Pernah dengar mengenai tanda prediabetes? Ia bukan bermakna anda mengalami kencing manis, tetapi meningkat risiko untuk mengembangkan keadaan tersebut. Baca artikel ini untuk mengetahui apakah tanda-tandanya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.
Apa itu prediabetes?
Tanda prediabetes bukanlah satu keadaan penyakit tetapi ianya adalah tanda amaran bahawa anda mungkin mempunyai diabetes jenis 2 dalam waktu terdekat kerana ia melibatkan tahap gula dalam darah yang tinggi, namun tidak cukup tinggi untuk dikategorikan sebagai diabetes jenis 2.
Walaupun mempunyai prediabetes akan menimbulkan risiko untuk meningkat kepada diabetes jenis 2 dalam tempoh 10 tahun akan datang, anda masih dapat menghalang perkembangan tersebut daripada berlaku.
Sekiranya anda memiliki prediabetes, tahap gula darah (glukosa) anda adalah lebih tinggi daripada yang sepatutnya. Prediabetes juga digelar sebagai diabetes “borderline“.
Pada kebiasaannya, tubuh badan anda menghasilkan hormon yang dipanggil insulin untuk membantu mengawal gula darah anda. Apabila anda mempunyai prediabetes, sistem tersebut tidak berfungsi dengan sepatutnya.
Tubuh badan anda berkemungkinan tidak dapat menghasilkan insulin dengan secukupnya selepas makan, atau badan anda mungkin tidak bertindak balas terhadap insulin dengan betul.
Prediabetes boleh menjadikan anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung atau mengalami strok. Tetapi anda boleh bertindak untuk mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit tersebut.
Apakah tanda prediabetes?
- Glukosa berpuasa yang terjejas (IFG) – Glukosa plasma puasa (FPG) ≥100 mg / dL hingga 125 mg / dL (≥5.6 mmol / L hingga 6.9 mmol / L).
- Toleransi glukosa yang terjejas (IGT) – Glukosa plasma ≥140 mg / dL hingga 199 mg / dL (≥7.8 mmol / L hingga 11.0 mmol / L) diukur dua jam selepas beban glukosa 1.75 g / kg (maksimum dos 75 g) dalam ujian toleransi glukosa oral (OGTT).
- Hemoglobin A1C (HbA1C) antara 5.7 dan 6.4 peratus (39 hingga 46 mmol / mol) juga dianggap menunjukkan risiko diabetes dan telah dilihat sebagai prediabetes bagi orang dewasa. HbA1C adalah hemoglobin glikasi yang mencerminkan purata plasma glukosa lebih lapan hingga 12 minggu sebelum ini.
Apakah penyebab terjadinya tanda prediabetes?
Penyebab sebenar prediabetes adalah tidak diketahui.
Tetapi sejarah dan genetik keluarga kelihatanya memainkan peranan penting dlam pembentukan prediabetes. Gaya hidup yang tidak aktif dan lemak yang berlebihan, terutamanya lemak di bahagian perut juga merupakan antara faktor penting bagi prediabetes.
Individu yang mempunyai prediabetes tidak memproses gula (glukosa) dengan betul.
Akibatnya, gula berkumpul di dalam aliran darah dan tidak lagi melaksanakan tugasnya dengan betul iaitu dengan mengakses sel yang membentuk otot dan tisu-tisu badan yang lain.
Kebanyakan glukosa dalam badan anda berasal daripada makanan yang anda makan. Apabila makanan dicerna, gula memasuki aliran darah anda. Peralihan gula dari aliran darah ke bahagian sel badan anda memerlukan peranan hormon iaitu insulin.
Insulin berasal dari kelenjar yang terletak di belakang perut (pankreas). Pankreas anda merembeskan insulin ke dalam aliran darah anda apabila anda makan.
Apabila insulin membuat peredarannya didalam darah, ia membolehkan gula memasuki sel anda dan menurunkan jumlah gula dalam aliran darah anda. Apabila paras gula darah anda menurun, rembesan insulin dari pankreas anda juga akan menurun.
Apabila anda mempunyai prediabetes, proses ini mula tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya. Proses mengakses sel anda tidak terjadi yang mengakibatkan gula kekal berada dalam aliran darah.
Gula darah tinggi berlaku apabila pankreas anda tidak menghasilkan insulin dengan cukup atau sel anda bersifat rintang terhadap tindakan insulin, atau mungkin juga kedua-duanya.
Baca juga: