backup og meta

Usah Bersedih Cik Abang Jika Zakar Kurang Keras, Buat 9 Ujian Ini Dahulu, Masalah Boleh Selesai!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/12/2022

    Usah Bersedih Cik Abang Jika Zakar Kurang Keras, Buat 9 Ujian Ini Dahulu, Masalah Boleh Selesai!

    Anda ingin mengatasi ereksi kurang keras? Tahukah anda, ada banyak rawatan yang ada untuk masalah mati pucuk atau disfungsi erektil?

    Sebelum menentukan rawatan yang bersesuaian, doktor akan melakukan diagnosis terlebih dahulu. Diagnosis ini dapat membantu pesakit mati pucuk untuk memilih rawatan yang sesuai dengan keadaan kesihatan semasa.  

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Mengatasi ereksi kurang keras atau mati pucuk, ini diagnosisnya

    Normal untuk penghidap masalah mati pucuk rasa sedih, tidak yakin dan tertekan dengan kondisi yang mereka alami. Walau bagaimanapun, mati pucuk merupakan satu masalah yang boleh dirawat.

    Malah, lebih awal anda melakukan rawatan, semakin cepat anda boleh mengawal dan mengatasi ereksi kurang keras.

    Ada banyak cara untuk mendiagnosis masalah disfungsi erektil. Antaranya adalah:

    1. Lakukan pemeriksaan kendiri

    mengatasi ereksi kurang keras

    Anda boleh melakukan pemeriksaan kendiri atau menggunakan alat yang diberikan oleh doktor. Alat ini boleh digunakan untuk melakukan pemeriksaan di rumah.

    2. Ujian NPT (Nocturnal penile tumescence)

    Ujian ini dilakukan untuk menguji ereksi lelaki ketika tidur yang berlaku antara 5 atau 6 kali sehari. 

    Lelaki yang tidak mengalami ereksi ini mungkin mempunyai masalah saraf ataupun saluran darah.

    3. RigiScan

    RigiScan merupakan sejenis alat yang boleh digunakan untuk pemeriksaan di rumah. Alat ini boleh memberikan informasi yang tepat mengenai kemampuan ereksi anda.

    Malah, datanya juga boleh disimpan dan diperiksa melalui komputer peribadi.

    4. Pemeriksaan dan ujian makmal

    Doktor mungkin akan melakukan ujian fizikal untuk membuat diagnosis tepat mengenai kondisi anda.

    Namun, jika disfungsi erektil yang dialami berpunca daripada masalah kesihatan lain, doktor mungkin akan mencadangkan agar anda melakukan ujian makmal untuk mengesan penyakit tersebut.

    5. Ujian darah

    Doktor akan mengambil sampel darah untuk pemeriksaan makmal. Darah anda akan diuji untuk mengesan masalah kesihatan seperti sakit jantung, diabetes, tahap testosteron rendah dan lain-lain.

    6. Ujian urin

    Sama seperti ujian darah, ujian urin juga dilakukan untuk mengesan masalah kesihatan lain.

    7. Ujian psikologikal

    Mati pucuk boleh berlaku disebabkan masalah psikologi, doktor mungkin akan bertanyakan beberapa soalan untuk mengesan sama ada anda mengalami depresi, kegelisahan atau masalah psikologikal lain.

    8. Imbasan

    Jika doktor perlu memeriksa peredaran darah pada kawasan zakar secara lebih dekat, doktor mungkin akan melakukan imbasan ultrasound.

    9. Diagnosis Pembezaan

    Doktor juga akan melihat sejarah penyakit anda atau sakit yang sedang anda alami seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau masalah prostat. 

    Semua faktor di atas akan menentukan jenis rawatan yang bakal diterima.

    Rawatan mati pucuk

    mengatasi ereksi kurang keras

    Ada banyak rawatan tersedia untuk merawat masalah disfungsi erektil yang boleh membantu pesakit mengatasi ereksi kurang keras.

    Namun, rawatan yang terbaik untuk masalah mati pucuk bermula dengan penjagaan kesihatan jantung dan sistem vaskular.

    Selain itu, perhatikan juga faktor risiko anda dan cuba untuk memperbaiki gaya hidup pada masa yang sama.

    Perubahan gaya hidup untuk merawat mati pucuk

    Pesakit boleh mengatasi ereksi kurang keras dengan cara mengubah gaya hidup masing-masing ke arah yang lebih sihat. Sebagai contoh:

    1. Bersenam dengan lebih kerap

    Senaman dapat memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung, diabetes dan obesiti. Semua penyakit ini boleh menyebabkan kaum Adam sukar untuk mengalami ereksi.

    2. Turunkan berat badan

    Menurut kajian, hampir 1/3 lelaki yang obes dapat mengembalikan fungsi zakar masing-masing setelah menurunkan berat badan.

    3. Berhenti merokok

    Tidak dinafikan, berhenti merokok boleh membuatkan lelaki kembali sihat. Merokok sememangnya dapat memberikan impak negatif terhadap kesihatan seksual lelaki.

    4. Makan secara sihat

    Individu yang mengambil makanan sihat mempunyai risiko mati pucuk yang lebih rendah. Oleh sebab itu, tambahkan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh dalam makanan anda.

    5. Jaga kesihatan gigi untuk elak mati pucuk!

    Walaupun pelik, masalah gigi seperti penyakit gusi atau periodontitis boleh meningkatkan risiko disfungsi erektil!

    Pengambilan ubat-ubatan untuk mati pucuk

    Selain perubahan gaya hidup, pengambilan ubat-ubatan juga dapat membantu lelaki mengatasi ereksi kurang keras. Ubat-ubatan mati pucuk yang mungkin diberikan ialah:

    1. Viagra (sildenafil). Efektif selama 30 hingga 60 minit. Ubat ini boleh membuatkan lelaki alami ereksi selama 12 jam.
    2. Cialis (tadalafil). Efektif selama 60 hingga 120 minit dan boleh berkekalan hingga 36 jam.
    3. Levitra atau Staxyn (Vardenafil). Efektif selama 30 hingga 60 minit dan boleh berlangsung selama 10 jam.
    4. Stendra (avanafil). Efektif selama 15 hingga 30 minit dan boleh berkekalan hingga 12 jam.

    Terapi penggantian testosteron untuk mati pucuk

    Ada lelaki yang mengalami masalah disfungsi erektil disebabkan tahap testosteron yang rendah.

    Jika ini yang berlaku, pesakit boleh melakukan terapi penggantian testosteron sebagai langkah pertama untuk  mengatasi ereksi kurang keras.

    Melihat semula ubat-ubatan yang diambil

    Kadangkala, masalah mati pucuk yang dialami oleh kaum lelaki berpunca daripada ubat-ubatan yang sedang diambil.

    Oleh sebab itu, doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan dan melihat semula senarai ubat-ubatan anda.

    Pam dan implan zakar

    Apabila cara rawatan lain tidak berkesan, alat mekanikal mungkin dapat membantu. Salah satu daripadanya adalah pam vakum, sejenis tiub plastik yang diletakkan di atas kawasan zakar.

    Implan zakar pula merupakan opsyen kedua.

    Terdapat dua jenis implan zakar iaitu implan boleh kembung (inflatable) dan implan separa keras.

    Terapi low-intensity shock wave

    Terapi ini merupakan salah satu cara rawatan yang mungkin boleh digunakan untuk merawat disfungsi erektil.

    Rawatan ini masih lagi dalam fasa kajian, namun ia didapati boleh merawat masalah disfungsi erektil dengan cara memperbaiki peredaran darah.

    Kaunseling untuk masalah mati pucuk

    mengatasi ereksi kurang keras

    Kajian menunjukkan gabungan rawatan fizikal dan mental dapat mengatasi ereksi kurang keras.

    Ini kerana masalah mati pucuk selalunya akan bertambah teruk jika pesakit mengalami masalah mental seperti kegelisahan dan depresi.

    Penggunaan ubat tradisional untuk masalah mati pucuk

    Kajian menunjukkan akupuntur boleh merawat masalah disfungsi erektil. Walaupun mekanismenya tidak jelas, pakar merasakan akupunktur dapat memperbaiki peredaran darah pada kawasan zakar lelaki.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan