Untuk menyokong anak, ibu bapa perlulah mencari jalan tengah dan pastikan pengawasan serta privasi yang diberikan seimbang.
Anak pada usia ini juga mempunyai barang-barang kesayangan mereka. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak mahu berkongsi baju, atau barang-barang berkaitan hobi mereka seperti alatan sukan, mainan atau buku bersama adik-beradik mereka yang lebih muda.
Ibu bapa perlulah hormat keputusan anak dan berikan mereka ruang serta privasi yang secukupnya. Ini akan menjadi penting apabila anak bertambah dewasa.
3. Ruang untuk mereka bertenang dan bersendiri

Anak kita juga perlukan masa bersendiri, terutamanya jika mereka bersifat pemalu atau introvert yang sukakan ketenangan dan persekitaran yang senyap.
Bukan itu sahaja, remaja juga perlukan ruang khas untuk mereka membaca atau mengulang kaji pelajaran. Ini merupakan sesuatu yang tidak dapat mereka perolehi jika terpaksa membaca di ruang tamu atau berkongsi bilik dengan adik-beradik yang lain.
Baca juga:
4. Mengajar anak berdisiplin dalam menjaga susun atur bilik tidur
Anak yang mempunyai bilik tidur sendiri lebih mudah belajar berdikari. Manakan tidak, bukan mudah untuk menjaga susun atur bilik tidur dan pastikan ia kemas sepanjang masa.
Anak juga mempunyai ruang sendiri untuk mereka jaga dan kemas bilik sendiri. Jika anak baru belajar tidur sendiri, ibu ayah juga boleh ajar mereka cara mengemas bilik secara perlahan-lahan. Ajak mereka mengemas pada hujung minggu sebagai aktiviti keluarga.
Malah, skil ini juga merupakan antara habit baik dan perlu dipupuk sejak kecil. Jika tidak, sampai ke tualah mereka tidak tahu cara untuk menjaga diri masing-masing.
Ingin mencari idea dekorasi bilik anak? Jangan risau, sertai Komuniti Keibubapaan Hello Doktor dan bertukar-tukar pendapat bersama ibu lain. Mana tahu, anda mungkin dapat ilmu baharu melalui perkongsian ini!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen