backup og meta

AWAS! Anak Boleh Dapat Serangan Strok Haba HANYA Dalam Bilik Tidur, Ini 8 Cara Elak!

AWAS! Anak Boleh Dapat Serangan Strok Haba HANYA Dalam Bilik Tidur, Ini 8 Cara Elak!

Setiap kali suhu badan anak meningkat dengan mendadak sahaja, sudah pasti ibu bapa akan mengaitkannya dengan gejala demam panas. Pun begitu, kita juga harus tahu bahawa peningkatan suhu badan si manja yang terjadi secara tiba-tiba sahaja mungkin disebabkan oleh strok haba. Persoalannya, apakah punca strok haba yang sebenar? Adakah ia hanya berisiko kepada kanak-kanak sahaja?

Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Punca strok haba – Kes yang pernah berlaku di Amerika

punca strok haba
Kes Anastasia Abma boleh dijadikan sebagai pengajaran.

Pada tahun 2017, kita pernah dikejutkan dengan satu berita di mana seorang kanak-kanak bernama Anastasia Abma yang diserang strok haba ketika sedang tidur di dalam biliknya!

Menurut Jennifer Abma yang merupakan ibu kepada kanak-kanak malang ini, dia telah menemui Anastasia berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri, berpeluh banyak, bermuka merah serta suhu tubuh seakan mendidih.

Jennifer yang sedang panik ketika itu, terus sahaja menghubungi ambulans selepas anak kesayangannya itu masih tidak bangun-bangun meskipun sudah dikejutkan beberapa kali.

Nasib baik, tidak berlaku apa-apa komplikasi yang membimbangkan kepada Anastasia. Kanak-kanak perempuan itu juga telah berjaya dirawat dan pulih sedia kala.

Sila ikuti perkongsian di Facebook milik Jennifer berkenaan kes kanak-kanak yang terkena strok haba di dalam bilik ini:

Ibu bapa perlu tahu punca strok haba yang sebenar!

Kes ini telah memberi pengajaran yang berguna kepada kita semua tentang maksud strok haba.

Hakikatnya, ibu bapa perlu tahu bahawa punca strok haba yang sebenar adalah peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 104°F (40 °C) atau lebih tinggi lagi. Kondisi inilah yang dikenali sebagai hipertermia.

Siapakah yang berisiko? Adakah golongan kanak-kanak sahaja yang boleh terkena strok haba kanak kanak? Jawapannya tidak!

Berikut adalah golongan yang berisiko terkena strok haba:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua terutamanya yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru atau sedang mengambil beberapa jenis ubatan
  • Atlet terutamanya yang selalu berada di padang atau gelanggang terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari
  • Pekerja yang bekerja di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari. Contohnya petani, nelayan atau buruh kasar
  • Individu yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara dalam tempoh masa yang agak lama

Persoalannya, bagaimana untuk mengetahui sama ada seseorang itu telah terkena hipertermia? Berikut adalah gejala-gejalanya yang kita perlu tahu:

  • Suhu badan meningkat sehingga 104°F (40°C) atau lebih tinggi lagi
  • Peluh keluar banyak
  • Sakit kepala
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Rasa haus yang berlebihan
  • Air kencing berwarna keruh
  • Kekejangan otot pada kaki, lengan atau perut
  • Jantung berdegup dengan lebih kencang
  • Ruam merah timbul pada kulit
  • Pengsan atau tidak sedarkan diri

Adakah gejala-gejala ini selalu berlaku kepada anak anda? Jika ya, sila lebih berhati-hati kerana si manja mungkin terkena strok haba!

Apakah cara merawat strok haba?

punca strok haba
Jika suhu badan anak naik dan berpeluh, ia mungkin tanda strok haba.

Hakikatnya, kita tinggal di bumi Malaysia yang memang terkenal dengan iklim khatulistiwa yakni panas dan hujan sahaja sepanjang tahun. Ketika musim panas, risiko hipertermia ini sudah pasti akan menjadi lebih tinggi.

Seperti kes yang pernah terjadi di Amerika ini, ibu bapa perlu tahu bahawa ia juga boleh terjadi kepada kanak-kanak meskipun mereka hanya berada di dalam rumah atau bilik tidurnya sahaja.

Jadi, apakah yang boleh ibu bapa lakukan sebagai cara merawat strok haba ?

  • Cara merawat strok haba: Laraskan suhu penyaman udara kepada 24°C  kerana ia sudah mampu mengoptimumkan suhu badan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas
  • Jangan sesekali memakaikan si manja anda dengan pakaian yang terlalu tebal atau ketat
  • Cara merawat strok haba: Berikan anak anda minum air putih dengan kerap walaupun dia tidak mengadu dahaga
  • Sediakan anak anda dengan makanan yang banyak air atau sup
  • Elakkan dari membiarkan si manja anda tidur dengan berselimut

Punca strok haba bukan hanya disebabkan anak main panas di luar rumah

Sekarang anda sudah tahu kan punca strok haba ini?
Kesimpulannya, ibu bapa jangan sesekali beranggapan bahawa strok haba hanya boleh berlaku sekiranya anak anda bermain di luar rumah dan terkena panas sahaja ya?
Ketahuilah bahawa jika mereka bermain atau berada di dalam rumah sekalipun, si manja masih berisiko untuk terkena kondisi ini jika suhu rumah anda terlalu tinggi!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Heat stroke. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heat-stroke/symptoms-causes/syc-20353581. Accessed 14 June 2022.
  2. Heat stroke. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21812-heatstroke. Accessed 14 June 2022.
  3. Heat stroke. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK537135/ Accessed 14 June 2022.
  4. Heat stroke symptoms. https://strokebelt.org/heat-stroke-symptoms/ Accessed 14 June 2022.
  5. Heat cramps, exhaustion, stroke. https://www.weather.gov/safety/heat-illness. Accessed 14 June 2022.

Versi Terbaru

14/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Cari Cara Nak Latih Anak Ke Tandas? Ibu Ini Kongsi 7 Tip Potty Train Anak

Kenapa Ibu Bapa TIDAK Boleh Bagi Anak Makan Ubat Batuk Sembarangan? Ini Sebabnya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan