Masalah Delusi
Inilah penyakit yang disebut sebagai Koro. Apa yang lebih menariknya, penyakit Koro ini mendapat nama daripada perkataan ‘Kura-kura’ dalam slanga bahasa Melayu dan secara khususnya, merujuk kepada kepala kura-kura. Apabila seseorang mengalami penyakit Koro, kemaluan mereka tidak pun mengecil, sebaliknya, mereka mengalami gangguan delusi bahawa kemaluan mereka telah dan semakin mengecil sehinggakan mereka mendapat serangan kegelisahan dan panik yang akut, walaupun pemeriksaan lanjut dari semasa ke semasa tidak menunjukkan sebarang bukti pengecilan. Keadaan ini tidak unik untuk lelaki sahaja, wanita juga boleh mengalami Koro dengan sangkaan bahawa vulva atau puting mereka yang semakin mengecil. Sesetengah daripada penghidap turut mempercayai bahawa mereka boleh mandul bahkan mati akibat daripada keadaan ini, selepas kemaluan/organ seksual mereka hilang sepenuhnya.
Koro dalam budaya lain
Koro adalah sejenis penyakit delusi yang khusus kepada sesetengah budaya dan telah pun wujud berkurun lamanya dalam kalangan budaya di negara-negara asia, khususnya di negara-negara Asia tenggara. Koro mula mendapat perhatian perubatan barat pada hujung abad ke 19 dan permulaan abad ke 20 melalui penemuan kes di Sulawesi. Dalam kalangan masyarakat Cina, ianya disebut sebagai Sou Yang dan asal-usul nya dapat dikenalpasti dalam antara buku perubatan tertua tamadun Cina, Huangdi Neiching, yang menyebut “Apabila yang (kemaluan lelaki) mengecut masuk ke abdomen, kematian bakal menyusul.”
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen