home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Empagliflozin Sebagai Pilihan Rawatan Pesakit Diabetes Jenis 2 yang Menghidap Penyakit Jantung - ACC

Empagliflozin Sebagai Pilihan Rawatan Pesakit Diabetes Jenis 2 yang Menghidap Penyakit Jantung - ACC

American College of Cardiology (ACC) mengeluarkan satu panduan baru Expert Consensus Decision Pathway yang menyarankan empagliflozin sebagai rawatan bagi pesakit diabetes jenis 2 yang menghidap penyakit jantung. Saranan tersebut ialah sebahagian daripada Expert Consensus Decision Pathway yang telah diterbitkan secara atas talian di dalam Journal of the American College of Cardiology.

Saranan empagliflozin sebagai pilihan rawatan ialah berdasarkan percubaan EMPA-REG OUTCOME® yang telah membuat kajian mengenai kesan emplagliflozin berbanding plasebo apabila ditambah dalam rawatan standard bagi pesakit diabetes jenis 2 dalam kalangan dewasa yang menghidap penyakit jantung.

Empagliflozin ialah sejenis ubat di bawah kategori perencat SGLT2 (sodium-glucose co-transporter 2). Ia bekerja melalui beberapa cara:

  • Mengurangkan kadar gula (glukosa) yang diserap oleh buah pinggang ke dalam darah, seterusnya dibuang melalui air kencing.
  • Mengurangkan kadar glukosa dalam darah.

“Pesakit diabetes jenis 2 mempunyai risiko tinggi terhadap komplikasi serius dari penyakit jantung walaupun kadar gula dalam darah dalam keadaan terkawal. Oleh sebab itu, mengurangkan risiko penyakit jantung dalam kalangan penghidap diabetes jenis 2 adalah sangat penting,” kata Waheed Jamal, Naib Presiden Korporat dan Ketua Bahagian Perubatan Karbiometabolik di Boehringer Ingelheim.

Saranan ini mencerminkan satu perubahan dasar dalam merawat penyakit diabetes jenis 2. Jika sebelum ini, fokus hanya diberikan terhadap kawalan gula dalam darah, kini sudah beralih kepada strategi yang lebih komprehensif dengan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Panduan Consensus Decision Pathway tersebut turut menekankan keperluan kepada pendekatan rawatan kolaboratif dari pelbagai pihak bertujuan mengurangkan risiko penyakit jantung serta meningkatkan jangkauan hidup penghidap diabetes jenis 2 yang merupakan satu epidemik dalam masyarakat.

Kolaborasi tersebut termasuk penjagaan primer, perubatan dalaman, pakar endokrinologi, jururawat, pembantu perubatan, pendidik diabetes, dan ahli farmasi. Hanya dengan kerjasama ini penjagaan dan hasil yang lebih baik dapat dicapai.

Penemuan dan saranan ini membawa kepada era baru dalam merawat diabetes jenis 2. Kini, mengurangkan risiko penyakit jantung merupakan prioriti sebagai sasaran utama dalam menguruskan diabetes.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

American College of Cardiology Recommends Empagliflozin as Preferred SGLT2 Inhibitor for Adults with Type 2 Diabetes and Established Cardiovascular Disease in New Expert Consensus Decision Pathway – https://en.prnasia.com/releases/apac/american-college-of-cardiology-recommends-empagliflozin-as-preferred-sglt2-inhibitor-for-adults-with-type-2-diabetes-and-established-cardiovascular-disease-in-new-expert-consensus-decision-pathway-230611.shtml

Gambar penulis
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim pada 28/11/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x