Apakah risiko kanak-kanak yang mendapat paras kolesterol tinggi?
Tubuh anak anda memerlukan kolesterol bagi melindungi saraf, menghasilkan hormon dan membuat tisu sel. Terlalu banyak kolesterol menyebabkan binaan bahan, yang dipanggil plak, pada dinding arteri yang membekalkan darah kepada jantung dan organ lain. Plak boleh menyempitkan arteri dan menyekat aliran darah kepada jantung, sekali gus membawa kepada masalah jantung. Kolesterol juga dikaitkan dengan masalah kesihatan lain termasuklah strok. Kajian menunjukkan bahawa masalah paras kolesterol tinggi selalunya dikaitkan dengan alam kanak-kanak.
Adakah anak saya perlu mendapatkan ujian kolesterol?
Majoriti kanak-kanak tidak perlu mengambil ujian kolesterol. Melainkan, kanak-kanak tersebut mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit berkaitan dengan paras kolesterol tinggi, jadi mereka perlu mendapatkan pemeriksaan dengan kerap bagi menerima rawatan awal, jika perlu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen