backup og meta

Tiada Lagi Kerisauan Dalam Hidup Dengan Kaedah Rawatan Insulin Canggih

Tiada Lagi Kerisauan Dalam Hidup Dengan Kaedah Rawatan Insulin Canggih

Walaupun diabetes bukanlah satu masalah kesihatan yang boleh dipandang ringan, ia juga bukanlah satu pengakhiran. Penghidap diabetes masih boleh menjalani kehidupan yang indah lagi aktif. Kuncinya adalah dengan mengetahui cara untuk menjaga diri sendiri. 

Perkara ini boleh dicapai melalui rutin yang merangkumi amalan gaya hidup sihat. Selain itu, anda juga boleh dipreskripsi dengan insulin bagi mengawal penyakit diabetes, terutamanya jika badan anda tidak mampu menghasil atau menggunakan hormon insulin secara efektif.

Sentimen ini turut dikongsi oleh Persatuan Diabetes Amerika (ADA) yang menegaskan kehidupan pesakit menjadi lebih baik selepas terapi insulin kerana kesan peningkatan tenaga, jadual harian yang lebih fleksibel dan pandangan yang lebih positif dalam kehidupan.

Makan secara sihat. Kawalan gula dalam darah sangat penting bagi pesakit diabetes. Walau bagaimanapun, pengambilan insulin harian sahaja tidak mencukupi. Anda perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dimakan bagi mengawal paras gula dalam darah.

Adalah lebih baik jika anda merancang lebih awal apa yang hendak dimakan bagi mengawal jenis makanan yang akan diambil.

cara turunkan gula

Berikut merupakan tip yang boleh anda amal:

  • Kurangkan pengambilan minuman bergula [1] 
  • Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari) [1]
  • Pilih kekacang, buah atau yogurt tanpa gula sebagai snek [1]
  • Hadkan pengambilan alkohol kepada dua kali sehari [1]
  • Pilih daging rendah lemak, produk tenusu atau makanan laut dan elak daging yang telah diproses atau daging merah
  • Elak pengambilan nasi, pasta atau roti putih. Sebaliknya, ambil roti berserat dan nasi perang [1]
  • Pilih produk lemak tidak tepu (minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kanola dan minyak zaitun). Elakkan produk lemak tepu (mentega, lemak haiwan, minyak kelapa atau minyak kelapa sawit) [1]

Anda juga perlu berwaspada dengan jumlah makanan yang diambil. Antara cara berkesan untuk lebih berhati-hati semasa makan adalah dengan menggunakan “pinggan sihat” sebagai rujukan. Ia merupakan kaedah visual yang mudah bagi memastikan anda mengambil sayur yang cukup dan mengawal pengambilan makan berprotein rendah lemak dan karbohidrat.

cara turunkan gula

Ambil pinggan bersaiz sederhana dan isikan separuh daripadanya dengan sayur-sayuran, suku makanan berprotein rendah lemak dan suku lagi dengan karbohidrat sihat [2].

Jalani kehidupan aktif. Penurunan berat boleh membantu badan anda mengawal paras gula dalam darah terutamanya jika anda mempunyai berat badan berlebihan [3]. Lakukan senaman, apa jua jenis senaman yang boleh meningkatkan kadar degupan jantung – sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu. Kehidupan aktif boleh membantu badan menggunakan insulin dengan lebih baik, mengawal tekanan darah, dan memperbaiki paras kolesterol [4].

Ambil insulin mengikut arahan. Selalunya, pegawai kesihatan akan menyarankan penggunaan insulin untuk mengawal diabetes. Insulin merupakan hormon semula jadi yang dirembes oleh pankreas untuk mengawal paras gula dalam darah [5].     

Pesakit boleh dipreskripsikan dengan insulin 2-dalam-1, basal atau bolus (insulin waktu makan) dan preskripsi tersebut boleh berubah mengikut keadaan semasa. Insulin waktu makan (juga dikenali sebagai insulin bolus) diambil pada waktu makan (atau sebelum makan) untuk mengatur paras glukosa dalam darah selepas makan. Insulin basal adalah untuk memastikan paras gula dalam kekal konsisten apabila seseorang itu berpuasa. Insulin jenis basal ini biasanya diambil sekali atau dua kali sehari, bergantung kepada jenis insulin yang ditetapkan. 

Manakala insulin 2-dalam-1 pula menggabungkan penggunaan kedua-dua insulin bolus dan basal, dalam satu pen di atas beberapa sebab penting. Apa yang paling utama, kemudahan ini membolehkan individu memilih bagaimana tubuh mereka boleh mengeluarkan insulin secara normal. Ini juga dapat membantu individu yang memiliki gaya hidup sibuk, membolehkan mereka meminimumkan kekerapan suntikan insulin dan mencegah peningkatan gula dalam darah, malah mempunyai waktu makan yang lebih fleksibel. 

Dalam masa yang sama, insulin kini telah direka menyerupai sebatang pen berbanding dalam kotak perubatan, didatangi dengan jarum pendek halus yang dapat membantu anda mencegah rasa takut dan gelisah disebabkan “anggapan” suntikan menyakitkan. 

Pada mulanya, memang sukar untuk menghadapi penyakit diabetes dan kesan sampingan rawatan dalam masa yang sama.  Namun, jika anda menjaga pemakanan, menjalani kehidupan aktif dan berjumpa dengan pegawai kesihatan secara berkala, anda boleh hidup bahagia meskipun menghidap diabetes.

Penggunaan insulin dalam rawatan diabetes boleh memberikan kesan positif terhadap mood pesakit dengan cara meningkatkan paras tenaga dan tahap keyakinan diri. Tambahan pula, kemajuan teknologi telah memudahkan kaedah suntikan insulin melalui penggunaan pen pakai buang yang stabil dalam suhu bilik (bergantung kepada jenis pen) dilengkapi dengan jarum yang pendek dan nipis.

Maka, tidak hairanlah terapi insulin sering dipreskripsikan sebagai rawatan utama bagi mencapai kawalan diabetes yang lebih efektif. Rujuk doktor anda untuk mengetahui kebaikan yang boleh anda nikmati melalui penggunaan insulin 2-dalam-1, basal atau bolus sekarang.

Tahu lebih lanjut tentang penulis:

Dr. Shalini Sree Dharan | Konsultan Endokrinologi & Perubatan

Pantai Hospital Kuala Lumpur

No. A525, 5th Floor, Block A, 8, Jalan Bukit Pantai

59100 Kuala Lumpur

No Telefon: +603-2296 0750 Ext. 2750 // +603-2296 0420 Ext. 2420

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

1”Diabetes Prevention.” International Diabetes Prevention. Accessed 29 September 2020. https://www.idf.org/aboutdiabetes/prevention.html

2”Diabetes Meal Planning” Centers for Disease Control and Prevention. Accessed 29 September 2020. https://www.cdc.gov/diabetes/managing/eat-well/meal-plan-method.html

3”Food and keeping active.” NHS UK. Accessed 29 September 2020. https://www.nhs.uk/conditions/type-2-diabetes/food-and-keeping-active/

4”Diabetes and exercise.” Diabetes UK. Accessed 29 September 2020. https://www.diabetes.org.uk/Guide-to-diabetes/Managing-your-diabetes/Exercise/

5”Medication Management.” American Diabetes Association. Accessed 30 September 2020. https://www.diabetes.org/diabetes/medication-management

Versi Terbaru

04/05/2021

Ditulis oleh Dr. Shalini Sree Dharan

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Buah Yang Dilarang Untuk Penderita Diabetes, Bukan Semuanya Boleh Makan!

Insulin 2 dalam 1: Jalan Penyelesaian Efektif Untuk Kawalan Glukosa Yang Optimum


Ditulis oleh

Dr. Shalini Sree Dharan

Endokrinologi · Hello Health Group


Disemak pada 04/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan