backup og meta

Kesan Diabetes Pada Tubuh Boleh Buat Rambut Gugur? Jaga-jaga!

Kesan Diabetes Pada Tubuh Boleh Buat Rambut Gugur? Jaga-jaga!

Ramai individu yang ada masalah ini tanpa mengira jantina dan usia. Apa yang lebih membimbangkan, mereka juga tidak tahu sebab rambut gugur itu terjadi!

Selain penuaan dan pemakanan, antara sebab rambut gugur lain yang mungkin paling tidak disangka adalah angkara penyakit kencing manis. Benarkah?

Untuk mengetahui mengenai masalah ini dengan lebih lanjut, jom teruskan membaca artikel.

Apa kesan diabetes pada tubuh badan?

Jika individu ada kondisi diabetes, maka tubuh badan penderita itu mungkin tidak akan dapat menghasilkan atau menggunakan insulin dengan sebaiknya.

Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon yang berfungsi menguraikan gula di salur darah daripada makanan dan minuman kepada sel untuk tenaga.

Apabila insulin tidak dapat dihasilkan atau digunakan dengan efektif, maka kadar glukosa akan meningkat lalu menjejaskan fungsi dan sistem tubuh badan.

Dalam pada itu, ia juga berisiko merosakkan salur darah yang berfungsi membawa oksigen ke sekitar tubuh badan untuk memperbaiki organ dan tisu.

Kerosakan ini seterusnya turut boleh menyebabkan oksigen tidak sampai ke folikel rambut yang akan menjejaskan kitaran pertumbuhan bulu dan rambut.

sebab rambut gugur

Akibatnya, penyakit kencing manis boleh jadi salah satu daripada sebab rambut gugur itu terjadi!

Diabetes antara sebab rambut gugur?

Buat anda yang mungkin belum tahu, kebiasaannya rambut akan menjalani 3 fasa yang utama:

  • Fasa pertama – Fasa pertumbuhan rambut ini akan kekal sekitar 2 tahun atau lebih dan akan tumbuh pada kadar 1 ke 2 cm per bulan
  • Fasa kedua – Fasa rambut rehat ini akan bertahan sekitar 100 hari lamanya
  • Fasa ketiga – Fasa rambut gugur ini akan berlaku selepas fasa-fasa tadi tamat

Penyakit kencing manis pula boleh menjadi dalang yang akan mengganggu fasa-fasa ini lantas menjejaskan proses rambut tumbuh, rehat lalu gugur.

Ia juga bukan sahaja akan jadi sebab rambut gugur pada kepala malahan juga pada kawasan tubuh badan seperti tangan, kaki serta lain-lain bahagian.

Ini adalah disebabkan oleh penderita diabetes lebih cenderung mengalami penyakit alopecia areata, di mana sistem imun akan menyerang folikel rambut.

Selain itu, ia juga adalah disebabkan kesan sampingan kencing manis seperti kerosakan kelenjar tiroid, stres, ubatan atau rawatan untuk penyakit tersebut.

Apa yang anda mungkin perlu buat?

Sekiranya anda ada masalah ini namun tidak tahu apa sebab rambut gugur itu terjadi, sila segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis.

Seandainya benar bahawa ia adalah disebabkan diabetes, laporkan pada doktor segala simptom termasuk rambut gugur pada kepala ataupun tubuh badan lain.

Apa yang anda mungkin perlu buat untuk mengelak masalah ini daripada jadi lebih teruk adalah dengan cara merawat penyakit kencing manis itu terlebih dahulu.

Caranya adalah dengan mengawal diet, mengubah gaya hidup serta mengambil ubatan atau rawatan bagi membantu menstabilkan kadar gula dalam darah.

Apabila diabetes itu sudah terkawal, maka anda mungkin perasan bahawa rambut yang gugur pada kepala atau tubuh badan lain juga akan lebih terkawal.

Apa petua untuk rambut gugur lain?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, perkara pertama yang anda perlu buat adalah diagnosis dan rawat kondisi diabetes terlebih dahulu jika ada.

Kemudian, terdapat juga beberapa petua untuk rambut gugur lain, termasuklah:

#1. Ambil ubatan topikal @ oral

Pakar dermatologi anda mungkin akan mempreskripsikan anda dengan ubatan topikal seperti minoxidil yang perlu disapu pada kulit kepala atau tempat lain.

Selain itu, anda juga mungkin akan dipreskripsikan dengan ubatan oral seperti finasteride yang perlu dimakan untuk memperbaiki kadar pertumbuhan rambut.

Jika ia benar disebabkan oleh kondisi alopecia areata, pengambilan steroid untuk mengurangkan kerengsaan dan keradangan pada kulit mungkin perlu digunakan.

sebab rambut gugur

Petua rambut gugur #2. Suplemen biotin

Biotin adalah vitamin yang biasa ditemui dalam kekacang, bijirin dan sayuran dan perlu diambil oleh penderita diabetes kerana ia akan menurunkan parasnya.

Suplemen ini sangat penting dalam usaha mengelakkan rambut gugur dan menggalakkan rambut tubuh, namun dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

#3. Penggunaan rambut palsu

Ia bukanlah penyelesaian yang bersifat kekal namun cara ini mungkin boleh menyorokkan masalah kebotakan sementara anda mencari cara yang lebih efektif.

#4. Penanaman rambut baru

Akhir sekali, anda juga mungkin boleh menjalani prosedur penanaman rambut baru yang ternyata bersifat kekal namun mungkin hadir dengan kos yang agak tinggi.

Konklusinya, penyakit kencing manis memang benar boleh jadi salah satu sebab rambut gugur serta mendatangkan pelbagai lagi kesan sampingan yang berbahaya.

Disebabkan itu, jangan pandang remeh masalah diabetes ini kerana ia mungkin boleh menjejaskan kehidupan anda dari aspek dalaman dan luaran tubuh badan.

Sila berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor untuk mendapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut tentangnya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. CAN DIABETES AFFECT YOUR HAIR GROWTH?, https://beyondtype1.org/can-type-1-diabetes-affect-your-hair-growth/, Accessed Oct 6 2021.
  2. Hair Loss and Diabetes- Relation Between Diabetes And Hair Loss, https://stark-diabetes.org/hair-loss-and-diabetes-relation-between-diabetes-and-hair-loss/, Accessed Oct 6 2021.
  3. Can Diabetes Cause Hair Loss?, https://myhealthguide.org/can-diabetes-cause-hair-loss/, Accessed Oct 6 2021.
  4. Diabetes-Related Hair Loss: Causes and Dealing Ways , https://www.newhealthadvisor.org/diabetes-hair-loss.html, Accessed Oct 6 2021.
  5. Does Diabetes Cause Hair Loss?, https://www.wellthy.care/hair-loss-diabetes/, Accessed Oct 6 2021.

Versi Terbaru

29/12/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

5 Perkara Penderita Rambut Gugur Boleh Cuba! Tapi, Kena Tahu Punca Dulu?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/12/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan