backup og meta

Semua Pesakit Diabetes Kena Ambil Suntikan Insulin? Ini Fungsi Insulin Pada Tubuh

Semua Pesakit Diabetes Kena Ambil Suntikan Insulin? Ini Fungsi Insulin Pada Tubuh

Bagi mereka yang menghidap diabetes tetapi tidak pernah mengambil suntikan insulin, pasti ingin tahu apa itu insulin. Dalam artikel ini, kami jelaskan kepada anda maksud insulin dan kenapa ia penting sebagai salah satu cara mengatasi diabetes.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

Apa itu insulin?

Pasti ramai yang ingin mengetahui apa itu insulin. Bagi mereka yang ingin mengetahui maksud insulin, insulin ialah sejenis hormon yang dihasilkan di organ pankreas anda.

Insulin membolehkan tubuh badan anda untuk menggunakan glukosa bagi menghasilkan tenaga.

Glukosa pula adalah sejenis gula yang terdapat dalam banyak sumber karbohidrat.

Sekiranya anda bukanlah seorang yang menghidap diabetes, insulin akan berperanan dalam perkara seperti berikut:

#1. Mengawal paras gula dalam darah

apa itu insulin

Selepas anda makan, karbohidrat akan ditukarkan menjadi glukosa.

Glukosa ini kemudiannya akan memasuki aliran darah.

Pankreas bertindak balas dengan menghasilkan insulin yang membolehkan glukosa memasuki sel-sel badan untuk membekalkan tenaga.

#2. Menyimpan lebihan glukosa sebagai sumber tenaga

Selepas anda makan, ketika kadar insulin masih tinggi, glukosa yang berlebihan akan disimpan di dalam hati dalam bentuk glikogen.

Di antara waktu makan, ketika tahap insulin berada pada paras yang rendah, hati akan melepaskan glikogen ke dalam aliran darah dalam bentuk glukosa.

Ini akan membantu mengekalkan tahap gula dalam darah anda.

Namun, sekiranya anda menghidap diabetes, paras glukosa anda akan terus meningkat setelah anda makan.

Ini kerana tubuh badan anda tidak mempunyai insulin yang cukup untuk memindahkan glukosa ke dalam sel badan anda. 

Apa itu insulin? Diabetes jenis apakah yang memerlukan insulin?

Secara umumnya, kesemua jenis diabetes iaitu diabetes jenis 1, jenis 2 dan juga diabetes gestasi memerlukan suntikan insulin sekiranya diperlukan.

Ini kerana ada pesakit diabetes yang mungkin tidak lagi berkemampuan untuk menghasilkan insulin dalam tubuh.

Oleh itu, insulin digunakan sebagai salah satu cara mengatasi diabetes. 

Suntikan insulin sebagai cara mengatasi diabetes jenis 1

Bagi pesakit atau penghidap diabetes jenis 1, tubuh mereka sememangnya tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengawal paras gula darah.

Tanpa kehadiran insulin, banyak sel tubuh tidak dapat menyerap glukosa daripada darah sebagai sumber tenaga.

Disebabkan hal ini, tubuh akan menggunakan sumber tenaga yang lain.

Keton akan dihasilkan oleh hati sebagai sumber tenaga alternatif untuk tubuh.

Namun, kadar keton yang tinggi boleh menyebabkan keadaan berbahaya yang disebut sebagai ketoasidosis.

Penghidap diabetes jenis 1 perlu menyuntik insulin untuk mengimbangi kekurangan insulin dalam tubuh badan mereka.

Suntikan insulin sebagai cara mengatasi diabetes jenis 2

apa itu insulin

Diabetes jenis 2 berlaku apabila tubuh badan tidak bertindak balas dengan berkesan terhadap insulin. Ini disebut sebagai kerintangan insulin (insulin resistance).

Apabila hal ini berlaku, tubuh badan kurang berkemampuan untuk menyerap glukosa daripada darah.

Pada peringkat awal diabetes jenis 2, tubuh bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak insulin daripada kadar yang diperlukan.

Sekiranya diabetes jenis 2 berkembang selama beberapa tahun, pankreas akan bekerja dengan lebih keras untuk menghasilkan insulin disebabkan permintaan yang tinggi oleh tubuh.

Ini boleh menyebabkan pankreas kehilangan sel penghasil insulin yang dikenali sebagai sel beta pankreas.

Individu yang menghidap diabetes jenis 2 juga mungkin perlu mengambil suntikan insulin untuk mengawal kadar gula darah mereka.

Suntikan insulin sebagai cara mengatasi diabetes gestasi (GDM)

Wanita hamil yang mempunyai diabetes gestasi juga mungkin memerlukan suntikan insulin bergantung kepada keadaan semasa mereka.

Wanita hamil mungkin memerlukan suntikan insulin untuk menurunkan gula darah anda.

Dianggarkan sekitar 10% hingga 20% wanita yang mempunyai diabetes gestasi memerlukan insulin untuk mengawal paras gula darah mereka. 

Kesimpulan 

Ada pesakit diabetes yang mungkin sudah tidak berkemampuan untuk menghasilkan insulinnya sendiri disebabkan kesan diabetes yang dialami.

Oleh itu, mereka memerlukan suntikan insulin sebagai cara mengatasi diabetes yang dialami oleh mereka.

Jadi kini, kita sudah mengetahui apa itu insulin dan kepentingannya kepada tubuh kita. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.diabetes.co.uk/body/insulin.html

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/in-depth/diabetes-treatment/art-20044084

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gestational-diabetes/diagnosis-treatment/drc-20355345#:~:text=If%20diet%20and%20exercise%20aren,reach%20their%20blood%20sugar%20goals.

https://www.endocrineweb.com/conditions/type-1-diabetes/what-insulin

https://www.cdc.gov/diabetes/basics/diabetes.html

Versi Terbaru

05/09/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai Untuk Suntik Insulin

Insulin 2 dalam 1: Jalan Penyelesaian Efektif Untuk Kawalan Glukosa Yang Optimum


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan