backup og meta

Ada 7 Cara Suami Boleh Tambah Air Mani, Ia Boleh Jadi PENENTU Tahap Kesuburan!

Ada 7 Cara Suami Boleh Tambah Air Mani, Ia Boleh Jadi PENENTU Tahap Kesuburan!

Tidak dinafikan, makhluk yang bernama lelaki sangat mementingkan dan berbangga dengan saiz zakar mereka. Namun, benarkah anda thau cara menambah air mani dengan betul?

Ini kerana terdapat satu lagi aspek yang wajar diberikan perhatian khusus oleh kaum Adam yakni kualiti dan kuantiti air mani.

Ketahuilah bahawa ia juga penting buat kehidupan di kamar tidur anda dan pasangan. Jom kita ikuti artikel ini untuk tahu cara menambah air mani anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Kepentingan kualiti & kuantiti air mani

Sudah terang lagi bersuluh, kepentingan kualiti dan kuantiti air mani adalah untuk memastikan kesuburan lelaki berada pada tahap yang baik.

Jika tidak, akan berlaku pelbagai masalah berkaitan ketidaksuburan akibat kondisi sperma khususnya:

  • Oligozoospermia – Bilangan sperma rendah
  • Asthenozoospermia – Masalah mobiliti sperma
  • Teratozoospermia – Masalah morfologi sperma
  • Oligoasthenoteratozoospermia – Gabungan masalah bilangan, mobiliti & morfologi sperma
  • Azoospermia – Air mani tidak langsung mengandungi sperma

Salah satu atau gabungan kesemua masalah sperma ini sudah pasti akan membuatkan anda tidak subur. Tiada lelaki yang mahu mengalaminya bukan?

cara menambah air mani
Tahap kualiti dan kuantiti air mani lelaki.

Kekeliruan yang perlu lelaki fahami

Disebabkan masalah-masalah sperma yang kami nyatakan di atas tadi, ramai lelaki akan cuba pelbagai petua tradisional banyakkan air mani.

Sebelum itu, terdapat satu kekeliruan yang kita semua perlu dalami dan fahami terlebih dahulu.

Ramai dalam kalangan kaum Adam percaya bahawa menambahkan air mani akan meningkatkan kesuburan.

Ia adalah kurang tepat kerana sperma hanya terdiri antara 1% sehingga 10% daripada air mani sahaja.

Ya, mungkin benar ia mampu meningkatkan sedikit sahaja kuantiti sperma, namun anda tidak boleh bergantung kepada kaedah ini semata-mata.

Persoalannya, wujudkah sebarang cara menambah air mani? Ya, mungkin ada.

Apa kandungan air mani yang normal?

Sebelum itu, tahukah kalian jumlah ejakulasi yang normal?

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), jumlah ejakulasi air mani yang normal adalah di antara 0.8 ml ke 7.6 ml.

Untuk ukuran yang paling ideal, 3 ml dan 5 ml adalah dianggap sebagai jumlah ejakulasi yang normal.

cara menambah air mani
Sperma di dalam air mani lelaki.

Makan bawang untuk tambah air mani?

Ada satu kepercayaan yang sering bermain dan berlegar dalam fikiran masyarakat kita yakni makan bawang boleh tambah air mani. Benarkah?

Menurut kajian yang dijalankan terhadap seekor ayam baka Koekoek di Afrika Selatan, pemberian bawang putih dan merah mampu membantu sistem reproduktif mereka.

Ini termasuklah meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma sekali gus menaikkan tahap kesuburan mereka.

Pun begitu, masih tidak wujud kajian kukuh yang mengatakan ia adalah cara yang berkesan buat manusia.

Sekiranya ada lelaki yang beranggapan bahawa petua tradisional banyakkan air mani ini berkesan, itu mungkin cuma hanya kesan plasebo semata-mata.

Apa cara menambah air mani yang betul?

Bukan sahaja bawang, pengambilan apa-apa jenis makanan atau ubat tambah air mani di farmasi yang dikatakan boleh menambahkan air mani wajar dirujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Berikut adalah cara menambah air mani yang betul:

#1. Elak bersetubuh dengan kerap

Lebih banyak ejakulasi, semakin kurang air mani. Oleh itu, cuba elak bersetubuh dengan terlalu kerap.

#2. Jangan menghisap rokok & minum alkohol

Kedua-dua tabiat buruk ini boleh mengurangkan tahap hormon testosteron yang penting untuk testis berfungsi.

suplemen untuk lelaki
Suplemen yang tidak bagus untuk lelaki.

#3. Pengambilan makanan sihat dan seimbang

Sila amalkan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak dan tinggi protein. Selain itu, kurangkan makanan bergoreng dan berempah untuk air mani yang lebih banyak dan sihat.

Ini kerana meskipun tiada makanan tambah air mani atau minuman tambah air mani yang diyakini dan diakui oleh pakar, pengambilan pemakanan sihat itu mungkin boleh membantu.

#4. Penggunaan pakaian dalam yang sesuai

Jika boleh, elakkan daripada memakai seluar dalam yang terlalu ketat kerana haba yang panas boleh menjejaskan penghasilan air mani di dalam testis. Boxer adalah alternatif terbaik.

Cara menambah air mani #5. Stabilkan berat badan

Berat badan yang berlebihan mungkin akan mengurangkan air mani akibat daripada lemak yang mengganggu kestabilan hormon testosteron.

Cara menambah air mani #6. Uruskan stres anda

Faktor mental juga memainkan peranan yang penting. Senaman seperti yoga adalah antara cara mengendalikan tekanan perasaan yang bagus.

#7. Ubatan & suplemen

Akhir sekali, sila berjumpa dengan doktor untuk konsultasi. Dapatkan pandangan mereka untuk mengambil ubat tambah air mani di farmasi sebagai cara menambah air mani yang betul.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Increasing semen volume. https://www.news-medical.net/health/Increasing-Semen-Volume.aspx. Accessed 14 July 2020.
  2. How to increase your sperm count. https://www.news-medical.net/health/How-to-Increase-Your-Sperm-Count.aspx. Accessed 14 July 2020.
  3. Effect of garlic and onion on semen. https://www.researchgate.net/figure/Effect-of-garlic-and-onion-on-semen-characteristics-of-Koekoek-cocks_tbl2_308123972. Accessed 14 July 2020.
  4. Semen quality. https://www.semanticscholar.org/paper/Semen-quality-characteristics-of-Koekoek-breeder-by-Okoro-Mbajiorgu/. Accessed 14 July 2020.
  5. Don’t make the mistake of letting a diet kill sperm. https://www.uchicagomedicine.org/forefront/health-and-wellness-articles/dont-make-the-mistake-of-letting-a-diet-kill-sperm. Accessed 14 July 2020.
  6. How to Produce More Semen: Sperm Health and Male Fertility Explained. https://flo.health/getting-pregnant/trying-to-conceive/fertility/how-to-produce-more-semen. Accessed 14 July 2020.

Versi Terbaru

08/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Pernah Terfikir Rasa Air Mani? Ambil Tahu 4 Sebab Warna, Bau & Rasanya Berubah!

Ada Banyak Warna Air Mani, Dan Setiap 'Color' Mempunyai Maksud Tertentu, Lelaki Kena Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan