home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tinja Anak Berwarna Pelik? Ini 9 Warna Najis Bayi Yang Ibu Bapa TAK PATUT Ambil Mudah!

Tinja Anak Berwarna Pelik? Ini 9 Warna Najis Bayi Yang Ibu Bapa TAK PATUT Ambil Mudah!

Warna najis bayi juga perlu ibu bapa perhatikan dengan baik kerana ia adalah salah satu daripada indikator yang paling penting dalam menentukan tahap kesihatan si manja anda.

Mungkin bagi ibu bapa yang masih baharu, mereka akan sedikit keliru mengenai perkara ini lebih-lebih lagi jika mereka kurang membuat pembacaan mengenainya.

Persoalannya, bagaimana untuk ‘membaca’ warna najis bayi ini? Sila ikuti panduan berikut:

#1. Najis bayi berwarna hitam

warna najis bayi

Warna hitam pada najis bayi ini adalah disebabkan oleh meconium dan terdiri daripada perkara yang si comel anda telan semasa berada di dalam rahim seperti mukus, cecair amnion atau sel-sel kulit.

Ia juga kebiasaannya akan terjadi kepada bayi yang baharu lahir sahaja.

Selain itu, terdapat juga beberapa punca lain yang akan menyebabkan najis bayi berwarna hitam.

Antaranya adalah kerana bayi anda menyalurkan darah di dalam najisnya.

Maka, anda tidak perlu panik kerana ia adalah darah yang mungkin ditelah dari puting anda yang merekah ketika penyusuan susu badan.

Baca juga:

#2. Najis bayi berwarna kuning

Ini akan berlaku kepada bayi anda sekiranya mereka minum susu ibu secara eksklusif.

Oleh itu, jangan terkejut jika najis bayi anda kelihatan seperti mustard atau keju yang dicampur sekali bersama.

Ataupun, ia mungkin akan mengelirukan ibu bapa kerana ia tidak jauh berbeza dengan cirit-birit.

Akan tetapi, anda tidak perlu risau terutamanya jika si comel langsung tidak menunjukkan gejala cirit-birit yang lain seperti demam atau sakit perut.

#3. Tinja bayi berwarna coklat cair

Najis ini pula lebih biasa ditemui dalam kalangan bayi yang menyusu susu formula.

Ia mempunyai bentuk dan tekstur yang tidak terlalu keras atau lembut seakan-akan mentega kacang.

Buat pengetahuan anda, bayi yang minum susu formula, najisnya lebih busuk berbanding bayi yang minum susu badan.

Selain itu, warnanya juga agak bervariasi tetapi tetap berkisar pada spektrum warna coklat.

#4. Najis bayi berwarna merah

Ya, warna najis ini adalah sangat menakutkan kerana merah selalunya akan dikaitkan dengan darah.

Sudah tentu, najis bayi berwarna merah mungkin disebabkan oleh darah.

Pun begitu, anda tidak perlu panik kerana punca najis itu bercampur dengan darah adalah apabila bayi terambil darah ibu melalui penyusuan susu badan yang disebabkan oleh puting merekah atau isu-isu yang lain.

Jika ia berlaku, segera berjumpa dengan doktor bersama bayi anda.

#5. Tinja bayi berwarna putih

warna najis bayi

Punca utama kepada najis yang berwarna keputihan seperti kapur adalah kerosakan atau ketiadaan hempedu.

Selain itu, najis putih juga mungkin disebabkan oleh masalah pada organ hati.

Oleh itu, segera bawa si comel anda untuk berjumpa doktor pakar kanak-kanak.

#6. Najis bayi berbuih

Sekiranya bayi anda membuang najis yang berbuih seperti susu kocak dan berwarna seakan-akan kehijauan pula, apakah maksudnya?

Ia mungkin kerana si comel anda mendapat terlalu banyak susu kolostrum dan kurang menerima susu matang atau susu akhir.

Kolostrum terkenal sifatnya yang rendah kalori sementara susu yang keluar pada awal penyusuan susu matang adalah tinggi kalori.

Jadi, sekiranya najis anak anda berbuih dan berwarna kehijauan, ia mungkin bermakna dia tidak menyusu dengan tempoh yang lama sehingga susu matang mula terhasil dalam payudara si ibu.

Artikel berkaitan:

#7. Najis bayi berair

Jika najis berair, sudah pasti akan dikaitkan dengan cirit-birit.

Namun begitu cirit-birit yang berlaku pada bayi adalah berbeza dengan cirit-birit individu dewasa kerana ia akan terdiri daripada lebih banyak cecair berbanding pepejal.

Selain itu, ia juga akan mempunyai warna hijau, coklat atau kuning cair dan sering bocor hingga keluar daripada lampin si comel anda.

Cirit-birit dalam kalangan bayi biasanya adalah berpunca daripada alahan atau jangkitan bakteria.

Ia sebenarnya perlu dipandang dengan lebih serius kerana boleh membawa kepada masalah dehidrasi jika tidak dirawat dengan kadar segera.

#8. Najis bayi berwarna-warni

warna najis

Sekiranya anda mendapati bahawa najis bayi anda dipenuhi dengan tompokan berwarna-warni, anda tidak perlu risau sama sekali.

Ini kerana ia mungkin berlaku akibat beberapa jenis makanan yang tidak dapat dicernakan atau dipecahkan sepenuhnya kerana bergerak terlalu pantas melalui sistem pencernaan bayi.

Ia akan terjadi jika si comel anda sangat menyukai makanannya sehingga mereka tidak langsung mengunyah lantas menelan makanan tersebut secara terus.

Ini merupakan punca kepada pencernaan yang tidak sempurna lalu menyebabkan kepada masalah najis bayi yang berwarna-warni.

#9. Tinja bayi berwarna coklat gelap

Ini mungkin merupakan tahap atau peringkat warna najis bayi yang paling normal.

Jika bayi anda sudah mula membuang najis berwarna gelap, mereka sudah berjaya membesar menjadi seorang kanak-kanak yang berjaya.

Anda akan mendapati terdapat perubahan pada warna najis bayi yang berubah menjadi coklat gelap apabila mereka mula mengambil makanan pejal dan sudah mula beransur-ansur ke arah bercerai susu.

Najis bayi yang berwarna coklat gelap juga adalah serupa sahaja dengan warna biasa najis individu dewasa.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

[health_tool_article id=”75895″]

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Najis tidak normal. http://www.myhealth.gov.my/najis-tidak-normal/. Accessed on June 12, 2019.

Kenali Ciri-ciri Najis Bayi. https://mypositiveparenting.org/ms/2014/04/26/kenali-ciri-ciri-najis-bayi/. Accessed on June 12, 2019.

https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/The-Many-Colors-of-Poop.aspx

https://www.hopkinsmedicine.org/johns-hopkins-childrens-center/what-we-treat/specialties/gastroenterology-hepatology-nutrition/stool-color-overview.html

https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2017/04/the-poop-palette-what-do-all-of-those-colors-mean

The Color of Baby Poop and What It Means

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 27/07/2019
x