backup og meta

Gangguan Ketergantungan Skrin Merosakkan Otak Kanak-kanak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2023

    Gangguan Ketergantungan Skrin Merosakkan Otak Kanak-kanak!

    Gangguan ketergantungan skrin (SDD) adalah satu cabaran baru bagi neurologi kanak-kanak. Pembangunan neurologi kanak-kanak dipengaruhi oleh pengalaman mereka. Pelbagai aktiviti skrin memberi kesan terhadap struktur dan fungsi otak.

    Zaman kanak-kanak adalah masa perubahan yang ketara dalam struktur anatomi otak dan sambungannya. Terdapat bukti empirikal bahawa pendedahan yang meluas pada permainan video semasa kanak-kanak mungkin membawa kepada perubahan neuro adaptasi dan perubahan struktur di kawasan saraf yang berkaitan dengan ketagihan.

    Apa itu gangguan ketergantungan skrin?

    Menurut penyelidikan baru, SDD adalah gangguan yang berpotensi menyebabkan insomnia, sakit belakang, pertambahan atau penurunan berat badan, masalah penglihatan dan sakit kepala. Ia juga boleh membawa kepada pemakanan yang lemah.

    Menurut alhli psikologi, Dr. Aric Sigman dalam Journal of the International Child Neurology Association, wujud perkaitan antara SDD seperti Gangguan Ketagihan Internet dan polimorfisme neurogenetik tertentu, tisu saraf yang tidak normal dan fungsi saraf.

    Menurutnya, ada kemungkinan pendedahan rutin yang intensif terhadap aktiviti skrin tertentu semasa peringkat perkembangan saraf neural mengubah ekspresi gen yang menghasilkan perubahan struktur, snaptik dan fungsi dalam otak yang sedang berkembang.

    Istilah ketagihan sering digunakan bagi menggambarkan penglibatan kanak-kanak dalam pelbagai jenis aktiviti skrin. Antara kalsifikasi lain SDD yang berkaitan ketergantungan skrin adalah:

    • Gangguan ketagihan Internet
    • Gangguan Permainan Internet
    • Penggunaan internet yang bermasalah
    • Penggunaan internet yang kompulsif
    • Penggunaan permainan video patologi
    • Ketagihan permainan video
    • Penggunaan teknologi patologi
    • Ketagihan permainan dalam talian
    • Ketergantungan telefon bimbit
    • Ketagihan laman rangkaian sosial
    • Ketagihan Facebook
    • Ketagihan pornografi internet

    Simptom SDD

    Jika kanak-kanak menghabiskan kebanyakan masa mereka di hadapan skrin, mereka mungkin mengalami simptom berikut.

    • Keasyikan /leka
    • Simptom menyendiri
    • Meningkatkan toleransi
    • Kegagalan menghentikan atau mengurangkan aktiviti skrin
    • Hilang minat terhadap aktiviti luar
    • Berterusan/berlarutan walaupun akibat negatif
    • Tipu mengenai tempoh penggunaan
    • Guna untuk elakkan mood buruk

    Kecenderungan kanak-kanak terhadap SDD

    Satu kajian 2015 mendapati bahawa hampir 12% dari remaja Amerika yang bermain permainan video adalah permain video patologi. Walaupun bermain permainan video tidak memerlukan sebarang ketagihan atau penggunaan bahan kimia. Kata para penyelidik, ia boleh menyebabkan simptom ketagihan seperti yang dinyatakan di atas.

    Menurut Dr George Lynn, kira-kira 80% masalah pesakitnya akibat daripada bermain permainan video, memanipulasi aplikasi, menonton video dalam talian atau menggunakan media sosial secara berlebihan. Penggunaan media skrin pada waktu siang dan malam yang tidak terkawal telah membawa kepada sindrom keperibadian.

    Tempoh penggunaan skrin bagi kanak-kanak

    Menurut pakar kesihatan,bagi kanak-kanak yang berusia lebih muda daripada 18 bulan, penggunaan telefon mudah alih harus diawasi dengan ketat. Untuk kanak-kanak lebih berusia yang berumur di bawah 2 tahun, sedikit masa skrin harus dibenarkan. Manakala kanak-kanak antara umur 2 dan 5 tahun tidak boleh dibenarkan waktu skrin selama lebih daripada satu jam.

    Pakar mengesyorkan masa skrin untuk kanak-kanak sekolah di antara satu hingga dua jam, yang juga di bawah pengawasan ibu bapa. Pastikan anak anda menggunakan skrin mudah alih secara sederhana dan jika anda melihat sebarang perubahan aneh dalam anak anda, rujuk kepada pakar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan