Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
IQ Anak Boleh Turun Tanpa Anda Sedar? Ini Puncanya
Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa tanda kekurangan zat besi pada anak selalunya sukar dikesan kerana hampir 90% kanak-kanak tidak menunjukkan simptom yang jelas.1 Namun, kekurangan zat besi bukanlah satu isu kecil kerana ia boleh mengakibatkan Iron Deficiency Anemia (IDA).2 IDA adalah keadaan yang boleh memberi kesan jangka panjang terhadap perkembangan otak dan pembelajaran anak.
Pada peringkat awal, otak anak berkembang dengan sangat pesat.
Jika tubuh mengalami kekurangan zat besi, bekalan oksigen ke otak boleh terjejas, sekali gus memberi impak kepada keupayaan berfikir, fokus dan skor IQ yang rendah.34
Inilah sebabnya ibu bapa perlu mula memahami kaitan antara pemakanan, zat besi dan perkembangan anak secara menyeluruh.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Tempoh kritikal: Otak anak berkembang paling pantas
Dalam peringkat awal kehidupan, otak anak berkembang sehingga hampir 80% daripada saiz dewasa.5
Pada waktu ini, sambungan antara sel otak terbentuk dengan sangat aktif, menjadikan anak lebih cepat belajar berbanding usia lain.
Namun, perkembangan ini sangat bergantung kepada nutrisi yang mencukupi.
Lebih membimbangkan, IDA boleh menurunkan skor IQ sehingga 13% dan kesannya adalah tidak boleh dipulihkan pada perkembangan otak.**67
*berbanding dengan kanak-kanak dengan IDA **berbanding dengan kanak-kanak tanpa IDA
Apa yang lebih mencabar, ibu bapa mungkin tidak perasan tanda kekurangan zat besi kerana anak masih kelihatan seperti biasa.
Bagaimana hendak tahu jika anak berisiko alami kekurangan zat besi?
Walaupun tanda kekurangan zat besi sering tidak jelas, ibu bapa masih boleh mengambil langkah awal untuk mengenal pasti risiko melalui saringan yang tidak menyakitkan.
Pemeriksaan kesihatan berkala di klinik atau hospital boleh membantu menilai status zat besi anak dengan kaedah yang selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.
Ini termasuk ujian darah ringkas yang dilakukan oleh profesional kesihatan untuk mengesan sama ada anak mengalami kekurangan zat besi atau berisiko terhadap anemia.
Langkah ini penting kerana hampir 90% kanak-kanak dengan Iron Deficiency Anemia (IDA) tidak menunjukkan simptom yang ketara.1
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan saringan awal pengambilan zat besi.
Anda boleh lakukan saringan pengambilan zat besi oleh anak anda menerusi pautan ini.
Dengan saringan awal, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat yang tepat lebih awal dan mengambil tindakan yang sesuai, termasuk memperbaiki pemakanan atau memilih sokongan nutrisi tambahan yang diperlukan untuk perkembangan anak.
Nutrisi penting untuk elak tanda kekurangan zat besi
Zat besi menjadi antara nutrien penting untuk perkembangan dan tumbesaran anak.
Untuk menyokong perkembangan otak dan mengelakkan tanda kekurangan zat besi, ibu bapa perlu memastikan anak mendapat nutrisi yang betul setiap hari.
Ibu bapa perlu tahu bahawa zat besi memainkan peranan penting dalam:8
Pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan
Jadi, ia bukan sekadar “ambil zat besi”, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana zat besi itu diserap dan digunakan oleh badan.
Cara mudah sokong perkembangan otak anak setiap hari
Untuk mengurangkan risiko tanda kekurangan zat besi, ibu bapa boleh mula dengan langkah praktikal:
Pastikan diet harian mengandungi makanan kaya zat besi
Gabungkan dengan vitamin C untuk bantu penyerapan
Elakkan minuman tinggi gula yang boleh ganggu selera makan anak
Pilih nutrisi tambahan yang menyokong penyerapan zat besi dengan lebih efektif
Selain itu, pemilihan susu bernutrisi yang tepat juga boleh membantu melengkapkan keperluan nutrien harian anak.
Pilihan nutrisi lebih bijak, Dumex Dugro® dengan Zat Besi Aktif
Berikan anak susu yang diperkaya dengan nutrisi lengkap untuk menyokong tumbesaran mereka.
Untuk ibu bapa yang ingin lebih yakin dengan pengambilan zat besi anak, Dumex Dugro® dengan Zat Besi Aktif dirumus khas untuk menyokong perkembangan 360° kanak-kanak.
Anda boleh lihat bagaimana kekurangan zat besi boleh menjejaskan hari si manja anda di sini!
Berikut adalah kelebihan utama yang membezakan Dumex Dugro® berbanding susu nutrisi lain:
Zat Besi Aktif membantu penyerapan zat besi 3x lebih baik*
Menyokong perkembangan 360° termasuk otak, fizikal dan pembelajaran
Mengandungi 21 vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran menyeluruh
DHA tertinggi** untuk menyokong perkembangan otak dan fungsi pembelajaran
Zat besi membantu pembentukan sel darah merah dan menyokong IQ anak. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan Anemia Kekurangan Zat Besi yang menjejaskan IQ skor setinggi 13%.6
Tiga gelas sehari memenuhi 100% keperluan zat besi harian (berdasarkan RNI Malaysia)^
Dugro dengan Zat Besi Aktif tidak mengandungi sukrosa#
Mengandungi inulin sebagai sumber serat semula jadi untuk kesihatan sistem penghadaman
*Dengan kombinasi optimum nisbah vitamin C:Zat Besi antara 3 dan 4, dalam lingkungan yang disyorkan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan Zat Besi.
** Dugro Langkah 3 (semua varian) mengandungi DHA (51.2mg/100g) & EPA (12.4mg/100g) tertinggi antara 2 jenama utama susu tepung kanak-kanak di dalam segmen standard pada Julai 2025.
^3 gelas susu Dugro 3 memberi 100% pengambilan zat harian Zat Besi (RNI Malaysia 2017) untuk kanak-kanak 1-3 tahun.
# Sukrosa tidak ditambah ketika penghasilan susu.
Pendek kata, pemilihan nutrisi harian yang tepat boleh memberi perbezaan besar dalam perkembangan anak.
Apabila ibu bapa lebih peka terhadap keperluan zat besi dan memilih sumber nutrisi yang menyokong penyerapan dengan baik, anda sebenarnya sedang membantu membina asas yang kukuh untuk tumbesaran fizikal, keupayaan belajar dan potensi masa depan anak.
Jangan tunggu hingga tanda kekurangan zat besi muncul
Tanda kekurangan zat besi bukan sesuatu yang mudah dikesan, sedangkan hakikatnya 1 daripada 3 kanak-kanak Malaysia berisiko menghidapi IDA.11
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang yang tidak dapat dipulihkan terhadap perkembangan otak.7
Kajian menunjukkan kanak-kanak tanpa IDA mencatat skor IQ 13 mata lebih tinggi,*6 memandangkan zat besi yang mencukupi menyokong keupayaan berfikir dan belajar sehingga 2.5 kali lebih baik.*
*Penafian: Perbandingan dengan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat besi kronik.
Jangan tunggu sehingga impak besar ini menjejaskan masa depan anak anda.
Mulakan langkah awal hari ini dengan memastikan anak mendapat nutrisi yang menyokong perkembangan otak, pembelajaran dan tumbesaran secara menyeluruh.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Anemia Kurang Zat Besi. https://mypositiveparenting.org/ms/anemia-kurang-zat-besi/. Diakses April 28, 2026.
WHO. Haemoglobin concentrations for diagnosing anaemia and assessing severity. WHO 2011. (WHO/NMH/NHD/MNM/11.1). Diakses Jun 9, 2026.
Lozoff B, et al. N Engl J Med. 1991;325(10):687–694. Diakses Jun 9, 2026.
East P, et al. Dev Psychol. 2021;57(6):962–975; Diakses Jun 9, 2026.
90% of Brain Growth Happens Before Kindergarten. https://www.firstthingsfirst.org/early-childhood-matters/brain-development/. Diakses April 28, 2026.
Agaoglu, L et al. Arzneimittelforschung. 2007;57(6A):426-430. Diakses Jun 9, 2026.
World Health Organization. (2020). Retrieved from https://www.who.int/news/item/20-04-2020-who-guidance-helps-detect-iron-deficiency-and-protect-brain-development. Diakses Jun 9, 2026.
Iron. https://ods.od.nih.gov/factsheets/Iron-Consumer/. Diakses April 28, 2026.
Iron deficiency anemia. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/iron-deficiency-anemia/symptoms-causes/syc-20355034. Diakses April 28, 2026.
Saloojee, H., & Pettifor, J. M. (2001). Iron deficiency and impaired child development. BMJ (Clinical research ed.), 323(7326), 1377–1378. https://doi.org/10.1136/bmj.323.7326.1377. Diakses April 28, 2026.
Jalaludin M, Kiau H, Hasim S, Lee W, Low A, Kazim N, Hoi J, Taher S. A Noninvasive Approach to Assess the Prevalence of and Factors Associated With Anemia Risk in Malaysian Children Under Three Years of Age: Cross-Sectional Study. JMIR Pediatr Parent 2025;8:e58586. URL: https://pediatrics.jmir.org/2025/1/e58586 DOI: 10.2196/58586. Diakses Jun 9, 2026.
Versi Terbaru
15/06/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor