backup og meta

Benarkah Ukuran Panjang Zakar Boleh Diteka Melalui Panjang Jari Tangan?

Terdapat pelbagai mitos berkaitan saiz alat sulit lelaki dan antara yang paling popular adalah saiz zakar panjang adalah sama dengan ukuran jari tangan mereka.

Benarkah Ukuran Panjang Zakar Boleh Diteka Melalui Panjang Jari Tangan?

Lebih tepat lagi, ramai orang percaya bahawa zakar panjang adalah sama ukurannya dengan jarak di antara hujung jari hantu dengan bawah tapak tangan lelaki.

Persoalannya, adakah ia benar? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini. 

Ukuran zakar panjang = jari tangan?

Sejak dahulu lagi, ramai pengkaji telah menyelidik perkaitan di antara ukuran panjang zakar dengan jari tangan dan masih belum ada sebarang bukti konkrit.

Namun, kajian terbaharu yang diterbitkan dalam Asian Journal of Andrology mungkin berjaya memecahkan kebuntuan dan menemukan jawapan buat soalan ini.

Apa yang uniknya, kajian ini menyatakan bahawa kuncinya adalah terletak pada perbezaan di antara panjang jari telunjuk dengan jari manis pada tangan yang sama.

Secara hipotesisnya, dipercayai jika semakin besar perbezaan panjang jari tunjuk dengan jari manis, maka semakin panjang ukuran zakar ideal lelaki tersebut.

Kajian yang dilakukan terhadap 144 orang lelaki di Korea Selatan itu menunjukkan mereka yang mempunyai perbezaan panjang jari telunjuk dengan jari manis sebanyak 3 – 12 mm, mempunyai zakar panjang 7.7 cm secara purata.

Apa kaitan ukuran jari dan zakar panjang ?

zakar panjang
Betul ke nak tahu zakar panjang atau tidak dapat ditentukan melalui ukuran jari?

Melalui kajian tersebut, maka mungkin dapat disimpulkan di sini bahawa kepanjangan jari dengan zakar lelaki itu mungkin wujud kaitan di antara satu sama lain.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan hormon testosteron di dalam tubuh badan lelaki yang boleh mempengaruhi setiap struktur tubuh badan seorang lelaki.

Lelaki dengan kadar hormon testosteron tinggi di dalam tubuh badan cenderung memiliki struktur wajah yang lebih maskulin, contohnya rahang berbentuk persegi.

Disebabkan itu, para pengkaji telah menyimpulkan bahawa hormon itu juga turut akan mempengaruhi panjang jari serta panjang zakar sejak dari kandungan.

Pun begitu, kajian lanjut mengenai perkara ini masih perlu dilakukan bagi benar-benar membuktikan kesahihan wujudnya kaitan di antara kedua-duanya.

Wujudkah cara lain untuk menambah panjang zakar?

Tidak dinafikan bahawa ukuran panjang zakar serta besar zakar itu diyakini oleh lelaki sebagai suatu lambang kemegahan yang sangat penting bagi mereka.

Disebabkan itu, telah wujud pelbagai cara untuk menambah saiznya seperti penggunaan minyak lintah, vakum zakar, teknik urut malah juga pembedahan.

Apa yang perlu anda tahu di sini adalah rata-rata kaedah membesarkan zakar ini mungkin tidak begitu efektif selain mempunyai kesan sampingan berbahaya.

Jadi, jangan terlalu bimbang tentangnya kerana saiz alat sulit mungkin bukan penentu segalanya!

Saiz alat sulit mungkin bukan penentu segalanya!

Sebenarnya, tiada sebarang sebab munasabah untuk seorang lelaki itu berasa rendah diri jika zakar panjang mereka tidak seperti mana yang diimpikan.

Ini kerana saiz alat sulit lelaki mungkin bukan penentu segala dan ia telah ditetapkan sejak dari lahir melalui genetik yang diturunkan dari ibu bapa anda sendiri.
Selain itu, adakah anda yakin bahawa golongan wanita hanya akan tertarik kepada lelaki dengan saiz zakar panjang lagi besar? Ia sebenarnya sangat subjektif!

Untuk pengetahuan anda, saiz zakar itu sendiri adalah suatu topik yang sangat tabu dan ia bukanlah ukuran terpenting untuk lelaki dan wanita itu berpasangan.

Sebaliknya, perhubungan di antara insan berbeza jantina itu perlulah didasari oleh konsep rasa cinta, sayang dan menerima seseorang itu dengan seadanya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Penis size linked to finger length: Study, https://www.news-medical.net/news/20110707/Penis-size-linked-to-finger-length-Study.aspx, Accessed Sep 29 2021.
  2. Wondering about penis size? The hand tells all, study says, https://www.pri.org/stories/2011-07-04/wondering-about-penis-size-hand-tells-all-study-says, Accessed Sep 29 2021.
  3. ‘Am I Normal?’ Check Biggest Study Yet Of Penis Size, Among 15,000 Men, https://www.wbur.org/news/2015/03/03/biggest-study-penis-size, Accessed Sep 29 2021.
  4. Women’s Preferences for Penis Size: A New Research Method Using Selection among 3D Models, https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0133079, Accessed Sep 29 2021.
  5. Size Matters: Penis Size and Sexual Position in Gay Porn Profiles, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28820665/, Accessed Sep 29 2021.

Versi Terbaru

07/04/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Saiz Zakar Penting Untuk Wanita Pilih Pasangan Hidup? Jangan Terkejut Dengan Jawapan Ini

Ada 2 Kategori Zakar Semasa Ereksi Iaitu 'Shower' & 'Grower', Anda Yang Mana Satu?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan