backup og meta

Resepi Mudah & Berkhasiat Sepanjang Ramadan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

    Resepi Mudah & Berkhasiat Sepanjang Ramadan

    Apabila bercakap tentang Ramadan, kebanyakan orang akan terfikir tentang puasa – tiada makanan dan minuman dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan penghadaman, detoksikifasi, dan pembakaran lemak, tetapi jika anda tidak melakukannya dengan betul, anda mungkin berakhir dengan lebih banyak risiko kesihatan. Kita sering menganggap bahawa puasa akan membantu kita menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, makan berlebihan pada waktu tidak berpuasa sebenarnya menyebabkan penambahan berat badan. Berikut adalah beberapa resipi Ramadan mudah yang akan membuat anda kekal sihat tanpa perlu membeli banyak makanan kalori tinggi.

    Salad telur di waktu sahur

    Salad telur ini bukan sekadar telur yang direbus dan mayonis. Dalam resipi ini, ia juga mengandungi banyak sayur-sayuran. Satu hidangan salad telur ini memerlukan:

  • 5 cawan salad, arugula, bayam, atau kesemuanya.
  • Separuh kapsikum manis tanpa mengira warnanya.
  • Separuh tomato bersaiz sederhana.
  • Separuh timun kecil.
  • Beberapa avokado dipotong dadu.
  • 2 biji telur rebus dipotong dadu.
  • Sekitara 30g keju mozzarella segar dipotong dadu.
  • 1 sudu teh minyak zaitun.
  • 1 sudu teh herba thyme yang dihancurkan
  • Garam dan lada secukup rasa
  • Apa yang anda perlu lakukan adalah mencampurkan semua bahan di atas di dalam mangkuk besar dan sesuaikan rasanya seperti yang anda mahu. Anda boleh menambah lebih banyak telur dan bahan lain untuk membuat hidangan yang lebih besar untuk ramai orang. Walaupun resipi ini agak tinggi lemak, lemak dari minyak zaitun dan avokado adalah lemak yang sihat. Jadi, ia tidak membimbangkan. Jika anda hanya makan telur satu atau dua kali seminggu, adalah tidak mengapa untuk memasukkan 2 biji telur ke dalam salad ini. Sesetengah orang tidak suka rasa keju. Anda boleh membuangnya jika mahu.

    Muesli (sejenis sereal)

    Muesli adalah kombinasi yang sihat melibatkan oat mentah, buah-buahan kering dan kekacang. Ia kaya dengan nutrien dan mudah disediakan. Untuk menyediakan 6 hidangan muesli, anda perlu campurkan:

    • 1 cawan penuh oat.
    • 1 cawan kacang (badam hancur, walnut dicincang, kacang tanah, kacang hazel, biji bunga matahari, biji labu)
    • 1/3 cawan biji chia
    • 1/3 cawan kelapa parut tanpa pemanis
    • 1 cawan buah-buahan kering (prun dicincang, aprikot, kurma atau kismis)
    • 2 sudu teh serbuk kayu manis
    • 1 sudu teh serbuk koko atau 2 sudu besar cip coklat gelap

    Selepas anda telah mencampurkan semuanya sehingga sebati, letakkan campuran tersebut di dalam bekas kedap udara. Campuran ini boleh bertahan sehingga 4 minggu di dapur anda. Untuk dihidangkan, anda boleh menambah yogurt atau alternatif susu lain kemudian simpannya di dalam peti sejuk semalaman. Jadi muesli tersebut akan menjadi lembap dan basah apabila anda makan pada keesokan paginya. Anda juga boleh makan serta-merta bergantung kepada mana satu yang anda suka.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan