backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

5

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kenapa Ibu Bapa Tak Boleh Bagi Anak Makan Ubat Batuk Sembarangan?

Disemak secara perubatan oleh Dr Zai Muhammad · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/12/2023

Kenapa Ibu Bapa Tak Boleh Bagi Anak Makan Ubat Batuk Sembarangan?

Sebagai ibu bapa, anda tidak boleh memberikan ubat batuk kanak kanak kepada anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah dengan sewenang-wenangnya. Apakah alasannya?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, klik di sini.

Bolehkah saya beri anak makan ubat batuk kanak kanak?

Sebenarnya, normal untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah mengalami demam sebanyak 6-8 kali setiap tahun. Namun, ibu bapa yang prihatin pasti akan berasa risau akan kesihatan anak mereka.

Tambahan pula, demam dalam kalangan kanak-kanak selalunya akan menyebabkan batuk dan selesema yang agak teruk. Kasihan mereka jika dibiarkan tanpa rawatan!

Sebagai ibu bapa, sudah pasti anda inginkan yang terbaik untuk anak anda. Walau bagaimanapun, sebelum anda membeli ubat batuk kanak kanak yang dijual di farmasi, fikir dengan teliti terlebih dahulu. 

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan ubat batuk budak di bawah umur 2 tahun.

Semua kajian yang dijalankan sejak tahun 1985 telah membuktikan bahawa kanak-kanak sebenarnya tidak memerlukan ubat untuk melegakan batuk

Selain itu, kajian-kajian tersebut juga mendapati bahawa pemberian ubat batuk budak sama sahaja seperti memberikan anak anda makan sebiji gula-gula.

Sebenarnya, kanak-kanak akan sembuh seiring dengan masa.

ubat batuk kanak kanak

Ubat batuk budak hanya bertindak sebagai plasebo dan kanak-kanak yang mengalami demam sederhana dengan suhu di bawah 38°C (100.4 °F) tidak perlu dirawat dengan ubat batuk kanak kanak.

Demam merupakan hasil daripada tindak balas badan anak anda melawan jangkitan!

Oleh itu, pastikan anda memeriksa dahulu label pada ubat yang ingin anda beli. Elakkan daripada membeli sebarang ubat yang mungkin tidak sesuai diambil oleh kanak-kanak yang berusia 4 tahun dan ke bawah.

Kenapa tidak boleh beri anak makan ubat batuk budak?

Apabila anda memberikan ubat batuk kanak kanak kepada si manja, anda perlu tahu bahawa ubat tersebut mungkin boleh membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Sebagai contoh, ubat batuk si kecil yang mengandungi dextromethorphan boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti pening kepala, mengantuk, mual dan muntah.

Ubat yang dibeli di farmasi tanpa sebarang preskripsi juga boleh memudaratkan si kecil jika:

  1. Ubat tersebut diambil dengan dos yang berlebihan
  2. Ubat batuk kanak kanak diambil terlalu kerap
  3. Menggunakan lebih daripada satu ubat dengan bahan yang sama

Selain itu, jangan berikan anak anda ubat yang dirumus khas untuk orang dewasa! Ubat untuk orang dewasa mempunyai dos yang lebih tinggi dan bahaya jika diambil oleh kanak-kanak.

Kebanyakan ubat-ubatan yang terdapat dalam pasaran tidak diuji keberkesanannya terhadap kanak-kanak. Oleh itu, keberkesanan ubat-ubat ini terhadap kanak-kanak tidak dapat dipastikan oleh doktor.  

Oleh yang demikian, ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur 2 tahun digalakkan untuk segera membawa anak mereka yang demam berjumpa dengan doktor.

Pastikan mereka selamat jika masih perlu makan ubat!

ubat batuk kanak kanak

Kadangkala, mereka masih perlu mengambil ubat jika gejala sudah bertambah teruk. Namun, ibu bapa perlu lebih berwaspada sebelum memberikan anak mereka ubat!

Pastikan anda memeriksa tarikh luput ubat tersebut sebelum membeli

Pastikan ubat yang diambil selamat

  1. Dapatkan konsultasi dan pemeriksaan doktor terlebih dahulu
  2. Jangan gunakan lebihan ubat yang terdapat di rumah. Jika ada, buang ubat tersebut dan jangan simpan terlalu lama
  3. Jangan berikan anak anda ubat milik orang lain
  4. Jangan berikan anak anda ubat untuk orang dewasa
  5. Periksa ubat yang anda beli di farmasi. Jangan membeli ubat yang telah terdedah atau tercemar

Anak anda mungkin tidak perlu ambil ubat batuk!

Demam merupakan perkara yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak.

Jika simptom-simptom tersebut tidak mengganggu mereka, maka rawatan mungkin tidak diperlukan.

Tambahan pula, ramai kanak-kanak yang masih boleh bermain seperti biasa walaupun mereka mengalami demam.

Bawa anak anda berjumpa dengan doktor jika si manja sukar tidur ataupun mengalami batuk yang teruk akibat demam.

Penggunaan alat semburan hidung juga efektif?

Terdapat alat semburan hidung dalam pasaran yang berkesan bagi mencegah jangkitan kuman atau alahan. Apabila alat ini digunakan, gejala seperti batuk, demam dan selesema dapat dielakkan.

Alat ini hanya boleh digunakan bagi mereka yang berumur 6 tahun dan ke atas sahaja.

Selain itu, terdapat alat semburan hidung yang bebas bahan aktif dan pengawet. Alat seperti ini selamat digunakan tanpa sebarang kesan sampingan!

Bagaimanakah alat semburan hidung boleh melegakan gejala-gejala rinitis?

  1. Membentuk lapisan pertahanan di dalam hidung
  2. Melembapkan dan menyokong fungsi hidung
  3. Berkesan dalam menangani gejala-gejala rinitis alahan

Ibu bapa yang ingin mencuba alternatif lain selain daripada ubat batuk kanak kanak digalakkan untuk mencuba alat semburan hidung yang bersesuaian. Pastikan anak anda berusia 6 tahun dan ke atas sebelum menggunakan alat ini!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr Zai Muhammad

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/12/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan