backup og meta

Pemberian Hadiah kepada Anak: Perlu atau Tidak?

Pemberian Hadiah kepada Anak: Perlu atau Tidak?

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka dari segenap aspek seperti makanan, pakaian dan hadiah. Sesetengah ibu bapa tidak kisah berbelanja banyak demi memenuhi keinginan anak-anak tetapi tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada mereka. Ini menunjukkan wang ringgit bukanlah segalanya kerana anak-anak memerlukan lebih daripada hadiah yang mahal semata-mata.

Mengapa ibu bapa tidak seharusnya memberi terlalu banyak hadiah kepada anak-anak?

Melahirkan sikap tamak apabila mereka dewasa kelak

Menurut kajian, kanak-kanak yang terbiasa dengan pemberian hadiah akan mengalami masalah emosi dan berkelakuan negatif dari segi sosial dewasa kelak. Mereka bakal mengalami kesukaran untuk mengawal ketamakan mereka yang akhirnya akan mendorong mereka berjudi, berhutang atau membeli belah di luar kemampuan. Pemberian hadiah sememangnya akan menggembirakan mereka, namun jika berlebihan akan menyebabkan mereka tamak dan sentiasa inginkan sesuatu di luar kemampuan.

Merendahkan tahap keyakinan diri

Keyakinan diri seseorang terbentuk pada zaman kanak-kanak lagi dan akan digilap seiring perjalanan usia mereka. Pemberian hadiah yang berlebihan akan menyebabkan mereka berasa semua keinginan mereka akan dipenuhi hanya dengan meminta. Mereka akan mengabaikan perasaan dan halangan individu lain demi memenuhi hajat mereka. Kanak-kanak yang bersikap materialistik cenderung mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah berbanding kanak-kanak yang boleh mengawal keinginan mereka. Ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak untuk tidak bersikap meminta-minta agar masalah ini dapat dibendung.

Mengurangkan perasaan empati

Kanak-kanak yang hanya mementingkan nilai hadiah yang mereka dapat cenderung untuk membesar sebagai individu yang bersikap egosentrik serta kurang perasaan empati. Pemberian hadiah yang berlebihan tanpa sebarang sebab akan menyebabkan mereka berasa mereka mempunyai segalanya lantas membuatkan mereka kurang perasaan simpati terhadap individu lain yang kurang bernasib baik seperti mereka. Ibu bapa seharusnya menanamkan sikap pemurah di dalam diri anak-anak bagi melahirkan insan yang mempunyai rasa empati dalam diri dewasa kelak.

Apakah yang perlu dilakukan?

Sekiranya anda ingin memberi hadiah kepada anak anda dan dalam masa yang sama ingin menanam sikap yang baik dalam diri mereka, berikut merupakan tip yang boleh digunakan:

  • Anda boleh memberi hadiah kepada anak anda apabila mereka berjaya dalam sesuatu perkara contohnya mendapat gred peperiksaan yang baik, terpilih menyertai sesuatu pertandingan mahupun berkelakuan baik.
  • Anda juga boleh memberi hadiah sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
  • Cara terbaik untuk menghukum tingkah laku buruk mereka adalah menghalang mereka bermain dengan permainan kegemaran mereka contohnya telefon pintar.

Tuntasnya, pemberian hadiah yang terlalu banyak dan kerap tanpa sebarang sebab hanya akan memberi kesan negatif kepada mereka. Kanak-kanak perlu diterapkan dengan sikap tidak meminta-minta serta berterima kasih sejak kecil lagi. Ibu bapa seharusnya menggunakan sebab dan waktu yang sesuai untuk memberi anak mereka hadiah bagi melahirkan sikap menghargai dalam diri anak-anak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to avoid spoiling kids at Christmas. http://www.todaysparent.com/family/parenting/spoiling-kids-at-christmas/. Accessed January 4, 2017.

Why Fewer Toys Will Benefit Your Kids. http://www.becomingminimalist.com/why-fewer-toys-will-actually-benefit-your-kids/. Accessed January 4, 2017.

3 Good Reasons Not to Give Kids Too Many Presents. https://www.psychologytoday.com/blog/when-kids-call-the-shots/201511/3-good-reasons-not-give-kids-too-many-presents. Accessed January 4, 2017.

 

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Anak Selalu Main Gajet? Jom Cuba Aktiviti Luar & Dalam Rumah Yang Bermanfaat Untuk Anak!

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan