backup og meta

Anak Gemar Tonton Rancangan Kartun: Positif atau Negatif?

Anak Gemar Tonton Rancangan Kartun: Positif atau Negatif?

Kanak-kanak dan rancangan kartun amat sinonim sekali. Cubalah tanya mana-mana kanak-kanak tentang program televisyen kegemaran mereka. Pasti kebanyakannya akan menjawab program kartun. Moana, Doraemon, Shin Chan, Tom & Jerry, Jimmy Neutron, Upin Ipin, Spongebob, Sesame Street, Teletubbies, Barney ataupun BoboiBoy adalah antara program kartun yang menarik minat kanak-kanak pada masa kini. Jika kita perhatikan, kebanyakan kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa untuk menonton rancangan kartun berbanding rancangan yang lain.

Tidak dapat dinafikan, rancangan kartun dapat memberi hiburan kepada kanak-kanak dengan menghidangkan elemen lucu dan lawak jenaka. Ada sesetengah rancangan kartun mengandungi unsur-unsur positif namun ada juga kartun yang menyelitkan unsur negatif sehingga dapat mempengaruhi minda kanak-kanak. Bukan hanya itu sahaja, lambakan rancangan kartun di televisyen menjadikan kanak-kanak semakin ralit sehingga mengabaikan aktiviti lain.

Kegilaan kanak-kanak terhadap program kartun dapat dilihat sehinggakan ada yang sanggup membeli semua mainan yang mengandungi gambar kartun yang mereka minati. Tidak kiralah cakera padat, anak patung beruang, pakaian, topi, kasut dan makanan. Begitulah kuatnya pengaruh kartun terhadap kanak-kanak. Persoalannya, adakah kegilaan ini memberi kesan positif atau negatif kepada kanak-kanak?

Adakah rancangan kartun dapat merangsang minda anak?

Kanak-kanak dan kartun tidak dapat dipisahkan. Cuba anda selidiki kanak-kanak mana yang tidak sukakan kartun. Pengaruh rancangan kartun ini bukan sahaja melanda kanak-kanak, malah ada juga orang dewasa yang turut meminati rancangan kartun.

Biarpun ada sesetengah kanak-kanak yang tidak memahami intipati rancangan kartun itu, namun mereka masih mampu tergelak melihat gelagat watak kartun yang ditonjolkan. Pun begitu, bukan semua rancangan kartun mengandungi mesej yang positif. Di sinilah peranan ibu bapa perlu dimainkan. Yang menjadikan kartun itu melalaikan adalah apabila sikap kanak-kanak itu sendiri yang terlalu asyik menonton sehingga mengabaikan aktiviti harian mereka. Ada juga kes kanak-kanak yang sanggup tidak makan semata-mata tidak mahu berganjak daripada menonton kartun. Ada juga pendapat yang mengatakan kartun dapat merangsang minda kanak-kanak. Namun, sejauh manakah kebenaran itu?

Masa itu emas

Tidak salah membenarkan anak anda menonton kartun tetapi hadkan masa menonton buatnya kepada satu atau dua jam sehari. Masa menonton tersebut bukan hanya tertumpu kepada program kartun sahaja tetapi juga program-program lain. Sebaik-baiknya, manfaatkan masa anak anda dengan aktiviti lain.

Positif atau negatif?

Ketahui kandungan kartun yang ditonton oleh anak anda. Jika kandungannya sesuai untuk kanak-kanak maka syorkan kartun yang benar-benar padat dengan mesej berguna. Sebaliknya, jika ia mengandungi mesej negatif, maka sekat anak anda daripada menontonnya dan memberitahu alasan kartun seperti itu tidak sesuai ditonton. Tonjolkan juga kartun yang memaparkan animasi terkini agar dapat merangsang daya pemikiran yang baik dalam kalangan kanak-kanak.

Luangkan masa bersama

Kebanyakan ibu bapa menggalakkan anak menonton kartun kerana tidak mahu anak keluar dari rumah. Sementara kanak-kanak menonton kartun, ibu bapa tidak perlu risau untuk melakukan kerja-kerja mereka seperti memasak atau membasuh kereta. Sebaik-baiknya, anda luangkan masa bersama anak menonton kartun bersama supaya apabila anak anda bercerita mengenai kartun kegemarannya, anda tidak akan terpinga-pinga untuk menjawab soalan anak anda.

Latihan otak

Kanak-kanak seharusnya diterapkan dengan komunikasi dua hala sejak mereka masih kecil. Hal ini bagi merangsang mindanya untuk berfikir dan meningkatkan kemahirannya berbahasa. Melalui medium televisyen, kanak-kanak yang leka menonton hanya melalui proses sehala sahaja dan menyebabkan kanak-kanak sibuk menonton tanpa memerah otak untuk memikirkan sesuatu. Selain itu, otak mereka juga tidak dapat menjadi kreatif sekiranya tidak dilatih.

Tidak dapat dinafikan, rancangan kartun ada kebaikan dan keburukannya. Namun, jika pendedahan kepada rancangan kartun dibiarkan secara berlebihan akan menyebabkan kanak-kanak alpa dengan tugasan yang lain. Bagi memastikan mesej yang baik dapat disampaikan melalui rancangan kartun itu difahami oleh kanak-kanak, ibu bapa perlulah memberi didikan dan bimbingan tanpa membiarkan sahaja anak mereka berseorangan menonton kartun. Mencegah lebih baik daripada mengubati!

Baca juga:

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.vice.com/sv/article/d7e9xa/therapists-explain-how-cartoons-affect-your-mental-health

12 Positive Effect of Cartoons on Children’s Mind: Practical Research!

Versi Terbaru

31/07/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Mak Ayah, Fikir Dahulu Sebelum Hantar Anak Anda Duduk Bersama Datuk Nenek!

Anak Selalu Main Gajet? Jom Cuba Aktiviti Luar & Dalam Rumah Yang Bermanfaat Untuk Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 31/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan