Anda Disahkan Positif Kencing Manis? Bersiap Sedia Untuk Kehidupan Seks Yang Lebih Baik!
Diabetes atau kencing manis adalah sejenis penyakit yang sangat berbahaya dan biasa berlaku dalam kalangan masyarakat kita.
Menurut statistik terkini, kira-kira 3.9 juta individu berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit kencing manis di Malaysia.
Tidak mengira sama ada lelaki atau wanita, akibat kencing manis adalah sangat menakutkan hingga boleh menjejaskan aspek seksual! Benarkah?
Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu jawapannya.
Seks dan kencing manis, ia akan terjejas?
Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa terdapat banyak akibat kencing dan antara yang paling membimbangkan adalah pemotongan anggota badan (amputasi).
Selain itu, sistem tubuh badan seperti mata, saraf, buah pinggang dan jantung juga akan terjejas teruk akibat paras gula dalam darah yang terlalu tinggi.

Namun tahukah anda bahawa aspek seksual juga boleh terjejas akibat penyakit ini?
Menurut kajian pada tahun 2010 yang diterbitkan dalam jurnal Diabetes Care, didapati bahawa hanya kira-kira 50 peratus lelaki yang menghidap diabetes dan 19 peratus wanita memaklumkannya kepada doktor.
Disebabkan itu, diagnosis yang terlalu lambat akan mempengaruhi mata, saraf, buah pinggang dan kerosakan jantung yang disebabkan oleh diabetes tidak terkawal, selain mempengaruhi kesihatan seksual.
Jadi, adalah penting bagi orang ramai untuk terbuka dan jujur dengan doktor anda mengenai semua masalah kesihatan, walaupun dengan fungsi seksual.
Bagaimana seks dan kencing manis berkaitan?
Ya, anda tidak salah membacanya kerana memang benar bahawa kesihatan seksual akan terjejas akibat kencing manis ini! Bagaimana?
#1. Libido rendah
Pertama sekali, ketahuilah bahawa kedua-dua jantina lelaki dan wanita mungkin akan mengalami keinginan atau kemahuan seksual yang rendah akibat diabetes yang tidak terkawal.
Libido rendah buat lelaki
Disfungsi erektil
Salah satu masalah seksual yang akan dihadapi oleh lelaki adalah tidak mampu mendapatkan dan mengekalkan ereksi zakar dengan baik.
Anggaran peratusan disfungsi erektil pada lelaki dengan kencing manis adalah berbeza secara meluas, dari 20 hingga 75 peratus.
Lelaki yang menghidap diabetes boleh mengalami disfungsi erektil 2-3 kali lebih banyak daripada mereka yang tidak mengalami diabetes.
Ejakulasi terbalik
Lelaki yang hidup dengan kencing manis juga mungkin akan mengalami keadaan ejakulasi terbalik (retrograde) di mana air mani masuk ke pundi kencing dan bukannya keluar melalui zakar semasa ejakulasi.
Ia berlaku apabila otot dalaman, yang dipanggil sfinkter (sphincter), tidak dapat beroperasi secara normal.
Akibatnya, air mani masuk ke pundi kencing dan dikeluarkan semasa kencing tanpa merosakkan pundi kencing.
Libido rendah buat wanita
Wanita yang mengalami kencing manis juga terdedah kepada masalah pendarahan akibat kerosakan pada saraf atau salur darah.
Komplikasi diabetes mungkin akan membuat kesukaran untuk darah masuk ke dalam faraj dan klitoris (biji kelentit).
Penyebab masalah seksual pada wanita dengan diabetes termasuklah kerosakan saraf yang akan membatasi aliran darah ke tisu genital dan faraj dan perubahan hormon.
#2. Tiada orgasma semasa seks
Orgasma (klimaks) adalah ganjaran seksual tetapi bagi orang yang menghidap diabetes, ia dapat dirasakan sebagai matlamat yang mungkin tidak dapat dicapai.
Walaupun wanita pada umumnya mempunyai lebih banyak kesukaran mendapatkan orgasma berbanding lelaki, semua individu dengan diabetes mempunyai kesukaran yang lebih besar.
Kencing manis boleh memainkan peranan yang membawa kepada keadaan ini!
Lelaki kebiasaannya mencapai orgasma lebih mudah, yang boleh menjadi sangat mengecewakan jika lelaki tidak dapat meneruskannya.
Seperti wanita, saraf dan salur darah pada alat sulit lelaki yang rosak dan kekurangan aliran darah menjadikannya sukar untuk orgasma.
#3. Rasa sakit sewaktu seks
Seks dikatakan akan membawa anda dan pasangan mencapai kegembiraan dan kepuasan.
Apa-apa kesakitan pula boleh menjadi halangan atau rintangan yang sangat menjengkelkan.
Walaupun anda malu atau takut, adalah penting untuk membincangkan isu-isu hubungan seks yang menyakitkan dengan seorang doktor.
Lelaki dengan diabetes mempunyai risiko tinggi penyakit Peyronie, keadaan di mana tisu parut di dalam zakar menyebabkan kelengkungan dan kesakitan ereksi.
Kekeringan faraj pula adalah salah satu sebab utama yang menjadikan wanita dengan diabetes menderita rasa sakit semasa seks.
Sama ada ia dalam bentuk terapi estrogen untuk wanita yang kekeringan, ia adalah kesan sampingan menopaus atau pelincir tanpa preskripsi.
Wanita dengan diabetes juga berisiko tinggi untuk jangkitan saluran kencing (UTI) dan jangkitan yis faraj, yang mungkin menyebabkan seks yang menyakitkan.
Sila kawal diabetes untuk kehidupan seks anda!

Dapat disimpulkan di sini bahawa akibat kencing manis, kehidupan seks kalian berdua mungkin akan terjejas.
Disebabkan itu, adalah wajar untuk penderita kawal kondisi kencing manis untuk kehidupan seks yang lebih baik.
Bagaimana? Caranya tentu sekali dengan mengubah gaya hidup dan pemakanan anda agar kadar glukosa dapat dikawal dengan baik!
Selain itu, sila pastikan kalian periksa tahap gula dalam darah secara sendiri di rumah setiap hari.