backup og meta

Susu Formula Bayi: Apa yang Anda Perlu Tahu?

Susu Formula Bayi: Apa yang Anda Perlu Tahu?

Bayi yang baharu lahir memerlukan sumber susu yang secukupnya bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mereka. Selain susu badan, susu formula juga merupakan pilihan yang sihat dan selamat untuk bayi anda. Oleh itu, pemilihan sumber susu ini sebenarnya bergantung kepada anda dan bayi anda dalam menentukan sumber mana yang terbaik.

Adakah susu badan lebih berkhasiat berbanding susu formula?

Susu badan dapat membantu bayi anda mendapatkan nutrien yang terbaik dan mencegah infeksi. Susu badan juga boleh ditingkatkan kualitinya melalui pemakanan ibu bagi memastikan bayi anda mendapatkan nutrien yang secukupnya. Tambahan itu, menyusu badan juga dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu dengan bayi. Para ibu juga digalakkan untuk memberikan susu badan kepada bayi untuk menyalurkan imuniti yang terdapat dalam badan kepada bayi.

Anda juga boleh boleh menggunakan kedua-dua sumber susu ini secara serentak. Namun begitu, pastikan susu badan anda masih dihasilkan dan dalam kondisi yang baik ketika anda memberikan susu formula kepada bayi. Ini untuk memastikan kualiti dan nutrien dalam susu badan anda masih sihat dan selamat untuk diminum oleh bayi.

Susu formula juga sebenarnya merupakan sumber susu yang baik untuk bayi anda. Susu formula mengandungi pelbagai vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh bayi seperti vitamin D. Terdapat beberapa sebab untuk para ibu memilih susu formula ini sebagai sumber susu bayi. Antaranya adalah mengelak kesakitan pada puting ketika menyusukan bayi, faktor kesihatan dan faktor pekerjaan. Selain itu juga, susu formula dapat membantu bayi yang mempunyai masalah refleks untuk menghisap sesuatu. Keadaan ini selalunya ditemui pada bayi pramatang.

Apakah jenis susu formula yang patut digunakan?

Kebanyakan susu formula dihasilkan daripada susu lembu ataupun susu soya. Terdapat beberapa susu formula khas untuk bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu ataupun susu soya. Selain itu, terdapat juga susu formula khas untuk bayi pramatang atau bayi yang kurang berat badan. Susu formula yang bakal dipilih perlu kaya dengan zat besi untuk mengelakkan berlakunya anemia pada bayi.  

Mengapa susu lembu tidak patut diberikan kepada bayi yang belum berumur setahun?

Jangan menyusukan bayi anda dengan susu lembu jika bayi anda masih belum berumur setahun. Ini kerana susu lembu tidak mempunyai nutrien secukupnya untuk bayi yang sedang dalam proses tumbesaran.

Apakah itu susu formula follow-up?

Susu formula follow up kebiasaannya diberikan kepada bayi berumur 4 hingga 12 bulan yang sudah boleh makan makanan berbentuk pepejal. Susu formula follow up ini mengandungi lebih kalsium, zat besi, protein dan kalori berbanding susu formula untuk bayi. Bayi sebenarnya tidak memerlukan apa-apa formula follow up. Pakar nutrisi menyarankan ibu bapa perlu memberikan makanan berbentuk pepejal seperti bijirin bayi, buah-buahan dan sayur-sayuran kepada bayi berumur 4 hingga 6 bulan berbanding memberikan mereka susu formula follow up ini.

Namun begitu, pemilihan susu formula ini masih bergantung kepada bayi anda. Bayi yang mempunyai alahan terhadap sesuatu makanan boleh diberikan susu formula follow up ini. Selain itu juga, susu formula jenis ini juga mampu membantu bayi yang mempunyai masalah tumbesaran yang kurang normal. Oleh itu, berhubunglah dengan doktor anda untuk pilihan yang tepat.

Bagaimanakah cara untuk menggantikan susu badan dengan susu formula?

Anda perlu tunggu sehingga bayi anda berusia 4 minggu terlebih dahulu sebelum memperkenalkan susu formula kepada bayi. Ini kerana bayi anda yang belum cukup 4 minggu masih belum dapat membiasakan diri mereka dengan puting selain puting ibu mereka.

Anda perlu mendapatkan bantuan orang lain untuk menyusukan bayi dengan susu formula kerana bayi anda mungkin menolak susu tersebut. Ini kerana bayi dapat mengenal bau badan dan bau susu anda sekiranya anda ada berdekatan. Akhir sekali, jangan berikan bayi anda lebih daripada satu botol susu formula dalam tempoh 24 jam.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Choosing to formula-feed. http://www.babycenter.com/0_choosing-to-formula-feed_471.bc. Accessed January 9, 2017.

Versi Terbaru

12/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan