backup og meta

Nak Pilih Antara Lampin Kain Atau Lampin Pakai Buang Untuk Si Manja? Lihat 9 Ciri-Ciri Ini Dulu!

Nak Pilih Antara Lampin Kain Atau Lampin Pakai Buang Untuk Si Manja? Lihat 9 Ciri-Ciri Ini Dulu!

Apabila anda disuruh membuat pilihan antara lampin bayi pakai buang ataupun lampin kain, anda mungkin akan rasa sedikit keliru. Memilih lampin pakai buang adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan lampin kain yang perlu anda cuci. Bagaimanapun, lampin kain boleh jadi lebih sesuai untuk kulit anak anda yang sensitif. Jika anda berada dalam dilema untuk memilih lampin pakai buang ataupun lampin kain, anda boleh melihat beberapa perbandingan untuk kedua-dua lampin bayi di bawah dan kemudian, membuat keputusan anda.

Kos

Pada mulanya, anda mungkin mendapati lampin kain adalah lebih mahal daripada lampin pakai buang. Namun, jika anda mempertimbangkan kos dalam jangka panjang, sebenarnya lampin kain adalah lebih murah, terutama jika anda memilih lampin boleh laras untuk si kecil anda.

Kemudahan

Bagi kriteria ini, tidak dapat dinafikan yang lampin pakai buang adalah yang paling memudahkan ibu bapa. Lampin bayi ini membuatkan segala-galanya menjadi lebih mudah. Ini kerana anda tidak perlu untuk mencuci lampin, berbanding dengan lampin kain yang memerlukan anda untuk mencuci dan membasmi kuman pada setiap cucian. Jika lampin pakai buang yang digunakan telah penuh, anda hanya perlu menanggalkannya dan terus membuangnya, kemudian memakaikan si manja anda lampin baru yang lain.

Keselesaan berpanjangan

Tiada yang boleh melawan lampin pakai buang apabila ia berkaitan dengan keselesaan untuk tempoh yang lama. Walaupun lampin kain juga membuatkan bayi anda rasa selesa, tetapi ia bukanlah untuk tempoh yang panjang. Sebaik sahaja lampin kain penuh atau telah digunakan, anak anda akan rasa sedikit tidak selesa dan terganggu.

Sebaliknya, lampin pakai buang adalah lebih baik kerana lapisan gel penyerapan pada lampin boleh mengendalikan jumlah air kencing yang lebih banyak, tanpa menjadi tepu, sekali gus membiarkan kulit bayi kekal kering lebih lama.

Ruam

Walaupun lampin pakai buang membuatkan bayi rasa selesa lebih lama, namun si manja anda mungkin akan mendapat ruam disebabkan oleh beberapa bahan kimia yang terdapat dalam gel penyerapan lampin pakai buang. Jadi, jika bayi anda mengalami keadaan ini, anda perlu memilih jenama lain lampin pakai buang yang sesuai dengan kulit bayi anda, atau anda perlu bertukar kepada lampin kain.

Sewaktu di luar rumah atau di pusat jagaan harian

Apabila anda keluar bersama anak, penggunaan lampin kain adalah amat menyusahkan kerana anda tidak mempunyai cukup masa untuk mencucinya di luar. Selain itu, penggunaan lampin kain di pusat jagaan harian kanak-kanak pula boleh meningkatkan kecenderungan mendapat jangkitan dalam kalangan sekumpulan bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, lampin pakai buang adalah pilihan yang lebih sesuai bagi kriteria ini.

Latihan tandas

Semasa latihan tandas, hubungan antara menjadi basah dan penggunaan bilik air memainkan peranan penting. Disebabkan lampin pakai buang adalah amat menyerap, maka anak anda tidak akan berasa kebasahan jika lampin telah digunakan atau penuh. Sebaliknya, lampin kain membuatkan anak anda lebih mudah merasai hubungannya (kebasahan).

Mesra alam

Lampin kain ternyata memenangi ciri-ciri ini kerana lampin pakai buang mengambil masa bertahun-tahun untuk diuraikan, sementara anda masih boleh menggunakan lampin kain untuk bayi anda yang seterusnya.

Ketersediaan

Kedua-dua lampin ini terdapat di pasaran. Lampin pakai buang yang ada di pasaran datang dengan pelbagai jenama untuk dipilih, sementara lampin kain pula turut disediakan dengan semua jenis, termasuklah jenis yang ada penutupan velcro, bukaan kaki elastik, dan fabrik yang mudah dicuci.

Tip jika anda memilih lampin kain untuk anak anda

Kebanyakan ibu bapa cenderung untuk menggunakan lampin kain di rumah dan lampin pakai buang semasa di luar rumah. Lampin kain sebenarnya adalah tidak sukar untuk dikendalikan. Anda perlu membuang najis keluar dari lampin, longgokkan lampin kain yang telah digunakan dalam baldi yang bertutup sehinggalah baldi penuh, kemudian masukkannya dalam mesin basuh atau cucian tangan, dan akhir sekali keringkannya di bawah cahaya matahari atau menggunakan pengering.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disposable vs. cloth diapers dilemma. https://my.theasianparent.com/disposable-vs-cloth-diapers-dilemma/. Accessed March 01, 2017

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!



Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan