backup og meta

Masih Tiada Idea Nak Sambut Hari Bapa? Cuba 5 Aktiviti Ini, Buat Ayah Lebih Sayang!

Masih Tiada Idea Nak Sambut Hari Bapa? Cuba 5 Aktiviti Ini, Buat Ayah Lebih Sayang!

Setiap tahun, tarikh Hari Ibu disambut dengan sangat meriah. Rata-ratanya akan berhabis duit dan cuba membelikan hadiah yang terbaik untuk ibu tersayang. Namun, bagaimana pula dengan ayah kita? Adakah anda ingat tarikh Hari Bapa?

Jika ya, tahniah! Pasti anda telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk dilakukan bersama ayah tercinta.

Tetapi, sampai bila anda hendak belikan ayah tali leher atau mug ‘ayah terbaik’? Pasti ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.

Ayah merupakan tonggak utama keluarga serta sumber kekuatan kita. Menerusi tunjuk ajar ayahlah, kita belajar menjadi berani terutamanya dalam kehidupan seharian.

Jika anda tidak pernah menyambut tarikh Hari Bapa, inilah masa yang terbaik untuk tunjukkan rasa terima kasih kita pada insan yang bergelar ayah.

Tidak pasti apakah aktiviti yang sesuai dilakukan pada Hari Bapa Malaysia 2024 nanti? Jangan risau, kami ada solusinya untuk anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

5 cara raikan ayah pada Hari Bapa!

Sedang mencari aktiviti yang menarik untuk dilakukan pada Hari Bapa nanti?

Di bawah, kami senaraikan 5 aktiviti yang sesuai dilakukan apabila tarikh Hari Bapa tiba nanti. Apa yang penting, kebanyakan aktiviti ini sihat dan tidak memerlukan duit yang banyak!

1. DIY hadiah sendiri untuk bapa tersayang

hadiah hari bapa
Kad ucapan terima kasih sempena Hari Bapa.

Ingin menunjukkan rasa terima kasih, namun tidak pasti apakah cara yang terbaik untuk melakukannya?

Mungkin anda boleh DIY sendiri hadiah untuk ayah tersayang dan berikan pada tarikh Hari Bapa nanti.

Sebagai contoh, anda boleh tulis kad istimewa untuk ucapan Selamat Hari Bapa atau cuci gambar ahli keluarga untuk diberikan kepada ayah.

Ayah tidak minat hadiah-hadiah DIY? Jangan risau, anda juga boleh bakar kek atau masak makanan kegemarannya pada hari tersebut!

Kalau anda tidak tahu memasak, tidak mengapa. Ajak satu keluarga makan di restoran kegemaran ayah untuk sambutan Hari Bapa Malaysia 2024 nanti juga sudah mencukupi.

2. Beri masa untuk ayah berehat

tarikh hari bapa
Cara mengatasi stres ketika bekerja dari rumah.

Ayah anda seorang yang terlalu sibuk bekerja? Inilah masanya untuk anda hadiahkan sesuatu yang boleh membuatkan ayah lebih relaks dan kurang stres.

Sebagai cadangan, anda boleh berikan hadiah pakej urutan atau ajak ayah gunting rambut di salun kegemaran.

Bukan ibu sahaja yang boleh dibawa ke spa. Ayah anda juga layak untuk menerima layanan yang sama terutamanya pada Hari Bapa Malaysia 2024 yang bakal menjelang tiba ini! Cuba cipta kelainan dan bawa ayah tersayang ke spa yang terdekat. Pasti mereka akan sukakannya.

Jika ayah anda sibuk menguruskan kerja rumah, beri mereka hari cuti.

Cuci pinggan, sapu sampah dan siram pokok – lakukan semua kerja tersebut dan pastikan ayah boleh berehat sambil menonton rancangan kegemarannya di kaca televisyen.

3. Lakukan aktiviti yang disukai bapa anda

cadangan hadiah untuk bapa
Aktiviti memancing bersama ayah.

Jika ayah anda selalunya melakukan aktiviti ini seorang diri, inilah masanya untuk anda turut serta dan tunjukkan minat pada aktiviti kegemaran bapa anda.

Antara aktivit yang anda boleh cuba lakukan adalah:

Mana tahu, mungkin anda juga akan jatuh cinta dengan hobi mereka! Nanti, bolehlah anda bersembang rancak dan bertukar pendapat dengan ayah anda mengenai hobi masing-masing.

4. Belikan ayah anda sesuatu yang diingini

Jika anda mempunyai duit lebih, tidak salah untuk berbelanja dan belikan hadiah yang mahal sempena Hari Bapa.

Setiap kali hari jadi kita tiba, ayahlah insan pertama yang akan memberikan kita hadiah. Jadi, inilah masa yang terbaik untuk membalas budi mereka.

Lagipun, siapa yang tidak suka menerima hadiah? Kejutkan ayah dengan baju, kasut, jam tangan atau minyak wangi baharu. Pasti mereka tersenyum lebar apabila tarikh Hari Bapa sampai nanti.

5. Keluar dan bawa keluarga berjalan-jalan

Bilakah kali terakhir anda keluar berjalan-jalan bersama ibu dan bapa?

Pada tarikh Hari Bapa nanti, apa kata anda rancang aktiviti luar bersama keluarga. Mungkin anda boleh berkelah, mengunjungi air terjun atau pantai terdekat dan masak BBQ bersama ahli keluarga.

Atau, mungkin anda juga boleh sewa homestay untuk seisi ahli keluarga sempena Hari Bapa. Pada waktu inilah, anda boleh habiskan masa berkualiti bersama bapa serta keluarga anda.

Anda juga boleh pelan beberapa pertandingan untuk merancakkan lagi hari keluarga anda!

Kesimpulan

Sama seperti tarikh Hari Ibu, Hari Bapa juga wajar untuk kita ingati. Jadi, jangan sia-siakan Hari Bapa dan cuba cipta memori baharu bersama insan yang kita sayang.
Lagipun, ayah kita semakin berusia, inilah masa yang terbaik untuk balas budi mereka dan tunjukkan kasih sayang kita kepada insan yang bergelar bapa ini. Selamat Hari Bapa!

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 20 Meaningful Ways to Celebrate Father’s Day. https://www.familysearch.org/en/blog/things-to-do-for-fathers-day-20-idea. Accessed on May 6, 2022.
  2. Father’s Day. https://www.loc.gov/wiseguide/jun03/father.html. Accessed on May 6, 2022.
  3. How to be more thoughtful about your Father’s Day greetings. https://optionb.org/articles/how-to-be-more-thoughtful-about-your-fathers-day-greetings. Accessed on May 6, 2022.
  4. Reasons Why We Celebrate Father’s Day. https://www.chaseoaks.org/blog/reasons-why-we-celebrate-fathers-day. Accessed on May 6, 2022.
  5. Selamat Hari Bapa. https://library.sabah.gov.my/index.php/ms/pautan/paparan-artikel/selamat-hari-bapa. Accessed on May 6, 2022.

Versi Terbaru

10/06/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selalu Rasa Diri Bukan Ibu Bapa Terbaik? Bertenang, Kami Ada Tip Yang Boleh Anda Cuba

5 Sikap Anak Yang Membawa Kebimbangan Ibu Bapa


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 10/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan