Orang dewasa harus membantu kanak-kanak, memberitahu mereka untuk melakukan perkara yang betul, menggalakkan dan melayan mereka dengan baik. Tetapi terdapat beberapa orang dewasa yang hanya mahu menyakiti mereka. Penderaan kanak-kanak boleh memberi kesan yang serius kepada mereka dan juga terhadap kebolehan perkembangan mereka. Penderaan kanak-kanak boleh berlaku di mana sahaja. Ini adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk mengendalikan kes penderaan kanak-kanak.
Apakah tanda-tanda penderaan kanak-kanak?
Tanda-tanda penderaan kanak-kanak adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis penderaan: fizikal, seksual, lisan atau emosi, dan pengabaian.
Penderaan fizikal:
Seorang kanak-kanak yang mengalami penderaan fizikal dipukul dengan tangan atau objek yang boleh meninggalkan kesan lebam atau luka. Ia juga boleh berlaku dalam bentuk menolak, mencekik, menarik, dan menendang.
Penderaan seksual:
Apabila seorang kanak-kanak disentuh kemaluannya atau diminta untuk menyentuh menyentuh kemaluan orang lain, ia adalah sejenis penderaan seksual. Kanak-kanak mungkin dipaksa menyimpannya sebagai rahsia.
Penderaan lisan / emosi:
Penderaan jenis ini boleh berlaku apabila seorang sentiasa menjerit, memanggil kanak-kanak dengan nama yang menjengkelkan, mengancam atau mengutuk mereka.
Pengabaian fizikal:
Penderaan Ini berlaku apabila kanak-kanak berada di rumah yang ditinggalkan tanpa keperluan asas seperti makanan, pakaian, atau tempat tidur.
Bagaimana ingin mengendalikan penderaan kanak-kanak?
Perkara pertama seorang kanak-kanak mesti dilakukan apabila mengalami penderaan adalah mencari seorang untuk dimaklumkan dengan segera. Penderaan adalah salah dan kanak-kanak itu mungkin terpaksa berdiam diri tetapi mencari orang yang dipercayai satu-satunya perkara yang boleh membantu kanak-kanak tersebut.
Jika anda tahu orang lain yang anda fikir mungkin didera, anda boleh membantunya dengan memberitahu ibu bapanya atau orang dewasa lain.
Anda tahu adalah penting untuk kanak-kanak memberitahu seseorang jika mereka fikir mereka sedang sakit, dianiaya, atau disalahgunakan. Tetapi bagaimana seorang kanak-kanak ingin memberitahu? Berikut adalah beberapa cara:
- Bercakap langsung dengan orang dewasa yang dipercayai.
- Bercakap dengan orang dewasa yang dipercayai melalui telefon.
- Tulis komen, emel, atau menghantar surat kepada orang dewasa yang dipercayai.
- Memberitahu seseorang di sekolahnya, seperti seorang guru.
- Beritahu ibu atau ayah, abang atau kakak kepada kawannya.
- Memberitahu seseorang melalui nombor hotline.
Cara dan siapa yang kanak-kanak boleh memaklumkan tentang hal ini adalah berbeza mengikut keadaan. Perkara yang paling penting ialah mereka mesti memberitahu seseorang sehingga orang tersebut boleh membantu mereka menghentikan penderaan tersebut. Kanak-kanak yang memberi tahu orang dewasa bahawa seseorang telah mendera mereka, walaupun dilakukan oleh seorang yang mereka sayangi, mungkin boleh membantu kanak-kanak lain dan diri mereka sendiri. Jika anda tidak pasti sama ada ia adalah satu penderaan atau tidak, anda boleh memberitahu orang itu bahawa sesuatu sedang berlaku dan anda mahu mengesahkan adalah ia sejenis penderaan.
Ia mungkin mengambil masa dan keberanian yang tinggi untuk bercakap tentang penderaan kanak-kanak, dan kadangkala mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan keberanian untuk bercakap mengenainya. Ia adalah perkara yang normal. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa, pada akhirnya, memberitahu orang yang boleh dipercayai adalah perkara yang paling diperlukan seorang kanak-kanak perlu dilakukan. Ia juga penting bagi orang dewasa untuk membantu kanak-kanak mendapatkan masa depan yang lebih cerah dan bahagia serta kehidupan yang normal.
[embed-health-tool-child-growth-chart]