau memakai kanta lekap yang kotor.
#4. Sinusitis
Ia adalah jangkitan yang berlaku pada salah satu sinus anda.
Apabila tekanan meningkat di belakang mata anda, ia boleh menyebabkan kesakitan pada satu atau kedua-dua belah mata.
#5. Konjunktivitis atau sakit mata
Ini adalah keradangan konjunktiva. Ia boleh disebabkan oleh alahan atau jangkitan (virus atau bakteria).
Salur darah di konjunktiva membengkak dan ini menjadikan bahagian mata anda yang biasanya putih kelihatan merah.
Mata anda juga boleh menjadi gatal dan berair dan menyebabkan rasa pedih seperti mata masuk habuk.
#6. Glaukoma
Keadaan ini menyebabkan cecair terkumpul di dalam mata anda. Ia kemudiannya memberikan tekanan pada saraf optik mata.
Jika anda tidak merawatnya, ia berisiko menyebabkan kebutaan. Keadaan ini biasanya tidak mempunyai tanda atau simptom awal.
Tetapi jenis yang dipanggil sebagai glaukoma sudut tertutup akut boleh menyebabkan tekanan di dalam mata anda meningkat secara tiba-tiba.
Gejala yang boleh berlaku termasuklah sakit mata yang teruk, loya, muntah, sakit kepala, dan penglihatan yang semakin teruk. Memandangkan ini adalah keadaan kecemasan, maka anda memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan kebutaan.
#7. Kornea mata melecet
Ia adalah keadaan di mana terdapatnya calar pada bahagian mata anda. Ia mungkin kedengaran tidak begitu serius, namun ia boleh menyebabkan mata terasa pedih seperti mata masuk habuk.
Ia boleh berlaku apabila anda menggosok atau menggonyoh mata anda dengan kuat.
Untuk rawatan, doktor akan memberikan titisan antibiotik bagi melegakannya. Ia akan kembali pulih dalam tempoh beberapa hari sahaja.
#8. Alahan sebabkan pedih seperti mata masuk habuk
Jika anda alah kepada debunga, habuk atau bulu haiwan, mata anda boleh mengalami keradangan, gatal dan juga menyakitkan.
#9. Toksin
Mata anda boleh menjadi pedih atau mengalami keradangan akibat pendedahan kepada asap rokok, bahan pencemar udara atau klorin dalam kolam renang.
Selain itu, ia juga boleh mengalami iritasi disebabkan jenis bahan kimia berbahaya yang lain.
Cara hilangkan habuk dalam mata
Jangan risau. Ada cara yang boleh anda gunakan sebagai cara hilangkan habuk dalam mata
anda. Ikuti tip di bawah ini:
- Bilas mata dengan menggunakan air bersih berkali-kali sebagai cara hilangkan habuk dalam mata
- Gunakan ubat titis mata untuk menghilangkan habuk dan melegakan keradangan
- Tekap mata dengan kain sejuk atau kain basah sebagai cara hilangkan habuk dalam mata
- Gunakan titis mata antibiotik jika disahkan berpunca daripada jangkitan bakteria
- Jauhkan tangan daripada mata anda
- Kerap cuci tangan untuk elakkan bendasing atau jangkitan memasuki mata anda
- Jangan guna alat solek jika mata sedang mengalami jangkitan
Kesimpulan
Ada banyak punca yang menyebabkan mata menjadi pedih dan merah.
Oleh itu, jika ia menjadi semakin teruk atau menunjukkan simptom yang agak serius, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
[embed-health-tool-bmi]