Daya ingatan kanak-kanak biasanya bermula dengan peristiwa peribadi tertentu seperti kelahiran adik -beradik yang lebih muda atau percutian istimewa. Sebagai ibu bapa, kita pastinya berharap anak-anak mendapat pelbagai pengalaman positif semasa alam kanak-kanak mereka.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi lanjut mengenai Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Usia memori
Kebanyakan daripada kita tidak boleh mengingat sebarang kejadian yang berlaku sebelum ulang tahun ketiga atau keempat kita.
Dan, kadangkala, kita hanya mampu untuk mengingat beberapa kenangan sekali-sekala.
Meskipun kanak-kanak boleh dan mampu membentuk daya ingatan yang kuat pada usia muda, namun ia akan pudar dari semasa ke semasa.
Daya ingatan kanak-kanak ini akan digantikan dengan memori ‘pertama’ yang lebih baru sehinggalah kanak-kanak itu berusia antara umur 7 dan 10 tahun. Pada ketika ini, bayangan awal mula terbentuk.
Pakar merujuk kepada kitaran mengingat dan memadam ini sebagai amnesia di alam kanak-kanak. Kejadian amnesia kanak-kanak ini adalah normal sepenuhnya dan cenderung mempunyai kesan sampingan pada perkembangan tipikal otak yang kanak-kanak alami.
Pakar juga percaya bahawa bayi tidak mempunyai binaan saraf canggih yang diperlukan untuk membentuk dan menahan pembentukan memori yang lebih kompleks. Otak bayi dan anak kecil seolah-olah seperti kolander dengan lubang besar yang cuba untuk mengekalkan cebisan-cebisan kecil memori.
Skil bahasa yang lebih banyak juga boleh membantu kanak-kanak menghuraikan ingatan mereka dengan lebih baik, seterusnya terpahat dalam fikiran mereka.
Bila kanak-kanak mula mengingat sesuatu perkara?
Meskipun baru masuk dua bulan pertama, bayi akan mengenali wajah dan suara yang biasa mereka lihat/ dengar setiap hari. Bayi baru lahir boleh mengenal suara ibu mereka semasa lahir. Bayi yang menyusu badan pula mampu mengenali bau ibu mereka selepas usia seminggu.
Jenis pengenalan ini adalah petunjuk pertama ingatan kanak-kanak, walaupun ia berbeza daripada mengingat perincian episod yang berlaku.
Pengenalan memori bayi – kemampuan untuk mengenal individu dan objek yang mereka pernah lihat sebelumnya selepas beberapa waktu – akan semakin meningkat semasa tahun pertama mereka.
Menjelang 9 bulan, bayi boleh mengingat maklumat dengan lebih spesifik seperti di mana letaknya mainan mereka di rumah. Bayi boleh meniru perbuatan yang mereka lihat seminggu sebelumnya. Kemahiran ini menunjukkan bahawa kanak-kanak pada usia ini boleh mengingat semula memori.
Ini adalah kemampuan untuk mengingat beberapa perincian pada pengalaman tertentu untuk jangka pendek, meskipun mereka tidak mampu untuk mengingat keseluruhan pengalaman. Memori untuk peristiwa tertentu tidak akan berkembang sehinggalah bayi berusia antara 14 dan 18 tahun.
Pengaruh daya ingatan kanak-kanak
Perbualan adalah salah satu cara bagaimana ibu bapa boleh memberikan impak yang besar pada memori kanak-kanak, dan bagaimana mereka boleh menyokong perkembangan anak dengan lebih awal dan menguatkan ingatan.
Pakar memberitahu bahawa kanak-kanak yang bercakap lebih kerap mengenai diri mereka mempunyai lebih peluang untuk menajamkan ingatan mereka.
Sebagai ibu bapa, anda boleh bertanyakan bayi anda beberapa soalan terbuka untuk mereka menghuraikan pengalaman peribadi seperti, ‘Cerita lagi pada ibu,’ dan ‘Apa jadi selepas itu?’
Ini akan menyediakan anak anda peluang untuk lebih faham akan perasan dan konsep yang berkait dengan peristiwa, seterusnya meningkatkan kebarangkalian untuk mereka mengingatinya.
Diharapkan bahawa aktiviti ini boleh meningkatkan peluang kenangan pertama mereka sebagai perkara yang menyeronokkan.
[embed-health-tool-child-growth-chart]