backup og meta

Masih Ada Diabetes Lepas Bersalin? Ini 4 Petua Hilangkan Kencing Manis Untuk Ibu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

    Masih Ada Diabetes Lepas Bersalin? Ini 4 Petua Hilangkan Kencing Manis Untuk Ibu!

    Ramai yang percaya bahawa diabetes gestasi semasa hamil akan hilang sendiri selepas melahirkan. Namun, risiko kencing manis selepas bersalin itu mungkin masih akan ada.

    Ini kerana kesan akibat kondisi itu mungkin terus berlanjutan dan berpanjangan walaupun wanita sudah tidak lagi mengandung. Jadi, anda perlu kawal dan rawat kondisi ini.

    Persoalannya, kenapa dan bagaimana ia berlaku? Jom terus baca artikel ini dengan lebih lanjut!

    advertisement iconIklan

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Diabetes ketika hamil, berbahayakah?

    Untuk pengetahuan anda semua, diabetes gestasi adalah kondisi yang bermula dan berlaku apabila tahap gula dalam darah tinggi dikesan buat kali pertama ketika sedang hamil.

    Meskipun ramai percaya ia akan bermula dan berlaku ketika wanita sedang hamil, sebenarnya mungkin juga ia adalah disebabkan oleh kondisi diabetes yang tidak didiagnosis.

    Kebiasaannya, tahap glukosa ini mungkin akan kembali normal selepas melahirkan. Pun begitu, wanita masih berisiko untuk terus menghidap diabetes jenis 2 selepas bersalin.

    kencing manis selepas bersalin

    Ia juga mungkin sangat berbahaya buat anda serta bayi. Anak anda akan tinggi risiko untuk lahir dengan berat badan berlebihan, hipoglikemia, jaundis dan diabetes itu sendiri.

    Disebabkan itu pula, adalah sangat penting untuk ibu kawal dan rawat kondisi ini dengan cepat!

    Apa punca dan faktor risiko ia berlaku?

    Hormon insulin akan dihasilkan oleh organ pankreas. Fungsinya penting untuk membantu mengawal kadar gula dalam darah dengan cara tukar glukosa kepada tenaga.

    Sekiranya tubuh badan wanita tidak dapat menghasilkan langsung atau tidak cukup insulin ketika sedang hamil, maka ia boleh jadi punca kepada kondisi diabetes gestasi.

    Dalam pada itu, wujud juga beberapa faktor risiko lain yang juga boleh jadi punca kondisi ini iaitu:

    • Berumur lebih 25 tahun
    • Mempunyai sejarah keluarga dengan kondisi sama
    • Mempunyai berat badan berlebihan (30 dan ke atas)
    • Mengalami sindrom polisistik ovari
    • Mengalami intoleransi glukosa
    • Menghidap diabetes sebelum hamil lagi
    • Mengambil ubat tertentu seperti glukokortikoid, antipsikotik dan beta-blockers

    Akibatnya, ia akan bawa bahaya kepada si ibu dan bayi. Dalam usaha untuk elak dan rawat kondisi ini, wanita perlu tahu tentang petua hilangkan kencing manis selepas bersalin.

    advertisement iconIklan

    kencing manis selepas bersalin

    Apa tindakan yang wanita perlu buat?

    Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, kondisi ini mungkin tidak akan hilang dan risiko kencing manis selepas bersalin itu mungkin masih akan ada pada anda.

    Perkara paling utama yang wanita perlu buat adalah dengan berjumpa dan berbincang dengan doktor berkenaan kemungkinan untuk anda ada diabetes ketika hamil.

    Sebaiknya, perjumpaan dan perbincangan ini perlu dibuat ketika anda di fasa awal mengandung iaitu sekitar minggu ke-8 hingga minggu ke-12 kehamilan.

    Kemudian, anda juga mungkin disarankan untuk melakukan ujian saringan seperti yang berikut:

    • Ujian cabaran gula awal (Initial glucose challenge test)
    • Ujian toleransi glukosa lanjut (Follow-up glucose tolerance testing)

    Jika memang benar anda telah sah menghidap diabetes gestasi, maka sila mula fikir tentang petua hilangkan diabetes selepas bersalin agar ia tidak terus menghantui anda selepas kelahiran bayi.

    Petua hilangkan kencing manis selepas bersalin!

    Dalam usaha untuk mengawal dan merawat diabetes gestasi, matlamat yang paling utama adalah untuk memastikan anda dan bayi sihat semasa mengandung dan selepas bersalin.

    kencing manis selepas bersalin

    #1. Amalkan diet sihat

    advertisement iconIklan

    Wanita perlu pilih diet sihat yang tinggi dengan serat dan rendah dengan lemak. Utamakan untuk ambil sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh nutrisi.

    Apa yang lebih penting adalah anda harus mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat agar kadar gula dalam darah semasa dan selepas hamil itu kekal di paras ideal.

    #2. Amalkan aktiviti fizikal

    Siapa kata wanita lepas hamil tidak perlu untuk melakukan aktiviti fizikal seperti senaman? Ia juga penting lebih-lebih lagi jika anda masih ada kencing manis selepas bersalin.

    Tidak perlu untuk angkat besi di gimnasium, anda juga boleh berjalan, berjoging dan berbasikal sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari. Dapatkan nasihat doktor tentangnya.

    #3. Turunkan berat badan

    Sebenarnya, anda bukan sahaja perlu menurunkan berat badan semasa hamil bahkan selepas hamil juga. Ia penting untuk mengurangkan risiko kencing manis itu kekal atau kembali.

    Petua hilangkan kencing manis selepas bersalin #4. Insulin

    Akhir sekali, kondisi diabetes gestasi selepas bersalin itu sudah pasti boleh dikawal dan dirawat dengan pengambilan hormon insulin jika diperlukan dan disarankan oleh doktor anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan