backup og meta

Kolik

Definisi

Apa itu kolik?

Kolik adalah keadaan yang paling menyeksakan pada bayi walaupun diberi makan dengan cukup, dan sihat. Dikatakan bahawa bayi yang mempunyai kolik sering menangis lebih dari tiga jam sehari, tiga hari seminggu selama tiga minggu atau lebih lama. Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk cuba membantu melegakan bayi anda semasa tempoh kolik berlaku. 

Kolik boleh memeningkan ibu bapa dan bayi itu sendiri. Akan tetapi, jangan bimbang kerana jangka masa kolik berlaku agak singkat. Kolik akan berhenti dalam masa beberapa minggu atau bulan selepas itu. Namun, inilah salah satu daripada cabaran besar pertama anda sebagai ibu bapa.

Apakah kebarangkalian kolik?

Kolik biasanya menjadi paling teruk apabila bayi berusia sekitar 6 hingga 8 minggu dan akan hilang dengan sendiri apabila usia antara 8 dan 14 minggu.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom kolik?

Merengek dan menangis agak biasa untuk bayi, dan bayi yang cerewet tidak semestinya mempunyai kolik. Begitu juga dengan bayi yang sihat, dan cukup makan. Tanda-tanda kolik yang perlu anda awasi termasuklah:

  • Episod menangis yang boleh dijangka: Seorang bayi yang menghidap kolik sering kali menangis pada waktu yang sama setiap hari, biasanya pada lewat tengah hari atau petang. Episod kolik mungkin bertahan dari beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu. Bayi anda mungkin mempunyai pergerakan usus atau keluar gas hampir di penghujung episod kolik.
  • Tangisan yang keterlaluan atau tidak dapat dileraikan: Tangisan kolik adalah keterlaluan, kedengaran kesusahan dan selalunya pada nada yang tinggi. Wajah bayi anda mungkin berjuraian air mata, dan dia adalah sangat sukar untuk ditenangkan.
  • Menangis yang berlaku tanpa sebab yang jelas: Adalah perkara biasa untuk bayi menangis kadang-kadang. Tetapi, menangis biasanya bermaksud bayi anda memerlukan sesuatu, seperti makanan atau lampin yang bersih. Menangis yang berkaitan dengan kolik berlaku tanpa sebab yang jelas.
  • Perubahan postur: Menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut yang tegang adalah biasa semasa episod kolik.

Bila harus berjumpa doktor?

Dapatkan rawatan perubatan segera jika bayi anda menangis mungkin disebabkan oleh kejatuhan, kecederaan atau penyakit.

Hubungi doktor bayi anda jika:

  • Anda perasan bekas kebiruan pada bibir atau kulit bayi anda semasa episod menangis.
  • Anda prihatin terhadap tangisan bayi anda, terutamanya jika anda melihat perubahan dalam pemakanan bayi anda, tidur atau tingkah laku.

Anda boleh membantu doktor bayi anda dengan mencatatkan dalam diari harian apabila bayi menangis dan berapa lama ia bertahan. Juga catat corak tidur dan pemakanan bayi anda.

Punca

Apakah punca kolik?

Sehingga kini punca kolik masih tidak diketahui dengan tepat. Sesetengah penyelidik telah menerokai beberapa teori, termasuk alergi, tidak toleransi laktosa, perubahan dalam bakteria normal yang terdapat dalam sistem penghadaman, sistem penghadaman yang belum sepenuhnya lengkap, ibu bapa yang bimbang, dan perbezaan dalam cara bayi diberi makan atau ditenangkan. Namun, masih belum jelas mengapa sesetengah bayi mempunyai kolik dan yang lain tidak.

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko anak anda kepada kolik?

Bayi anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk keadaan ini jika anda mengalami keadaan berikut:

  • Ibu-ibu dari bayi-bayi yang merokok semasa mengandung atau selepas bersalin mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami kolik
  • Banyak teori lain tentang apa yang membuat kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada kolik yang telah dicadangkan, tetapi tidak ada yang terbukti. Sebagai contoh:
  • Kolik tidak berlaku lebih kerap dalam kalangan bayi yang sulung atau bayi yang diberi minum susu formula
  • Diet ibu yang menyusukan bayi berkemungkinan tidak mencetuskan kolik
  • Anak perempuan dan anak lelaki, tidak kira apa susunan kelahiran mereka atau bagaimana mereka diberi makan, mereka mengalami kolik dalam jumlah yang sama

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit kolik didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anak anda mungkin mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan dia boleh bertanya kepada anda tentang sejarah kesihatan bayi anda, apa teknik menenangkan yang anda telah cuba, dan sama ada anda perasan sebarang simptom yang lain. Anda juga boleh ditanya tentang bagaimana tangisan memberi kesan kepada anda dan menunjukkan bagaimana cara anda memberi makan dan sendawakan bayi anda. Doktor anda mungkin mencadangkan anda mengesan masa dan berapa kerap bayi anda menangis.

Sekiranya bayi anda mempunyai sebarang simptom-simptom yang membimbangkan anda, seperti muntah atau demam, doktor anda boleh melakukan ujian makmal atau X-ray untuk mengetahui apa yang menyebabkannya.

Bagaimana pesakit kolik dirawat?

Kolik boleh baik dengan sendiri, selalunya pada umur tiga bulan. Walau bagaimanapun, tiada rawatan yang terbukti dan  rawatan tertentu yang secara konsisten boleh membantu setiap bayi. Sesetengah pilihan rawatan mungkin disyorkan termasuk:

  • Ubat bantuan melegakan gas: Ubat-ubatan ini umumnya dianggap selamat, kecuali bagi bayi-bayi yang perlu mengambil ubat penggantian tiroid.
  • Probiotik: Probiotik adalah bahan yang membantu mengekalkan keseimbangan semula jadi bakteria “baik’ dalam saluran penghadaman. Sedang bayi dengan kolik mungkin mempunyai bakteria yang membantu ini dengan tidak seimbang, penyelidik telah cuba menggantikan beberapa probiotik ini dalam beberapa kajian. Salah satu yang khususnya, dipanggil Lactobacillus reuteri, menurunkan simptom kolik dengan ketara. Tetapi, hasil kajian telah bercampur. Ada yang menunjukkan manfaat, sementara yang lain tidak menemui apa-apa. Secara keseluruhan, pakar tidak merasakan terdapat bukti yang cukup untuk mengesyorkan penggunaan probiotik untuk merawat kolik pada masa sekarang.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani kolik?

Petua-petua berikut boleh membantu anda mengelakkan kolik:

Pegang bayi anda secara tegak yang boleh semasa penyusuan

Jika anda sedang menyusu badan, ia mungkin membantu untuk membolehkan bayi anda menyusu pada satu payudara sehingga ia hampir kosong sebelum menukar ke bahagian satu lagi. Ini membekalkan bayi anda dengan hindmilk yang diperkaya dan berlemak, berpotensi untuk lebih memuaskan daripada foremilk yang sedikit dan mendahagakan yang hadir pada awal penyusuan.

Pertimbangkan untuk mengubah diet anda, jika menyusu badan

Diet ibu menyusu badan mungkin tidak memainkan peranan dalam simptom kolik bayi. Walau bagaimanapun, dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan, mengeluarkan alergen yang berpotensi dari diet anda mungkin boleh mengesan alergi makanan yang tidak diketahui pada bayi anda. Jika anda menyusu badan, doktor bayi anda mungkin mencadangkan supaya anda cuba untuk menghindari makanan yang mungkin menyebabkan alahan, seperti tenusu, kacang tanah, kacang pokok, gandum, soya dan ikan, selama dua minggu untuk melihat apakah simptom bayi anda bertambah baik.

Tukar formula bayi

Sama seperti penyusuan susu ibu, formula bayi anda berkemungkinan tidak menyebabkan simptom-simptom mereka. Tetapi, bertukar kepada sejenis formula yang dipanggil susu formula hidrolyzate mungkin boleh membuat perbezaan jika bayi anda alah kepada susu lembu atau tidak toleransi kepada susu.

Tukar botol

Terdapat pelbagai botol dan puting yang boleh dipilih. Mencuba jenis botol atau puting susu yang berbeza boleh membantu mengurangkan sedikit daripada simptom bayi anda. Botol yang mempunyai beg yang boleh diguna semula dan dilipat mungkin boleh mengurangkan jumlah udara yang ditelan bayi anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Colic. http://www.webmd.com/parenting/baby/tc/colic-overview#2. Accessed February 23, 2017.

Colic. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/colic/basics/lifestyle-home-remedies/con-20019091. Accessed February 23, 2017.

Colic. http://www.healthline.com/symptom/colic. Accessed February 23, 2017.

Versi Terbaru

12/05/2022

Ditulis oleh Muhd Ilham

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Risau Anak Asyik Muntah? Ini Punca-Punca Anak Muntah Tetapi Tidak Demam

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 12/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan