backup og meta

Toksin di dalam Susu Ibu

Toksin di dalam Susu Ibu

Tiada individu yang dapat menyangkal kebaikan susu ibu untuk bayi. Susu ibu membekalkan bayi dengan setiap nutrien yang mereka perlukan dalam proses tumbesaran mereka untuk 6 bulan pertama dan seterusnya. Selain itu, ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu juga cenderung untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan bayi mereka. Namun begitu, saintis telah menjumpai surih toksin di dalam susu ibu.

Dari manakah toksin ini datang?

Toksin merupakan bahan kimia beracun yang berlegar-legar di ruang persekitaran. Toksin ini mungkin akan menjangkiti individu melalui makanan, kosmetik, air dan juga udara. Namun begitu, toksik-toksik ini tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada individu sekiranya masih berada pada tahap yang tidak membimbangkan.

Adakah toksin di dalam susu ibu akan memberi kesan kepada bayi?

Susu ibu tidak akan memberi kesan negatif kepada bayi kerana hanya terdapat surih kandungan toksin di dalamnya. Sebenarnya bayi terdedah dengan lebih banyak toksin ketika berada di dalam rahim ibu lagi. Selain itu, tiada bukti kukuh yang menunjukkan toksin ini akan mengakibatkan implikasi kepada otak bayi.

Patutkah ibu terus menyusukan anak dengan susu ibu?

Ya, anda tidak perlu berhenti menyusukan anak dengan susu ibu kerana susu ibu merupakan makanan yang paling sempurna untuk bayi. Susu ibu membekalkan antibodi yang mencukupi untuk bayi melawan penyakit seperti demam, infeksi pada telinga dan dada serta gastroenteritis. Susu ibu juga mengandungi asid lemak poli tidak tepu yang sangat diperlukan untuk perkembangan otak bayi.

Bagaimanakah mengurangkan tahap toksin di dalam susu ibu?

Makanan yang mengandungi lemak tinggi seperti daging, ikan, telur dan produk tenusu perlu diambil dengan berhati-hati dan menurut aturan yang sepatutnya. Pastikan juga makanan yang anda ingin makan tidak terdedah kepada bahan-bahan bertoksin. Berhubunglah dengan pakar untuk lebih kepastian berkenaan tahap toksin yang wujud dalam pemakanan anda.

Mengubah diet anda tidak akan banyak membantu membendung permasalahan ini. Sekiranya anda ingin memastikan bayi anda tidak terdedah kepada toksin melalui penyusuan susu ibu, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  • Ikuti diet yang sihat dan seimbang agar anda dapat mengurangkan risiko terdedah kepada toksin yang mungkin berpunca daripada satu sumber sahaja. Ini bermakna anda perlu mengambil pelbagai campuran jenis makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, produk tenusu, daging dan ikan.
  • Buang segala lemak daripada daging sebelum memasaknya.
  • Ikan berminyak bagus untuk kesihatan anda dan bayi. Namun, anda perlu mengehadkan pengambilan ikan berminyak kerana jenis ikan ini mempunyai kandungan merkuri yang sangat tinggi.
  • Makan lebih banyak makanan organik. Anda juga diingatkan untuk membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak organik sebelum memakannya.
  • Jangan gunakan suplemen minyak hati ikan seperti minyak hati ikan kod kerana minyak hati ikan ini mungkin telah dicemari oleh toksin ketika proses pembuatannya. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil suplemen daripada daging ikan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Toxins in breastmilk. http://www.babycentre.co.uk/a562362/toxins-in-breastmilk. Accessed January 6, 2017.

Versi Terbaru

30/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan