backup og meta

Bagaimana Mengetahui Jika Anak Anda Menjadi Mangsa Buli?

Bagaimana Mengetahui Jika Anak Anda Menjadi Mangsa Buli?

Pernahkah anda memandang anak anda dan berasa mereka sebenarnya kelihatan takut dan teragak-agak untuk pergi ke sekolah atau taman permainan bersama rakan mereka? Anda mungkin mengambilnya sambil lewa sahaja dan menganggap anak anda cuma terlalu malu atau terlalu malas. Namun begitu, anda sebenarnya perlu tahu bahawa terdapat kemungkinan anak anda menjadi mangsa masalah sosial yang sangat berbahaya iaitu buli.

Bagaimana mengetahuinya?

Gejala buli akan mengakibatkan perasaan malu yang sangat teruk buat mangsa terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Disebabkan itu, anak anda mungkin hanya akan berdiam diri dan melaluinya seorang diri. Ibu bapa seharusnya lebih peka terhadap kondisi anak dan mempelajari petanda jika anak anda dibuli. Berikut merupakan 5 petanda biasa yang menunjukkan bahawa anak anda menjadi mangsa buli:

  • Kecederaan seperti lebam, luka, calar dan lain-lain: Jika anak anda kerap dan banyak mengalami kecederaan abnormal, ia mungkin disebabkan mereka dibuli. Ibu bapa perlu memberi perhatian lebih terhadap kecederaan dalaman mereka seperti sakit perut atau kepala. Ini mungkin lebih sukar untuk dikesan namun mendatangkan kesan sampingan yang lebih teruk.
  • Kehilangan barangan hak milik: Kanak-kanak sememangnya sangat mudah kehilangan barangan, namun jika majoriti barangan hak milik mereka kerap rosak atau hilang, anda perlu berwaspada kerana anak anda mungkin menjadi mangsa buli.
  • Perubahan tingkah laku: Anak anda mungkin kerap terlepas waktu makan, sukar tidur atau gagal mengawal emosi. Selain itu, anak anda mungkin berkeras tidak mahu ke tempat awam seperti sekolah atau taman permainan.
  • Keputusan teruk di sekolah: Anda perlu risau jika gred anak anda di sekolah merudum dengan teruk.
  • Tidak mempunyai ramai rakan: ini tidak semestinya tepat kerana ada kanak-kanak yang memang bersikap pemalu. Namun begitu, anak anda mungkin akan mempunyai rakan yang sangat sedikit jika dia merupakan seorang mangsa buli.

Apakah yang perlu dilakukan?

Sikap ibu bapa yang tidak mengambil tentu sekali bukan penyelesaiannya. Jika anak anda tidak mahu berkongsi masalah mereka, anda boleh memerhatikan reaksi mereka dengan bertanyakan soalan yang melibatkan topik. Contohnya, anda boleh bertanya di mana mereka meletakkan barangan peribadi mereka dan jika mereka tidak menjawab, teruskan bertanya jika ada individu lain yang mencuri barangan tersebut.

Ketika ini, perhatikan riak wajak, bahasa tubuh serta ton suara mereka. Jika anak anda sudah bersedia untuk bercerita, pastikan mereka selesa dan percaya dengan anda. Jangan sesekali memarahi mereka kerana ini bukanlah salah mereka. Sebaiknya, biarkan mereka meluahkan perasaan mereka seterusnya menenangkan dan puji mereka kerana berani menceritakan perkara yang betu kepada anda.

Selain itu, anda juga boleh berbincang dengan cikgu di sekolah anak anda atau terus berjumpa pengetua sekolah bagi membincangkan langkah intervensi yang boleh dilakukan untuk membendung gejala buli ini. Jika gejala ini masiih berlaku dan anak anda terus menjadi mangsa, anda seharusnya berjumpa dengan ibu bapa pembuli untuk berbincang.

Akhir sekali, ajar anak anda bagaimana untuk melindungi diri sendiri. Ajar mereka untuk mendapatkan bantuan daripada individu dewasa jika mereka berasa terancam dan selalu berada dalam kumpulan yang besar untuk mengurangkan risiko ancaman. Sebagai ibu bapa, sentiasa ingatkan anak anda akan perkara ini sebelum keluar ke mana-mana.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Signs Your Child Is Being Bullied. http://www.stompoutbullying.org/index.php/information-and-resources/parents-page/tip-sheet-signs-your-child-being-bullied/. Accessed December 31, 2016.

Bully-Proof Your Child: How to Deal with Bullies. http://www.parents.com/kids/problems/bullying/bully-proof-your-child-how-to-deal-with-bullies/. Accessed December 31, 2016.

 

Versi Terbaru

27/04/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

100 Senarai Nama Panjang Anak Perempuan, Siap Maksud Yang Baik

Tiada Idea Nak Bagi Nama Panjang Anak, Cuba Lihat 100 Pilihan Nama Baby Boy


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan