backup og meta

Gangguan Penghadaman Bayi: Punca dan Rawatan

Gangguan Penghadaman Bayi: Punca dan Rawatan

Faktor yang menyebabkan sistem penghadaman bayi menjadi lemah

Sistem penghadaman bayi yang lemah kebiasaannya berpunca daripada pemilihan diet yang tidak sihat. Walau bagaimanapun, ia juga mungkin disebabkan oleh faktor luaran yang terjadi sebelum atau selepas ibu melahirkan bayi, antaranya:

  • Ibu melahirkan bayi menggunakan prosedur caesarean

Prosedur caesarean akan menyebabkan proses pertukaran bakteria kolonial dan gastrointestinal daripada seorang ibu kepada bayinya terhalang dan tidak berlaku. Kesannya, bayi tersebut akan memiliki kandungan bakteria baik yang sangat lemah dan lebih berisiko untuk menghidapi pelbagai jenis penyakit seperti gangguan penghadaman.

  • Kurang penjagaan ibu hamil

Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak kaitan jangka masa panjang berkenaan kondisi kesihatan ibu semasa hamil dengan bayi mereka yang selepas lahir. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan ketika kehamilan, bayi dalam kandungan juga malangnya akan berisiko untuk menghidapi penyakit seperti gangguan penghadaman akibat kekurangan flora perut.

  • Terlalu awal memperkenalkan susu formula atau makanan pejal

Bayi akan terus menerima bakteria yang sihat melalui penyusuan susu ibu selepas bersalin. Tambahan itu, susu ibu juga tinggi kandungan oligosaccharides iaitu sejenis prebiotik yang membantu perkembangan bakteria penghadaman. Jika bayi anda tidak berpeluang untuk meneruskan penyusuan susu badan, sediakan mereka dengan suplemen probiotik dan prebiotik bagi memastikan kelancaran sistem penghadaman bayi anda.

  • Terdedah kepada antibiotik

Antibiotik berfungsi membunuh bakteria dan malangnya, akan membunuh kedua-dua bakteria jahat dan bakteria baik. Oleh itu, jika anda perlu mengambil antibiotik semasa kehamilan terutamanya pada trimester terakhir, anda lebih disarankan untuk mengambil antibiotik dengan suplemen probiotik yang mempunyai kemampuan untuk kekal hidup walaupun dengan kehadiran antibiotik.

  • Sejarah keluarga yang mempunyai alahan

Kanak-kanak lebih berisiko berdepan kondisi kesihatan seperti gangguan penghadaman, asma, ekzema dan alahan sekiranya ahli keluarga mereka juga mempunyai alahan. Menurut World Allergy Organization, pengambilan probiotik yang kerap pada awal usia mampu mengurangkan risiko kondisi-kondisi kesihatan tersebut.  

Cara yang berkesan untuk melancarkan sistem penghadaman bayi

Terdapat beberapa tip untuk memastikan kelancaran sistem penghadaman bayi anda. Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh digunakan oleh ibu bapa:

  • Pilih makanan yang segar

Jangan sesekali berikan makanan yang diproses kepada bayi anda. Ini kerana ia mempunyai kandungan lemak, gula dan garam yang sangat tinggi dan mampu untuk kekal berada dalam sistem penghadaman bayi anda pada masa yang lama.

  • Kunyah makanan sebetulnya

Sistem penghadaman yang baik bermula dari mulut. Jika makanan dikunyah dengan sebetulnya, sistem penghadaman tidak perlu bekerja terlalu keras. Jadi, ia boleh fokus kepada fungsi yang lain selain daripada menguraikan makanan yang tidak dikunyah dengan betul.

  • Kekal berhidrasi

Air adalah sumber paling penting untuk memastikan badan anda tidak mempunyai toksik yang boleh mengganggu sistem penghadaman. Walau bagaimanapun, jangan biasakan anak anda minum air bergas kerana ia boleh meningkatkan kandungan asid dalam perut.

  • Makan banyak makanan yang kaya dengan probiotik

Galakkan anak anda makan makanan yang ditapai seperti jeruk, kimchi atau tempeh dan minum yogurt ayau kefir 30 minit setiap kali selepas makan. Namun sebelum itu, ibu bapa perlu memastikan ia merupakan produk yang terjamin kualitinya atau cuba buat sendiri di rumah untuk lebih kepastian.

  • Mengambil kedua-dua prebiotik dan probiotik

Probiotik dan prebiotik sangat penting untuk sistem penghadaman bayi yang lancar. Oleh itu, pastikan anda membekalkan anak anda dengan kedua-duanya. Ia berfungsi mengekalkan meningkatkan kehadiran flora dalam perut bayi anda. Antara sumber utama prebiotik dan probiotik adalah asparagus, bawang putih, pisang dan pelbagai jenis sayur-sayuran.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

7 signs your child may need probiotics. https://www.fusionhealth.com.au/news/chinese-medicine/7-signs-your-child-may-need-probiotics. Accessed February 9, 2017.

IBS linked to low vitamin D. http://www.webmd.boots.com/ibs/news/20151222/ibs-linked-to-low-vitamin-d. Accessed February 9, 2017.

8 Tips to Improve Your Digestive Health. http://www.doctoroz.com/slideshow/8-tips-improve-your-digestive-health. Accessed February 9, 2017.

 

Versi Terbaru

07/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!

Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan